Friday, November 18, 2011

tiDaK akTif

hari ne aku deactivated akaun FB, too many hurt things...jadi aku rasa aku perlu menutupnya sementara waktu ini.  Besok hari last sesi persekolahan 2011.  Terlalu banyak kenangan dalam tahun ini yang tetap saja indah untuk dikenang,  di dunia kerjaku dan juga bersama keluargaku yang tersayang.  Cuma kisah peribadiku masih kekal tinggalkan kenangan pedih dan perit untuk dikenang.  Melulu sedih kisah peribadiku.  Moga masih ada BAHAGIA untukku.  

Besok last day Jue BFFku jadi staff SKAK.  usia persahabatan kami baru bermula dan berharap ini bukan pengakhirannya.  Ya...memang keadaan tidak akan sama lagi bila semuanya sibuk dengan hal masing2 nanti.  cuma aku berharap agar persahabatan ini kekal utuh sekali pun banyak yang akan berubah nanti,  moga saja hati2 kami sentiasa ingat dan itu bisa mengekalkan komunikasi melalui HATI. 

Dengan manusia 'Beliau' a.k.a si BeGo itu.....dia sudah buang aku jauh2 dari hidup dia,  tapi aku masih mengekalkan dia dalam hatiku.  samada dia dapat mendengarnya atau tidak,  dapat merasanya atau tidak,  aku tidak kisah sebab aku selalu dan tidak pernah memutuskan komunikasi melalui HATI.  adios.......!!!!

UPSR......Kasihan anak2 Muridku....apapun sebagai guru simpati pada keputusan mereka tetap ada lebih2 lagi bila melihat kejayaan murid2 lain di sekolah lain.  Buat NorFitriyana dan Tersiana...TAHNIAH LULUS UPSR 2011.......semoga kejayaan cemerlang sentiasa mengiringi kalian....!!!

Friday, November 4, 2011

SuLiT

sulit betul rasanya punya cinta rahsia.  sulit betul kalau setiap hari terpaksa berdepan dengan dia.  sulit betul bila dia tidak pernah nampak yang aku ada di depannya.  sulit betul setiap hari terpaksa berpura-pura tidak rasa itu dan ini.  baiklah....

Thursday, November 3, 2011

iTuLaH aKu

KaLau BiCaRa iTu BaHaSaku

PeriGi iTuLaH aKu

KaLau IsYaRat iTu BaHaSaku

TimBa iTuLaH aKu

KaLau KaTa iTu BaHaSaku

PeriGi iTuLaH aKu

KaLau MaTa iTu BaHaSaku

TimBa iTuLah aKu

KaLau SenYaP iTu BaHaSaku

iTuLah aKu

Wednesday, November 2, 2011

aKu & HiDuP


NaFas BunYi

Aku HiDuP

MaTa BuKa

Aku HiDuP

TanGan GenggaM

Aku HiDup

KaKi LangKaH

Aku HiDuP

OtaK FiKir

Aku HiDuP

CaTuRan Apa HaRi Ini?

MampuKah Nafas?

MampuKah MaTa?

MamPukah Genggam?

Mampukah LangKah?

Mampukah Fikir?

GeTaR

PaDa GeTaR RaSa

aDa GeLomBanG

aDa FreKuenSi

aDa SanGsi

aDa KonsiKuensi

MaNa RaDaR PengeSan BimBang?

Tuan Punya badan & Beliau

kala ini tuan punya badan tidak tahu mahu bilang apa pada perasaan tuan punya badan yang sejak malam tadi agak kecelaruan yang amat.  sudahnya,  sejak malam tadi mata tuan punya badan ni,  asik mengalir.  mungkin kecewa lagi lah jawabnya.  rasa kecewa ni selalu saja ketat dan melekat dengan tuan punya badan.  macam satu sumpah,  macam satu badi.  barangkali tuan punya badan dengan gam punya persaudaraan yang utuh,  atau apa tuan punya badan harus mengikut kepercayaan agama buddha dan hindu, bahawa pada kehidupan lalu tuan punya badan,  tuan punya badan adalah sebuah gam. sudah pastilah tidak.  semalam selain mata,  hati tuan punya badan turut menangis semahunya.  rasanya kalau hati tuan punya badan juga punya dua mata macam muka tuan punya badan,  pasti 'mata' hati tuan punya badan sudah bengkak-bengkak,  sebab masa mata tuan punya badan menangis,  hati tuan punya badan rasa satu kesakitan yang amat sangat.  tapi otak tuan punya bilang,  bukankah tuan punya badan sudah selalu merasakan sakit itu,  masih belum imune kah tuan punya badan???
semalam tuan punya badan dapat detect sesuatu pada 'orang' yang tuan punya badan suka.  dan perkara yang dapat di detect oleh tuan punya badan sangatlah membuat tuan punya badan terus dapat penyakit 'mati rasa' dan 'mati hati' dan itulah yang menyebabkan mata tuan punya badan menangis.  syukur dua penyakit ini tidak bahaya hingga boleh mati.  sampai-sampai tuan punya badan dengar lagu lama 'SLAM' yang tajuknya,  "Jika Kau Rasa Getarnya".  
semalam mahu saja tuan punya badan teriak sesuatu pada orang yang tuan punya badan suka.  tuan punya badan konon-konon mahu teriak..."I LoVe YoU".  Tapi,  Manalah tuan punya badan ada keberanian itu,  tidak pula tergamak tuan punya badan jadi 'perigi'. orang itu,  atau bagus tuan punya badan gelar dia "si beliau" dalam entri ini tidak akan pernah tahu apa yang tuan punya badan rasa.  biarlah,  sebab tuan punya badan ambil keputusan undur diri.   menginsafi kekurangan diri tuan punya badan maka keputusan itu mungkin betul atau mungkin juga tidak.  biarlah masa yang tentukan....
Aku Ingin Bilang ini.....

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...