Sunday, January 22, 2012

Watak Menyedihkan

Aku dapat kata-kata ini dari novel yang aku beli waktu ke KK bulan December 2011, 51211 Eaton.  Kata-kata Hamka ini begitu terkesan dalam hatiku...


"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak pernah mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.  Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu dengan seseorang yang sangat bererti bagimu hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi"......

Terpempan sekejap aku, kebenaran tersurat nyata pada kata-kata ini. Akulah antara watak menyedihkan yang dimaksudkan dalam kata-kata Hamka ini.  Cinta rahsiaku tidak kunyatakan pada dia sudahnya aku jadi orang yang mencintai dan merindu2 sendiri. Aku hanya berani meluahkan cintaku dan rinduku di Ruang Rindu.  Tidak pernah menzahirkan rasa cinta dan rindu secara terus.  Semoga saja dari kejauhan ini dia dapat merasanya.  Akulah si pengecut.  

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...