My innocent heart...
Cis...macam minta puji ja ayat pemula aku malam ini....ceh...nak nampak innocent sangat la kot...huhuhu!!!
Ya, dengan segala hormatnya aku nak luahkan sikit apa yang aku rasa. Sebenarnyakan...(korang baca sampai 3 kali ok...) aku jeles gila ngan korang2 yang dapat gi bercuti sakan masa cuti sekolah ni. Lebey2 lagi korang yang gi bercuti kat luar negara tu. Maunya akak(sebut ikut intonasi Johan okeh) tak jeles deq, sepanjang-panjang aku dah keja ni, baru sekali aku dapat bercuti luar dari Sabah, tu pun kat Kehel je. Tapi takpelah, aku redha je. Aku pun tak kisah sangat tapi ada la sikit rasa jeles ngan korang2 yang dah dapat gi bercuti luar dari Malaysia, gile tak jeles, tipula wei kalau aku tak jeles ngan korang. Aku memang memasang impian mahu bercuti di luar negara tapi dengan bajet kewangan yang kureng, mana la impian itu bakal terlaksana. Well, takpelah...aku redha. Sekurang-kurangnya duit aku taklah aku gunakan dengan berjoli sakan...pis sikit\m/...lagipun, In shaa Allah, kalau diizinkan Allah, aku dan sahabat terbaik aku si Fatine Lee akan ke Kehel lagi untuk shopping baju raya...hihih...Kehel lagi...(dengan rasa dangkal(sikit je rasa dangkal tu, tapi aku selitkan sebanyak mungkin rasa kesyukuran atas nikmat dapat membuat perancangan awal yang Allah pinjamkan). Entri ini pun terhasil sebab aku jeles ngan korang yang dah bercuti sampai ke Jakarta. Tadi, masa aku cek traffic sources dalam referring sites, aku terjumpa blog ni yayanrahman.blogspot.com, terus aku blogwalking, dan; aku jeles dia dapat bercuti di Jakarta. Aku ni ntah bila agaknya berpeluang bercuti ke luar negera...sekali lagi, takpelah...aku redha. Siapa tau kan...satu hari nanti aku boleh jugak merasa pengalaman bercuti di luar negara...paling jauh nak pergi Indonesia je pun buat masa ini. Bandung ke, Bali Ke...ceh!!!
P/s: Tajuk entri ini mungkin tak berapa nak terkait sangat dengan konten...so layan je la...hihihi. Tatau la napa aku taip entri ini, tapi ni memang lahir dari rasa hati aku dowh. Aku akan menamatkan misi QP esok iaitu bersamaan hari Isnin. Selasa ini, barulah aku dapat bercuti sakan walau hanya di sekitar pekan Keningau saja, membawa anak-anak buah aku menonton wayang di Keningau Mall dan makan nasi ayam. (makan nasi ayam tu atas permintaan anak buah aku yang namanya Azza).
No comments:
Post a Comment