Sulit sebenarnya membendung hati yang sarat dengan rindu membuku di dada. Sulit sebenarnya memaksa diri untuk pura-pura lupa bahawa hati itu baik-baik saja terletak di dalam sana. Cuti-cuti singkatku sabtu dan ahad lepas menjerumus aku dalam perasaan geli-geli hati yang buat jiwa aku kacau sedikit atau kacau banyak sebenarnya. Benci sebenarnya bila ada rasa ini, kerana selalunya ia tidak pernah memihak kepadaku. Mungkin aku perlu mandi bunga 101 kali. Atau mungkin aku cuma perlu bercuti singkat lagi, tapi kali ini tanpa memberitahu siapa pun bahawa aku ada di sana.
Untuk melupakan jiwa yang parah-parah manja, aku cuba melakukan terapi hati, ya; melalui hobiku yang satu lagi, memancing. Syukur aku punya kawan yang sama hobi denganku, Issa namanya. Ya; aku berjaya mengubat sedikit hatiku melalui terapi yang kulakukan bila aku sedang leka memancing. Cuma, bila aku kembali ke dunia kecilku, pada malam ini; aku perasan yang ternyata sulit membendung rasa rindu.
No comments:
Post a Comment