"Atie kau taukan, tadi aku nampak 'admire" kau jalan pi kantin sama si Mar", Bagai nak pecah kepala otak aku mendengar report Azmira. "kau tau Tie, pegang-pegang tangan pula tu, menyampah aku", kata Azmira.
"Ndapalah Mira, lagipun si Asrie tu bukannya boipren aku, biarlah dia", kataku selamba walaupun hatiku sedikit terluka sebenarnya. Hari ni aku malas mahu melepak, biasanya akulah yang paling bersemangat sekali dalam bab melepak ni, tapi hari ni, entahlah mungkin kerana aku cemburu...agaknya.
"Hai...ada orang makan hati ", kak Yen mengusik, manalah ada mood mau melepak. Hailah hati, minta-mintalah aku teda admire".
"Ish...kak yen ni, orang bagilah semangat ni mengasi panas pula", Fahani membelaku.
Aku cuma tersenyum dan meminta diri untuk naik ke bilik. Aku bersyukur kerana punya member yang dapat memahami perasaan aku. Tabik spring aku dengan diorang. Sampai sahaja di bilik, aku terus membaringkan tubuhku sambil memasang walkman kesayanganku. Terdendanglah lagu 'Without you'. Aku ikut menyanyikan lagu itu biarpun kedengaran sumbang. Serentak dengan itu wajah Asri, si Secret Admireku menjelma di otak. Agaknya serebrum aku sudah dapat menaakul apa perasaan aku sekarang...hehehe!. Aku melayan perasaan sendiri. Aku mencongak perasaanku, ya! aku cemburu sebenarnya. Hai perasaan, kenapalah kau hadir, kenapa mesti Asri yang aku suka. Akhirnya, aku terlena juga.
"Atie bangun, jom pi makan", member yang lain menunggu sudah tu", kata Fahani sambil menggoyangkan bahuku. Aku cepat-cepat bangun, nasib baiklah bilik air kami di dalam bilik, kalau tidak pasti aku turun dengan muka yang sembap. Di asrama puteri ini, hanya dorm kami saja yang ada tandas, Dorm kami ni sebenarnya bekas sebuah office, sebab itu ada tandas kecil yang tak berapa nak berfungsi sebagai tandas sebenarnya. Hampeh betul!
"Sorry la Far, buang karan kau ja kasi bangun aku", kataku sambil memandang Fahani atau far.
"Nda apa, okay jak". Sampai sahaja di dewan makan member-member baikku semua sudah pun menunggu.
"Sorry la Far, buang karan kau ja kasi bangun aku", kataku sambil memandang Fahani atau far.
"Nda apa, okay jak". Sampai sahaja di dewan makan member-member baikku semua sudah pun menunggu.
"Hah, tuan puteri sudah sampai, jom kita makan" kata Kak Yen sambil menyuapkan nasi kemulutnya. Kak Yen tua setahun dari kami. Badannya agak gempal, tapi cute dan baik hati.
"Alah kak Yen memang macam tu, kuat makan...apa nda comel macam Badak", kata Zie mengusik dalam mengutuk. Ketawa kami pecah satu dewan makan. Kak yen cuma merengus. Bahasa kami agak kasar tapi hubungan kami memang mesra. Mungkin takdir sudah menentukan kami semua jadi sahabat, sudahlah tu, sebilik pula. Kami sudah seperti adik-beradik. Geng karas! Kami berkawan sejak di tingkatan satu lagi.
Hak Cipta Terpelihara.
Karya Melati Atie, 1996.
No comments:
Post a Comment