Sunday, July 29, 2012

IFTHOR JAMA'IE SKAK 1433H: BERKAT DAN RAHMAT RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah.....Kesyukuran kupanjatkan padaMu Ya...Allah, majlis Ifthor Jama'ie yang dirancang sejak seminggu lepas, telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan penuh kesederhanaan.  Terasa sungguh berkat Ramadhan, terasa sungguh kasih-sayang Allah pada kami semua.  Najihah sahabatku, terima kasih kerana andalah pencetus kejayaan ini.  Semoga Allah memberimu sebaik-baik pembalasan. 

Pada awalnya, aku dan Jihah berasa risau sebab sudah pukul 5 lebih, belum kelihatan anak2 murid kami di Surau.  Jam 5 lebih sedikit, baru tersembul wajah2 mereka satu-persatu dan hatiku berbunga riang dan bersyukur ke-hadrat Allah bila para ibu2 mula datang sambil membawa juadah.  Terima kasih ibu2 SKAK.

Paling menggembirakan bila sahabat paling terbaikku, Fatine Lee; datang bersama suami dan dua anak perempuannya, Hasya dan Nanad.  Terasa lega dan bahagia sekali.  Kesyukuran dan kelegaan terasa berkembang dalam hati bila para jemputan khas, guru2 pelatih dari IPGK dan Geng Kelab Hijrie datang dengan keikhlasan kerana Allah Taala. 

Bersama dengan guru2 pelatih (perempuan) kami mula menyusun hidangan bagi memastikan kelancaran semasa berbuka puasa nanti.

Tepat jam 6.33pm dengan lafaz doa, kami semua berbuka puasa dengan penuh kesyukuran, diwajah anak2 murid, aku melihat ada sinar gembira.  sekali lagi aku bahagia melihat wajah2 mereka, selepas berbuka puasa, semua jemputan dan anak2 murid menunaikan solat maghrib.  Selesai menunaikan solat maghrib, barulah acara makan malam-makan berat sehingga waktu solat Isya dan seterusnya Solat sunat Terawih.

Malam ini, Us. Ateh Jadi Imam untuk kami semua.  Solat Terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat + 3 Witir.  Merdu sungguh bacaan dia, Tarannum yang syahdu lengkap dengan tajwid dan makhraj huruf yang baik.  Selesai Terawih, majlis disusuli dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Guru Pelatih IPGK.  Satu Tazkirah yang baik dan tepat untuk memantapkan pengetahuan mengenai fadhilat Ramadhan.

Tamat tazkirah, Us. Ateh menjemput semua jemaah terawih untuk menikmati moreh.  sekali lagi aku dapat merasa dan melihat kemeriahan majlis ini.  Semua menikmati makanan dengan rasa syukur dan gembira.  Acara akhir adalah tapau-menapau...makanan semua cukup, kurangnya kami terlupa menyediakan air masak-mineral yang mencukupi, syukur Fatine Lee ada bawa 1 kotak tadi; kata para ustaz, semua cukup, semua sempurna, kurangnya cuma air masak....hehehe!!! Aku, Jihah dan Suzie, tapau nescafe dan teh....kes memang suka minum nescafe ais...dah berhajat balik rumah nanti nak letak ais...ayaks!!! habisla.....

Aku simpulkan majlis Ifthor Jama'ie yang julung2 kali diadakan ini sebagai berjaya.  aku sedar mungkin ada banyak kelemahan dari beberapa segi, namun, aku dapat merasa berkat pada majlis kami yang sederhana ini.  Ia memautkan hati2 kami pada jalan Allah.  Semoga majlis ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat pada masa akan datang InsyaAllah.

Terima kasih pada semua pihak yang menjayakan majlis Ifthor Jama'ie SKAK ini.  Hanya Allah yang dapat membalas kalian dengan pahala yang berlipat-kali ganda sebagai saham dan pegangan untuk kita bawa ke akhirat yang abadi.

P/s: aku tak dapat ambil gambar2 untuk diupload dalam entry ini.  Seperti biasa HP SONY ku yang sudah tua itu, tengah Full memori. 

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...