Sudah beberapa hari tidak menulis sebarang entry dalam blog kesayanganku si Ruang Rindu. kehidupanku sejak Isnin hingga hari ini dan esok hanya berkisar dengan kursus KSSR PAI TAHUN 3. Terbit juga rasa bosan dalam hati tapi aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kursus kali telah memantapkan lagi kefahamanku sekaligus kematanganku untuk mengaplikasikan KSSR di sekolah, InsyaAllah. Lagi pula, ia dapat membuatkan aku jauh sekejap dari hiruk-pikuk sekolah, karenah anak murid yang nakal, degil, keras kepala malah manja. Membolehkan aku jauh sekejap dari menghadap tugas membuat guru ganti, maklum saja bulan Oktober adalah bulan kursus KSSR semua mata pelajaran Teras dan Tema. Kesimpulannya, aku harus mengakui yang aku enjoy juga berada dalam kursus kali ini, apalagi dapat berjumpa dengan rakan-rakan GPI yang lain. Tahun ini ada ramai muka baru. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami semua.
Hari kedua Kursus KSSR aku rasa bermula dengan kehangatan suam-suam kuku. Hari ini fokus utama adalah mengenai BAND. Kelmarin, waktu JU mengumumkan fokus utama untuk hari ini, aku ingatkan ia sesuatu yang baru, tapi rupanya ia adalah Pembinaan Instrumen seperti yang dibuat pada kursus KSSR Tahun 2. Cuma namanya sahaja ditukar sebutan lain oleh JU, cubalah cakap "Pembinaan Instrumen" saja. Ada juga sedikit perubahan yang dapat aku kenal pasti dalam kursus kali ini, iaitu kalau dulu "EMK" sekarang ia jadi EK, malah item2 yang terdapat di dalam EK juga telah diberi penambahbaikan dan aku rasa ia lebih mudah untuk diaplikasi di dalam penulisan RPH.
Sesi pembentangan bermula jam 2.30pm, seperti yang kujangka pastilah sesi pembentangan ini akan berjalan macam jarum saat yang kehabisan bateri. Masa terasa berjalan dengan sangat lama. Rasa bosan dan mengantuk menguasai diri seolah-olah pada setiap helaian bulu mataku yang pendek ni ada tergantung batu-batu sungai. Sesekali hatiku tergeletek lucu bila ada pembentang buat lawak sengal. Hampehnya, setelah cabutan undi dibuat, kumpulan kami (kump. 4) adalah antara kumpulan malang yang bakal membuat Makro Teaching untuk sesi besok, doaku terus mati di situ....hahaha!!!
P/s: Aku sudah pun menyiapkan borang pentaksiran individu dan kelompok KSSR Sirah PAI, untuk bidang yang lain aku sedang mengusahakannya. Kenapa Sirah duluan??? sebab sepanjang bengkel sejak Isnin dan hari ini, kumpulan kami diberi bidang Sirah. Esok saja sudah ada Makro Teaching yang menunggu, bikin malas betul. Ya, sudah 10 tahun 3 bulan dan 15 hari aku menjadi ustazah a.k.a cikgu, tapi untuk buat Makro Teaching di depan para GPA yang lain-sekolah lain dari seluruh pelusuk Keningau, apalagi dengan perangai sengal sesetengah GPA lelaki ia tetap sesuatu yang melemaskan urat kentut. Macam di Maktab pula....apa kes...!!! Esok nak buat muka selamba dan buat-buat tiada perasaan...hehehe....Anggap saja mereka-mereka yang bakal terlibat besok macam anak murid tahun 3...KoToh....buli kaitu main tarik telinga kalau telampau jajal...ahaks!!!