Tahukah anda semalam adalah hari tapir sedunia?
Rupanya wujud pula hari tapir sedunia, teringat kata-kata penyampai radio Nasional FM tadi, dia menyebut "Badak Cipan" dan "Tapir". Selama ini aku hanya mendengar dan mengetahui; kalau badak cuma ada dua jenis, iaitu "Badak Sumbu" dan "Badak Air". Tidaklah aku tahu bahawa terdapat "Badak Cipan", yang aku tahu badak dan cipan itu dua jenis haiwan yang berbeza. Ataupun adakah yang dimaksudkan oleh penyampai radio itu tadi, bahawa "Badak Cipan" adalah seekor Tapir; yang aku tahu Tapir juga berbeza dengan badak dan cipan. Mungkin badak, cipan dan tapir adalah dari keluarga yang sama. Harus cari di Ensaiklopedia ataupun menonton Discovery Channel. Paling senang nanti aku tanya en. Google...hihihi!!!
P/s: Entry ini bukan Discovery Channel, aku cuma terasa lucu bila rupanya wujud hari tapir sedunia, iaitu semalam bersamaan 27.April.2013. Ketara sangat pengetahuan am aku sangat kurang...
No comments:
Post a Comment