Untuk malam ini dan sebagai balasan kepada kelambatan aku menambah entry baharu dalam blog kesayanganku ini sejak beberapa minggu yang lalu, malam ini aku mahu menamba entry yang suka aku menggelarkannya sebagai entry balas dendam dan suka-suka hati aku. Aku harap kamu si pembaca senyap ataupun pembaca hantu blog aku suka dengan entry ini...(cis bajet ada pembaca yang sudi membaca entry aku...sila ignore keyakinan menggunung aku..okey!!!)
Baik,
Tadi waktu meninjau harga peti ais untuk diletakkan dalam bilik Pendidikan Islam yang juga merangkap Surau kami, aku juga meninjau beg tangan kerana beg tangan aku sudah lusuh dan memang layak untuk digantikan dengan yang baharu. Waktu meninjau beg di lorong Keningau Mall, aku sangat berkenan dengan satu beg yang pada pengamatan mataku ia cantik dan agak sesuai dengan aku yang mahukan beg sandang. Tetapi, kata Jihah, harga beg itu terlalu mahal jika dibandingkan dengan keadaan beg itu sendiri. RM45, cekik darah punya harga padahal ia bukanlah sebuah beg berjenama Alfio Raldo, Leno atau jenama-jenama lain yang agak terkenal untuk golongan kebanyakan-aku maksudkan golongan pertengahan-bermaksud cikgu-cikgi yang tidak terlalu mementingkan jenama beg tangan. Walaupun aku suka pada beg itu, tapi aku juga rasa yang harganya tidak berbaloi walaupun aku bukanlah jenis perempuan yang mementingkan jenama beg tangan untuk dibawa ke sekolah. Oleh itu, aku menerima cadangan Jihah untuk meninjau-ninjau lagi beg tangan di kedai lain. Memendekkan diari perjalanan kami tadi, akhirnya aku menemui beg yang dengan sekali lihat dan aku terus berkenan. Kali ini, aku terus cekau kerana harganya berbaloi dengan rupa dan kualiti beg itu. Penilaian dan persepsi pertama aku, beg itu cantik sebab warnanya hijau macam katak, dengan bintik-bintik bulat berwarna pink, dan di bahagian depannya tertulis perkataan "Scottish Hodge" Scotland. Sebenarnya aku kurang pasti pada perkataan Hodge, sebab tulisannya agak kabur, aku cuma agak sahaja(sila maafkan keyakinan aku). Aku beli beg itu sebab ia nampak comel dan paling penting ia berwarna hijau macam katak. "Hijau-hijau pun hijaulah, macam katak;yang penting comel", itu yang aku cakap pada tuan kedai itu tadi. Ia mengundang senyuman tuan kedai juga jihah, aku tidak pasti senyuman tuan kedai itu bermaksud apa, samada dia senyum kerana analogi aku menyamakan warna hijau beg itu dengan katak ataupun senyum kerana beg dari kedainya sudah terjual. (sebenarnya, jihah ternampak kedai itu menawarkan potongan harga sebanyak 20% sebelum kami hendak turun ke tingkat bawah sebelum kami membuat keputusan untuk masuk ke kedai itu).
No comments:
Post a Comment