Monday, September 16, 2013

Entri 502

Saat entri aku mencapai angka 500, aku menerima seorang pengikut baru dalam blog aku; dan seperti selalunya, aku selalu terkejut campur teruja kerana ada juga pembaca yang sudi menjadi pengikut blog aku kesayangan aku ini.  Blog ini cuma satu blog peribadi, bahasa aku dan cerita aku.

Angin
Bawa aku berdesir
Aku mahu menyanyi lagu pasir
Saat aku mengalun sendu di ruang rindu....

Pengikut baru aku itu, Maya namanya.  Dapat saja link ke blog dia, aku dapati kami punya persamaan...

....mencintai sastera, mencintai seni, sangat gilakan buku dan suka menulis puisi, dan aku juga suka merah jambu, cuma tahap suka aku tidak terlalu gila...sebab aku juga suka pada semua warna....

Aku suka pelangi...justeru cintaku pada warna, harus ada 7.  

Apapun, aku suka pada gadis bernama Maya ini.  Aku juga suka bahasa dia.  Malam ini mahu menjengah blog dia, dan entri pertama yang akan aku cari adalah:PUISI.

Untuk Maya: Kakak sudah jadi pengikut blog kamu.


Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Maya

Terima kasih buat kawan blogger



Maya

Gambar ini cuma ilustrasi....Maya takde PP...


kerana sudi singgah dan menjadi pengikut blog saya yang ke-18


P/s: harap boleh sediakan link ke blog Maya, nanti saya boleh jadi pengikut blog Maya jugak....>___<

Sunday, September 15, 2013

Nafas

Disetiap nafas

Ada darah yang mengalir
Di dalam urat
Dilapisi daging
Di dalamnya ada tulang-tulang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang getir
Ada bahu memikul berat
Ada airmata dibiar kering
Ada hati terasa walang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang hidup

Dibalik nafas
Ada cerita tentang takdir
Izin Tuhan yang maha besar

Dibalik nafas...

P/s: kamurang pernah tingu idung katak? fyi...nafas itu tanda hidup

Thursday, September 12, 2013

Ya Allah: Sembuhkan ibuku

Mungkin, tiada siapa yang tahu betapa pilu hati aku sepanjang menjalankan program Perkampungan UPSR ini.  Aku ketawa kuat-kuat, aku marah-marah manja, aku senyum-senyum manis, aku bergurau sakan, tapi itu semua untuk tutup pilu dalam hati.  Aku tidak mahu tunjukkan semua kesedihan aku di depan sahabat dan rakan sekerja, aku tidak mahu dibilang mencanang cerita sedih, lagipula; aku malas sekali memukul gendang bernada sedih. Lagipula, aku harus tunjukkan ketenangan dan kegembiraan di depan anak-anak murid aku, aku mahu mereka sentiasa ceria dan tiada tekanan semasa berkampung di sekolah sepanjang UPSR.  Lagipula, aku memang perlukan ketenangan dan kegembiraan supaya aku tidak tenggelam dalam pilu dan juga dalam kalut sebab memikirkan ibu aku yang sakit.  

Terubat rasa hati apabila ada satu dua anak murid yang bertanya tentang khabar ibu.


Ya, 
Ibu aku sakit.  Aku ini anak yang kurang prihatin pada ibu.  Sampai ibu aku sakit buah pinggang pun aku tidak sedar.  Aku ini anak yang bodoh dan dungu, paling bodoh dan dungu sebenarnya.  Ibu aku itu satu-satunya yang aku ada, dan itu pun aku tidak terjaga.  

Ma..
Maafkan kebodohan dan kedunguan Atie.  

Ya, Allah
Sembuhkan penyakit ibuku.  Lindungilah dia selalu.  Turunkan rahmatmu pada Ibuku Ya, Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Sudah habis: Perkampungan UPSR 2013

Tadi...

Program Perkampungan UPSR 2013 sudah berakhir, sudah terlaksana dan sudah segala sudah yang paling sudah.  Apa saja cerita tentang Perkampungan UPSR tahun ini akan aku telan sampai perut.  Perut aku pula akan mencerna apa saja yang masuk dari rongga mulut dan setelah proses mencerna itu hadam sepenuhnya, akan aku keluarkan dari dubur; dimulakan dengan kentut tanpa bau dan berbau.  Pastinya akan ada sedikit sembelit, yang buat aku sakit waktu keluarkan sisa buangan dari perut.  Toksin-toksin juga akan bersarang dalam tubuh aku.  Tidak apa, aku ada penawarnya, iaitulah: sokongan sahabat rapat dan paling setia.

Kini...

Aku hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak SKAK.  Semoga anak-anak murid aku itu, lulus dalam UPSR, dan kalau pun nanti ada antara mereka yang gagal, bagi aku mereka tetap sudah berjaya bila mampu menamatkan persekolahan di sekolah rendah.  Readers yang baca entry ini, tolong doakan anak2 murid aku ya...!!!

P/s: Gembira bila dapat novel daripada Miss Liz.  paling best, Miss Liz bagi novel itu pada aku sebagai galakan sebab aku kini cuba untuk membaca novel Inggeris.  Terima kasih banyak-banyak Miss Liz. Biarpun aku baca novel Inggeris dengan kelajuan siput babi...(babi lagi)...Ayakss!!!

Monday, September 2, 2013

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia (Female Cover)



Wahai dia yang masih belum turun dari langit
Lagu ini,
Aku tujukan buatmu
Nanti kalau kau sudah turun, 
Dan...
Waktu itu aku sudah 40, 
Kau akan tahu bahawa masa aku masih 35, 
aku sudah lama menujukan lagu ini buatmu.  

P/s: Watak yang menyedihkan.  Akulah itu...

Manusia

Baik...


Manusia ini aneh-aneh sikapnya-maunya, kurang pula sifat adilnya, apa lagi penilaiannya dan pertimbangannya. 


Koma...

Kami ini juga manusia...

Entri ini wujud sebagai rakaman kenangan-cerita-sejarah tentang kami.  Kadang-kadang, ada perkara yang tidak boleh dibiar diam, macam duri, jika dibiar dalam isi, ia boleh bertukar menjadi racun.  Hari ini bukti yang duri dalam isi kami, sudah kami keluarkan. Kami cuma meminta sedikit pertimbangan atas dasar kemanusiaan, itu pun jika diterima, jangan saja nanti wujud masalah lain, padahal permintaan kami cuma "pertimbangan". Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami, tidak terniat untuk merosak ukhuwah. Teganya, dialah yang selalu merosak ukhuwah.  Andai pihak kami yang salah, ampunilah kami ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Berhenti untuk cerita perenggan di atas.

Baik...

Bahawa aku juga manusia yang punya keanehan total...

Entri ini wujud, sebagai peringatan kepada aku, supaya nanti aku tahu bagaimana harus mendepani manusia yang penuh dengan keanehan dalam sifat dan sikap, supaya nanti aku jelas dalam memberi keadilan, juga dalam penilaian serta pertimbanganku.

P/s: Pilihlah yang baik-baik apabila melibatkan soal hidup-hubungan-manusia.

Hablum Minalloh, Hablum Minan Nas...

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...