Saturday, May 4, 2013

Aku dan Novel BB

Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga mengumpul koleksi novel Bahruddin Bekri.  Aku sayang sangat koleksi novel BB ini sama seperti sayang aku kepada novel S.Hawa, "Diari Seorang Guru".  Novel wajib yang akan aku ulang-baca setiap Hari Guru.  Dalam banyak-banyak koleksi aku, biarpun tidaklah sebanyak koleksi yang terdapat dalam perpustakaan Keningau, malah sebanyak koleksi Zulieqah (kenapa Zulieqah terlibat, kerana dia satu-satunya manusia yang menunjukkan koleksi novelnya kepada aku-yang dia simpan dalam almari di tingkat kedua di bilik asramanya-seraya membuatkan mata aku besar dan mulut aku separuh terbuka kerana kagum dengan sedikit dengki berupa baik-bukan dengki berupa jahat, okey) novel DSG itu adalah novel satu-satunya yang aku angkat sebagai novel kesayanganku.  Akhirnya, sejak dari tahun 2001 membawa ke tahun 2013, barulah aku jumpa novel yang aku angkat lagi sebagai novel kesayangan aku...arakian penerangan ringkas.

Ini koleksi aku...Siri Mat Despatch karya BB..merangkap novel kesayangan aku.  Aku kira aku bakalan jadi sedikit kedekut bila ada manusia lain mahu meminjam novel ini...hehehe!!! aku kira hanya si Zulieqah Guru Pelatih tahun akhir yang bakal ber-graduat tahun depan-prihal kenapa aku tiba-tiba menjadi kedekut bila menyangkut-paut mengenai novel ini.







Baik,

Novel kedua dalam siri bertajuk, "Lelaki Baik".  Aku dapat mempelajari berkaitan BMT melalui novel ini.  Syukur sangat sebab melalui novel inilah aku dapat mempelajari teknik menggunakan BMT dengan lebih betul.  Rupanya untuk menulis menggunakan BMT, ia bukannya mudah kalau belum menguasai sendi, morfologi dan semantik.  Malah, harus juga menguasai perkara asas di dalam BMT, iaitu penggunaan 'subjek' dan 'predikat' apabila mengolah struktur ayat.  Manalah aku ingat lagi semua pelajaran itu.  Kebiasaannya, aku menulis mengikut cara aku sendiri.  Aku cuma menggunakan BMT apabila aku berhasrat mahu menghantar karya aku ke PTS yang mewajibkan penulisnya menggunakan BMT.   Aku harus menguasai semua aspek ini dulu kalau mahu meneruskan 'hajat' aku itu.

Tapi,

Aku tetap tidak akan lupa menulis dengan cara aku sendiri.  

Koma,

Aku harus menghentikan catatan diari aku untuk hari ini-malam ini.  Mahu tenggelam lagi dalam siri kedua MD-Lelaki Baik.

Inshaa Allah, akan aku catat tentang BMT nanti juga sedikit penilaian-tinjauan-ulasan- aku mengenai novel ini( harus diingat, ia nanti akan aku tulis melalui pandangan aku yang kurang pandai dalam bab penulisan apalagi dalam bab kritikan-ulasan).  Aku kira aku akan mendapat lebih banyak tip, pandangan dan cara pemikiran dari kaca mata lelaki-iaitu bagaimana lelaki menghadapi konflik diri-hidup.  

Titik.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...