Thursday, February 23, 2012

Latihan Nasyid MTQ PZP

Mode: mahu Tapi Malu...
Jam: 09:22 pm
Kondisi Perut: Senak dan Sakit

  Hari masuk hari ke 6 latihan nasyid dan bercerita untuk MTQ PZP yang bakal berlangsung 28.Feb.2012 ini.  Pasukan nasyid kami merupakan penampilan sulung SKAK di pentas MTQ Zon Pegalan(sebenarnya baru 2 kali diadakan), jadi kami sebolehnya cuba menampilkan persembahan yang baik.  Ustazah Ain merupakan peneraju utama pasukan ini, aku cuma bertindak sebagai pembantu sahaja. 

Ustazah Ain cipta sendiri lagu nasyid ini.  bagi aku lagu ini menarik dari segi senikata dan liriknya.  Aku harap pasukan kami dapat memberikan persembahan terbaik mereka nanti.  Semoga mereka dapat menterjemahkan segala penat lelah kami berlatih selama seminggu lebih ini.  Semoga Allah merahmati dan memberkati kami semua.  Bukan kemenangan yang kami cari cuma mahu memberikan penampilan dan persembahan terbaik.

Senikata dan Lirik: Ustazah Ain....

Lagu Assalamualaikum.....ciptaan siapa aku pun tidak tahu, pilihan anak2 murid kami

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...