Penat dengan sikap manusia yang penuh dengan ego sehingga mengundang amarah manusia lainnya. Kes apa kes?? aku Juga ada perasaan begia....!!! Sabar seja la...Tingkatkan sabar setiap hari...Aku harus diam mulai hari ini...!!! Tidak akan ada kata-kata berbaur marah baik kepada dia dan sesiapapun, walaupun kata-kata berbaur marah itu hanya terluah antaraku dan sahabatku Fatine Lee-bermaksud hanya sahabatku yang mendengarnya*kasihan dia terpaksa mendengar luahan rasa marahku. Aku tidak akan mencari alasan untuk membelaku atas kalamku waktu aku meluah rasa tidak puas hati pada sahabatku Fatine Lee. Mulutku memang keterlaluan waktu aku meluah rasa tadi. Aku bersalah atas kalamku tadi. Syukur aku hanya menuturkan kalamku di depan sahabatku, aku tidak kisah jika dia menghakimiku dengan apa pun jua bentuk hukuman atas kalamku, kerana aku yakin dia selalu adil dalam menghakimiku. Ampunilah dosaku Ya, Allah...tingkatkan rasa sabarku....Wahai Syaaban dan Ramadhan Kareem yang bakal menjelma, didik aku, bantu aku jadi manusia penyabar dan pendiam kerana ALLAH.
Mungkin muka aku serupa hantu, sampai kalau aku berada di atmosfera dia, maka dia akan melarikan diri. Nampaknya, mulai esok aku harus berpada-pada, harus duluan melarikan diri sebelum aku mencemar atmosfera dia. Nanti, akan aku cipta langitku sendiri, atmosferaku sendiri, supaya; baik aku dan dia, tidak terkapar-kapar, tidak kerebutan oksigen bila atmosfera kami bertembung. Apapun, aku tidak memusuhi dia, kelihatan seperti dia yang memusuhiku.
Baiklah, kepada manusia ego itu...aku akan menghilangkan diriku setiap kali aku ada di atmosferamu. Maafkanlah aku atas segala ulahku, silapku, dan atas segalanya. Halalkan mana yang pernah termakan dan terminum*dulu2...
No comments:
Post a Comment