Aku cikgu kerani
Failku banyak sekali
Tak aku isi
Aku mati dalam kutukan sang atasan pintar.
Aku cikgu kerani IT
Kuasa e- e- e- menekan
Jangan bilang kuasa e- tak sehebat ultramen
Tak isi
Aku mati dalan kutukan sang atasan pintar
Bingung
Aku cikgu atau kerani?
Pentadbir IT barangkali.
Baran aku terus begini.
Tak kau ke depan kau dianggap katak bawah tempurung.
Selamat Hari Guru 2015.
Kawan aku bilang dalam sayup manja aku dengar masa mesyuarat Kokum tadi, Hari-hari pun hari guru.
Benar, tetaplah guru itu ada di mana-mana. Kekal nama guru-cikgu-ustaz-ustazah sepanjang zaman. Tidak perlu kau pertikai jauh-mana-jatuh ikhlasnya sebagai guru, apalagi dalam mendidik. Tak pernah kau tahu bila datangnya berkat daripada guru. Tetap Tuhan yang akan membalas.
P/s: Cinta sayangku pada dunia guru masih tebal. Aku masih percaya.
No comments:
Post a Comment