Melalui Zulieqah aku menambah lagi koleksi novel, dalam bulan ini saja aku sudah membeli 10 buah novel In Shaa Allah 4 buah buku bakal sampai di Pos Laju minggu depan, 3 lagi bakal sampai di Pos Berdaftar 2 minggu lagi sekarang dan 2 buah buku bakal sampai sebulan dari sekarang sebab buku itu dikirmkan dari UK(sila ignore kemintapujian atas penerangan aku). Atas sebab itu, aku merasa agak teruja. Aku sekarang begitu meminati novel-novel keluaran PTS dan Jemari Seni berbanding Alaf 21 ataupun Creative. Novel-novel keluaran PTS banyak membantu aku untuk mempelajari BMT selain banyak membantu aku untuk membuat tinjauan dan rujukan kerana aku berhasrat menghantar manuskrip aku ke PTS. Tapi, itu pun kalau aku punya keberanian...hihihi!!!
Banyak pendapat kawan-kawan yang aku perlukan, mahu sekali meminta pendapat si Luna Zura tetapi ada kematu yang menghalang hasratku, lagipula dengan kesibukan hidupnya sebagai guru, manalah dia punya masa membaca mansukrip aku itu. Rasanya, aku perlu meminta pendapat Zulieqah kerana dia juga penulis blog. Tapi, sekali lagi kalau aku punya keberanian...hihihi!!!
Tapi,
Tujuan entry aku petang ini sebenarnya menjurus tentang keterujaan aku menunggu novel-novel yang bakal sampai nanti. Tidak sabar rasanya menanti dan tenggelam dalam novel-novel itu nanti.
Baik,
Apapun, aku tetap akan menyasarkan penyiapan fail-fail KSSR aku untuk semester ini, aku tetap akan mendahulukan kerja-kerja aku di sekolah, aku tetapkan akan mendahulukan tugas-tugas aku sebagai pendidik. Sebab itu, sejak minggu lalu aku memang sering lewat balik semata-mata untuk menyiapkan dahulu mana-mana kerja dan tugasku sebagai pendidik kerana aku tidak mahu membawa balik kerja ke rumah. Sebabnya mudah, di rumah waktu berada dalam dunia kecilku-bermaksud bilik aku, aku mahu membuat sesuatu yang aku suka-membaca novel, membuat bintang kertas, membuat art...hehehe!!! itu lebih adilkan...
Ah sudah...
Mengarut banyak sudah, harus berhenti sekejap. Akan ke HQ...berSPA...Sila maafkan entry aku yang agak mengarut....tapi dah namanya juga blog kesayangan aku ini..."Diaryseorangguru" sudah seharusnya aku menulis diary tentang cerita hidup aku...hehehe!!! dan harus aku ingatkan bahawa "diaryseorangguru" bukanlah bermaksud entry di dalam blog ini hanya berkisar tentang mengajar...ahaks!!! ia tentang kehidupan aku yang bekerja sebagai guru-lebih tepat guru agama a.k.a Ustazah.(dah macam menteri penerangan wanita Malaysia yang pertama...>___< ayaks!!!)
No comments:
Post a Comment