Mode: Aku Rindu Setengah Mati
Jam: 5:03 pm
Kondisi Perut: Aiskrim magnum ada ka???
Hari ini aku nak tulis surat tanya khabar sama hati...
Hai Hati,
Apa khabar? kamu rindu lagi sama dia? kau jangan pura-pura tak faham maksud "dia". Tadi masa aku blogwalking ke blog En. Mimpi yang kau minat sangat tu, aku baca entry lama dia yang tajuknya "S.U.K.A", aku tertarik dengan frasa dia tentang perasaan rindu. Nah kau baca ni, dia tulis macam ni.
"Kalau rindu katakan rindu, jangan biar hati mu tertunggu-tunggu.Jangan biarkan dirimu tersiksa menahan kerinduan itu. Kita manusia biasa, perasaan rindu tu memang sangat normal beb. Lafazkan perkataan rindu itu dan kau akan berasa lebih lega. Rindu itu sebenarnya ibarat dedaun hijau yang mekar menemani bunga yang sedang berkembang"....
best sangat frasa yang encik Mimpi tuliskan??? tapi aku tau, kau bakalan bilang, bahawa kau tidak punya nyali untuk nyatakan rasa rindu itu sama "dia", kau bakalan bilang bahawa kau cuma wanita tipikal dan konservatif pula untuk approach lebih dulu rasa rindu kau pada "dia" yang sudah setinggi gunung Kinabalu itu. Kalaulah kau berani sedikit, aku rasa ia pasti lebih mudah. Tapi nanti keadaan bisa jadi canggung jugakan, kalau ada cas negatif antara kau dan dia, maksud aku, mungkin dipihak kau, cas yang ada positif dan dia mungkin cas negatif atau secara semantiknya, penolakan. Sebab itu aku faham bila kau selalu berpura-pura depan dia. Berpura-pura tidak rasa itu dan ini.
Dear Hati,
Sebenarnya aku nak tanya kau sikit, kau rasa kau "suka" atau "cinta" kat "dia" tu??? sebab aku tak nak kau keliru dengan perasaan kau sendiri. Aku rasa kau lebih bijak menilai perasaan kau sendiri bah kan??? cuba kau baca lagi tulisan encik Mimpi yang best ni. Kau baca betul-betul bahagian yang aku kasi highlight tu. Lepas tu kau congak sendiri perasaan kau, biar petang ini serebrum kau bekerja lebih sikit, kasi perah tenaga dia<--serebrum kau sikit.
"Suka atau cinta itu bukan soal perkataan yang keluar dari mulut. Ini soal hati. Kadang-kadang mulut kata cinta, padahal hati kata suka biasa-biasa je. So untuk kes lu ni, tak perlu lu nak luahkan perkataan "cinta" tu dulu. Kalau hati lu betul-betul cinta kat dia, lu kene tunjukkan rasa cinta tu tapi tak semestinya dengan mengungkapkan perkataan cinta beb. Lu cuma perlu bagi dia nampak sendiri yang lu cintakan dia, dengan apa cara sekalipun. Bagi dia nampak yang lu betul-betul take care and "suka"kan dia. Maka bila nanti lu sebut lu "suka" kat dia nanti, dia akan faham sendiri apa yang lu maksudkan "suka" tu sebenarnya bukan bermaksud "suka" yang "suka" biasa tu. "Suka" yang bermaksud lebih dari suka. :)"....
so, kau fikir sejenak perasaan kau, ok??? tapi aku yakin kau suka gila babas dengan "dia" bah kan???
Yang Sayang Kau Sangat2
Atie....(^__<)\m/.....
No comments:
Post a Comment