Cerita pagi tadi...
Saya cuba sedaya dapat mengaplikasi PDPC PAK 21. Tiada kursus PDPC PAK 21 khas untuk guru Pendidikan Islam(GPI). Tiada taklimat untuk GPI sebagai panduan melaksana PDPC PAK 21. Saya download Aktiviti PDPC PAK 21 dari blog cikgu Suhaimin Isnen. Seorang bakal guru yang hebat, rajin dan banyak membantu serta memudahkan para guru mendapatkan maklumat dan bahan PDPC(beliau merupakan penulis di SGO). Saya baca dan hadam sendiri ikut kemampuan pemahaman saya. Bermula minggu pertama sekolah, saya sudah cuba mengaplikasi beberapa aktiviti PDPC PAK 21. Harapan saya, satu kursus khas berkaitan PDPC PAK 21 untuk GPI akan diadakan dalam tahun ini. Ada banyak isu berbangkit yang boleh dibincangkan dan mencari solusi. Tanpa ragu, aktiviti PDPC PAK 21 ini menarik dan sangat membantu; baik guru atau murid. Masalahnya, tanpa pemahaman mantap golongan barisan hadapan(baca: GPI), mampukah PDPC PAK 21 Pendidikan Islam mencapai matlamat kemenjadian murid secara optimum?
Minggu ke-6 2018.
Time Pair-Share
Team Project
#Yangpentingsup
#SayacubaaplikasiPAK21
No comments:
Post a Comment