Wednesday, May 27, 2015

Cicinta

Love and Hate.  I Got the picture. Live a life...geek!!! Solid...
Nak hidup bebaik solid molid kenalah kaya dengan perbendaharaan pengalaman.  Love will save the day.

P/s: ya ampun Cicinta. Haiyalah....

Tambalut #2

Rezeki Tuhan ini sangat berseni. Pada masa kau tak pernah menjangkanya, Dia memberi. Berseni kerana, selalu Dia memberi melalui perantara. Sahabat misalnya.  Sahabat memberi hadiah. Selalu pemberian hadiah itu membahagiakan. Harus kau tahu, hadiah itu rezeki daripada Tuhan. Itulah tanda rahmat. Rahmat Tuhan. Tanda kasih dan sayang Tuhan kepada kau dan sahabat. Tanda kasih yang sentiasa berlingkungan sifatnya. Dalam circle kehidupan. 

P/s: Terima Kasih Ina. Suka banget dengan hadiahmu itu. Banyak suka itu macam sungai Sook campur sungai Padas. Dalam dan deras. Cuba kau sukat guna ml.

Friday, May 22, 2015

Tambalut

Antara perkara yang selalu menggembirakan adalah:

Membahagiakan sahabat.

Ia antara tanda kasih dan sayang. Tanda menghargai.

Tanda reda. Tanda kau reda pada baik-buruk  fiil, rupa, sikap dan sifat mereka yang jelek dan bikin sakit hati.

Tetap, membahagiakan ibubapa, suami, isteri, anak, adik-beradik, anak buah paling penting. Mereka itu nafas yang kau perlu untuk terus hidup. Jalan syurga yang Tuhan bagi untuk kau, aku dan kita. 

Begitu juga sahabat. Mereka juga nafas. Mereka juga ada dalam perjalanan mencari syurga.

Terima Kasih Tambalutku: Fatine Lee, Najihah Abdul Rahim.

P/s: kena belanja makan di Rose Dhaniyah Cafe niari.  Cookies sedap, Teh Tarik Rayyan pun sedap ooh. 

Thursday, May 21, 2015

Dan...

Dan...

Kalau kau cari kebahagiaan dengan mata mate-ria-lis-tik,  kau tak akan jumpa bahagia abadi. Kalau jumpa pun, umpama jarum saat bergerak satu kali pusing keliling dari 12 jumpa 12. Begitu cepat dan lambatnya. Kalau kau mahu kekal bahagia, cari kesederhanaan. Terpulang kau menentukan sederhana yang bagaimana.  Asal jangan kau merampas bahagia orang. 

Dan...

Cinta juga untuk dimengerti, bukan dinikmati indahnya saja. 

Ironinya, manusia cuma mahu menikmati. Menikmati-saat-imdahnya saja. 

Dan...

Tetap saja tak salah fatal memilih untuk menikmati. Tapi, itulah. Terlalu banyak ironi yang hendak kau mengerti. Tahu dan faham.

P/s: bahasa bahagia satu nuansa yang kadang-kadang tak terdektasi oleh hati-akal-budi.

Dan...aku mengarut. Naif.

Mei sitepuk amai-amai.

Bulan Buku: Mei 2015

Nampak buku penulis kesukaan aku Tuan Bahruddin Bekri di Sandapak kelmarin. Hari ini lepas bayar bil, lepas ambil gaji, lepas beli barang dapur, aku terus pergi beli dua novel ini. Bahagia betul rasa hati. Buku dalam senarai-hendak-beli sudah dalam tangan. Terima Kasih Allah, atas rezeki yang Engkau berikan. 


Hari ini aku pesan empat buah buku dari Kedai Buku Halal. Tiga daripadanya buku keluaran Dubook satu keluaran Studio Anai-anai. Dalam empat buah buku, Kunang Persisir Morten paling aku tunggu. Sejak seminggu yang lalu, aku sudah pasang hajat hendak beli buku KPM. Tujuan ke Sandapak kelmarin pun sebab hendak cari buku ini. Sayang tidak ada sebaliknya jumpa buku Tuan BB. Kecewa yang terus ada penawar mujarab. Haiyalah...aca aca!!! 

Empat buku bakal milik ini jenis buku Indie. Bagi aku yang naif kata kawan, buku-buku Indie menyengat otak yang hampir basi. Syukur ada manusia gila babi berani mereka terbitkan buku-buku bagus. Belusir jauh dari jadi penulis tipikal cinta karas tangkap leleh yang bikin otak jadi bangas. Janganlah diharam terbit buku mereka. JANGAN pula aku digelar Syiah bila baca buku-buku Indie keluaran Dubook, Fixi dan penerbit buku Indie lainnya. Itu tuduhan berat sebelah, macamlah kau orang saja yang berbahu.


P/s: Bahasa bahagia itu satu nuansa yang kadang-kadang tak terdektasi oleh hati-akal-budi.

Mei si tepuk amai-amai.

Thursday, May 14, 2015

Bingung

Aku cikgu kerani
Failku banyak sekali
Tak aku isi
Aku mati dalam kutukan sang atasan pintar.
Aku cikgu kerani IT
Kuasa e- e- e- menekan
Jangan bilang kuasa e- tak sehebat ultramen
Tak isi 
Aku mati dalan kutukan sang atasan pintar
Bingung
Aku cikgu atau kerani?
Pentadbir IT barangkali.
Baran aku terus begini.

Tak kau ke depan kau dianggap katak bawah tempurung.

Selamat Hari Guru 2015. 

Kawan aku bilang dalam sayup manja aku dengar masa mesyuarat Kokum tadi, Hari-hari pun hari guru. 

Benar, tetaplah guru itu ada di mana-mana.   Kekal nama guru-cikgu-ustaz-ustazah sepanjang zaman. Tidak perlu kau pertikai jauh-mana-jatuh ikhlasnya sebagai guru, apalagi dalam mendidik. Tak pernah kau tahu bila datangnya berkat daripada guru. Tetap Tuhan yang akan membalas. 

P/s: Cinta sayangku pada dunia guru masih tebal. Aku masih percaya.

Saturday, May 2, 2015

Bulan Buku: Mei 2015

Dapatan hari ini di Pesta Jualan Buku Popular, Dewan Arked Keningau. Ada satu buku travelog aku intai-intai tadi. Tapi, dompet dah bagi alarm merah. Maka, hajat aku tahankan dulu. Kira macam tahan kentut fasal nak qada' hajat besar. Nanti jumpa jamban baru kau lepas baik punya. Tak apalah! Bukan rezeki aku hari ini. Beli telur, foo chuk dan sardin buat makan tengahari family esok hari lagi afdhal.



Alahai anak odeng. Lembu patah tanduk.

Mei si tepuk amai-amai.

Friday, May 1, 2015

Bulan Buku: Mei 2015

Hari ini aku ke Pesta Jualan Buku Popular di Dewan Arked Keningau. Kredit untuk Jihah yang sudi bawa aku ke situ. Aku tak dapat driving ke sana, kereta kena block, jiran sebelah rumah aku buat kenduri kahwin. 

Jangkaan aku tepat bila, buku-buku dalam pesta jualan buku popular selain dari buku-buku agama dan Inggeris, penuh dengan novel-novel mainstream genre cintan-cintun keluaran Alaf 21 dan Fajar Fakeer. Aku berharap akan ada buku-buku Indie keluaran Fixi, Lejen Press ke Dubook ke tapi ialah, mungkin dorang takut tak laku. Nampaknya, kena order dengan Tuan Khair Zawawi owner Buku Halal sajalah .Apapun, hati remuk aku terubat dengan buku-buku RAM (Magis, Sunan, Aku Bercerita) dan Hlovate (Rooftop Rant, Anthem). 


Nampak saja buku Sunan dan Anthem aku terus cekup. Sudah lama mengandung hajat hendak beli buku ini. Perasaan aku bila nampak buku ini tadi, kira macam taik lama yang hitam keras melekat kat usus dapat keluar lepas buat detox. Gembira gilak! Ini dabel tam-tam punya happy. Sempat jumpa Tanti kawan lama zaman sekolah. Aku tengok tangan dia pegang buku Aesya Sofea, Aku suruh dia baca buku Hlovate Anthem dan Rooftop Rant. Akhirnya dia pilih Rooftop Rant bila aku cakap, aku mula kenal Hlovate melalui novel ini. Tanti cakap dia percaya cakap aku kalau buku RTR ini best. Aku harap dia suka sepertimana aku suka RTR.

Inilah dapatan aku dari Dewan Arked. Rasanya esok mahu pergi lagi dan membayangkan aku berada di PBAKL. Ceh! Diskaun cuma 20-25% untuk member. 10% bukan member. Sikit sangat kot diskaun. Ayaks!!!




Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...