Hidup adalah tentang pilihan. Terpulang pada kita untuk memilih jalan hidup sendiri. Tuhan telah menetapkan Syariat, terserah kita samada mahu lari dari obligasi sebenar atau menetapkan sempadan supaya bisa kekal dalam obligasi itu.
Apa motif entri ini???
Koma.
Ia terlalu subjektif.
Kerana hidup ini juga terlalu subjektif, maka kadang-kadang ia berlangsung dengan beberapa pusingan yang mengelirukan. Kerana itu harus bijak membuat pilihan, kalaupun belum bijak, maka belajarlah untuk jadi bijak dalam memilih. Kadang-kadang pilihan kita kelihatan terbaik buat kita-buat masa ini mungkin saja akan memakan diri dan bertukar menjadi mimpi ngeri pada masa akan datang.
Pilih-lah yang baik-baik apabila ia melibatkan soal hidup-hubungan-manusia. Takut nanti ia bakal mendatangkan masalah besar pada kita satu hari nanti.
Hidup umpama pusingan roda.
Baik,
Kalau melihat langit, lihat pada birunya.
Kalau melihat laut, lihat pada luasnya.
Kalau melihat rumput, lihat pada hijaunya.
Kalau lihat tanah, lihat pada suburnya.
Langit, laut, rumput, tanah
Semuanya punya pusingan hidup, semuanya punya cerita tentang hidup.
Bezanya,
Baik langit, laut, rumput, tanah
mereka tidak punya pilihan.
Tanda Soal...
Nanti,
Kalau melihat manusia, lihat pada adab dan akhlaknya.
Baik Akhlaknya, baiklah jiwanya
Baik Jiwanya, baiklah hatinya
Baik Jiwanya, baiklah hatinya
Baik Hatinya, baiklah akalnya.
Tanda soal...
P/s: hari ini sedikit kebenaran sudah diperlihat Allah. Syukur aku panjatkan padaNya. Istighfar panjang aku hari ini. Hal yang baru saja aku tahu tadi benar-benar membuatkan bulu romaku meremang. Betapa jiwa manusia ini sangat rapuh, mudah pula tergelincir dengan hasutan Syaitan.
No comments:
Post a Comment