Mode: AKu Rindu Tapi Happy
Jam: 8:09 pm
Kondisi Perut: Mau nasi berlaukkan Ayam Masak Kicap
Akhirnya setelah begitu lama tertangguh aku berjaya juga menaip kembali mini novelet aku yang sebenarnya aku lebih suka menggelarnya sebuah cerpen. Waktu aku mula menulis cerita ini aku baru berusia 18 tahun-dan Waktu menaip semula cerita ini-pada tahun ini ada beberapa bahagian yang aku tambah dan mengubah sedikit frasanya. Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Jika dinilai dari sudut penulisan novel, terlalu banyak sebenarnya kelemahan dan kesalahan dalam novelku ini. salah satu yang paling aku terkesan ialah, sudut pandangan ketiga/jurus pandang ketiga-aku tidak memasukkan unsur penting ini. Aku sengaja tidak mengubah kesalahan itu bagi memastikan keaslian karya pertamaku ini agar ia menjadi panduan kepadaku untuk mengatasi kelemahanku pada karyaku seterusnya jika ada. Aku semakin berminat dengan dunia penulisan. sekarang ini aku banyak membaca novel untuk menajamkan kemahiran menulisku dan mencari idea. Apalagi aku ada guru yang boleh aku tanyakan secara terus dengannya. Semoga cita-citaku untuk menghasilkan sebuah novel akan berjaya.
Semasa menaip entri ini aku sedang print manuskrip mini novelet aku "Secret Admire".
No comments:
Post a Comment