Sunday, May 5, 2013

Aku, Kami dan Pru13 = Dakwat Kekal

Hari ini buat pertama kalinya, aku pergi mengundi bersama 4 orang adik-beradik perempuan aku.  Tahun ini, semua adik -beradik aku sudah layak mengundi kecuali adik aku yang bongsu.  Sebelum mengundi tadi, kami adik-beradik bersama anak-anak sarapan bersama di RNR.  Kenangan mengundi PRU13 tidak akan dilupakan.  Ia memang akan disebut orang-orang untuk beberapa hari selepas tarikh ini.  Menang-kalah itu adat bertanding.  Apapun keputusannya nanti, jangan ada sengketa sesama kita umat Islam, nanti ada pihak di sana yang ketawa melihat kita.


Gambar-gambar sebelum dan selepas mengundi....layan hehehe...Gembira dan lucu!!!

Sarapan dulu

Jari sia bulum kana calit dakwat bilu2 itam2 aaa....(ini adik aku yang no.3)

Saya pestaim mengundi ini dan saya pengundi telus...jari sia bulum kana calit dakwat kakal aaa....(ini adik aku yang no.6)

Saya sudah mengundi...tingula jari sia....pestaim ini...(pengundi ini adik aku yang no.6)

Waris Jari Hantu....

Pose Lepas Mengundi...PRU13....

P/s:  Benarlah kenangan itu kerinduan...hari ini banyak cerita lucu yang akan jadi kenangan kami.   Panjang umur mengundi lagi kita di PRU14.  In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...