Tuesday, February 4, 2014

Escape

Cuti selama 6 hari, lebih banyak dihabiskan dengan menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Malam ini terasa sungguh penat otak sehinggakan aku hampir termuntah.  Tangan aku juga terasa sakit dan lenguh-lenguh akibat banyak menulis.  Ya, aku sedang melengkapkan pentaksiran KSSR tahun 2 dan 3 yang tertangguh. Syukur, ia sudah siap untuk dimasukkan ke dalam fail murid.  Taubatlah hendak menangguh kerja lagi.


Betapalah, aku ingin escape dari semua kerja-kerja KSSR ini.  Betapalah aku inginkan isolasi. Betapa aku mahu lari 100km dari semua kerja-kerja pendidikan yang tidak lagi serupa mengajar tapi lebih pada pengisian fail-fail yang entah apa-apa.  100km sahaja, kerana aku sedar, ini adalah amanah.  Inilah dunia pendidikan sekarang, zaman KSSR.  Yang sudah jauh berubah dari dunia pendidikan zaman KBSR.  Apa-apalah, aku cuma mampu buat, letak 4 jari ke dahi dan katakan: "senaman iya-iyalah"...

Aku rindu hendak membaca novel dengan penuh senang hati tanpa ada rasa bersalah.  Tadi, waktu keluar ke pekan dengan adik bongsu ku dan anak buahku, Husna, aku beli novel lagi. Walaupun aku berikrar, kononya, tidak mahu membeli novel lagi sebelum menghabiskan novel-novel tertangguh, nampaknya; ikrar itu sudah terbatal.  Tadi, aku beli novel terpakai karya Ramlee Awang Murshid dengan harga RM10.  Hajat hati, mahu menjadikan novel lama ini sebagai escapism. Semoga novel ini nanti dapat membalas segala rasa penatku selama 6 hari ini. Keehoi...

P/s: Sudah lama mahu menjadikan novel ini sebagai koleksi peribadi.  Hari ini, hajat itu, termakbul tanpa diduga.  Biarpun, novel terpakai, tapi aku suka sangat,  Bila nampak kulit novel yang sudah agak lusuh, aku terasa macam klasik, dan; rasa klasik itu yang buat aku berbunga riang.  Teringat pada kata-kata pemilik restoran dan pemilik asal novel ini, " sebab novel ni lama sudah, kulit pun buruk sudah, saya bagi harga RM10 la"...masa tu aku ingatkan, dia akan menjual novel itu pada harga yang tertera pada kod bar di belakang novel ini, tapi bila dia jual dengan harga RM10, hati aku sudah berbunga-bunga.  Padahal, kalau dia jual pada harga 19.90 sekalipun, aku tetap akan membelinya.  Novel ni novel escape aku...hihihi!!!

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...