Saturday, February 4, 2012

Hidup aku

Kalau hidup aku ini macam dalam fairytale,  mungkin lebih mudah.  Happy ending pada hujung jalan cerita.

Juga lebih mudah, kalau aku adalah penulis cerita tentang kehidupanku-berkaitan nasibku dan takdirku juga; apalagi kalau di tepi dahiku, punya butang 'delete' untuk memadam mana2 cerita yang menyebalkan-yang merumitkan dan tidak indah.

Tapi hidup aku ini tidak.  Aku berada dalam dunia yang nyata.  Antena2 di kepalaku sentiasa memberi signal menyuruh aku supaya lebih realistik.

petang ini, tiba2 aku jadi sedikit sensitif.  Seorang kawan lama menyentuh hatiku dengan mengatakan aku terlalu memilih, justeru pada usia yang sudah terlebih kalendar ini-akibatnya aku masih sendiri.  klausa "memilih' tu terasa begitu bingit di telingaku saat dia menuturkannya dengan sedikit penekanan pada intonasi, rimanya juga.

Siapa juga yang mahu dirinya kekal solo pada usiaku ini. tolonglah...jangan menilai aku begitu.

Apa hak memilih tidak layak sekiranya menjurus dalam soal "JODOH"?

Aku sedar, aku bukannya dalam ketegori perempuan cantik-tapi sungguhpun aku bukan dalam kategori itu, aku masih berhak membuat pilihan-memilih sedikit.

Biarlah....

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...