Esok Maulidur-Rasul.....Salam Alaika Ya...Rasulullah.....
Tak sabar rasanya menunggu Khamis minggu depan. Ada sambutan Maulidur-Rasul peringkat sekolah. Tahun ini aku dan Jihah berjuang lagi untuk menunaikan ibadah sunat bersama dengan teman2 seperjuangan yang hebat2 belaka. Tahun ini kami tampilkan kelainan, selain perarakan Maulidur-rasul seperti dua tahun lepas, tahun ini kami tambahkan dan serikan lagi malam jumaat nanti dengan bacaan Yassin, ceramah dan solat hajat, InsyaAllah. Syukur semuanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakan2 sekerja. GB YY juga memberi sokongan kuat, teringat kata-katanya kelmarin waktu di sekolah, "jangan risau, saya ini optimis, kita boleh bekerjasama". Kiranya ini adalah projek pertama kami, panitia PAI SKAK. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan Allah...amiin.
dan.....
Semangatku dan Jihah semakin berkobar2. Cikgu Zaiton PK HEM juga akan membantu untuk mendapatkan dana. Semoga kami semua diberkati Allah.
Ya, Allah...Kau berkatilah insan2 yang menyokong pada jalan kebaikan. Kau berilah mereka balasan yang setimpal dengan keikhlasan mereka. Ya Allah, berilah mereka sebaik2 pembalasan.
Jihah....TQVM kerana sentiasa ada untuk semua ini.....kau selalu jadi pemudah urusan. Sayang Kamu!!!
No comments:
Post a Comment