Sunday, September 6, 2015

Gigih

Buku senarai-beli bulan September sudah mencanak dalam otak. Tasabar...kena tunggu 20.9. 

Untuk mereda ingin yang mencanak, aku beli Sudoku. Satu untuk anak angkat tahun 6 aku,  satu untuk aku yang baru mencintai nombor. Sudoku itu pula, sudoku tahap mudah. Cian! Otak kiri aku perlu mandi, ketiaknya sudah berdaki tebal dan hitam. Gigih betul. SPM dulu, untuk subjek nombor-nombor, aku rasa macam mak lampir nak makan aku hidup-hidup. Setan betul.


Aku rasa saranan beli alat tulis untuk anak angkat murid UPSR itu bagus. Aku sudah beli set alat tulis untuk anak angkat aku itu. Semoga dia lulus UPSR. 

Aku anggap itu semua usaha gigih. Usaha gigih semua pihak.

Allah sajalah penyelamat.

Cara

Kita ini orang yang berbeza.
Cara Pendapat,
cara fikir,
cara bikin,
dan,
dalam banyak cara dan cara dan cara.

Pandai-pandailah. Lepas ini, aku pilih diam. Antam sijala.

P/s: aku ini orang yang simpul dalam otak, sudah keriting krebo. Payah untuk diluruskan. Payah. Jadi, jangan kau hairan. Kalau aku menyakitkan hati kau yang lurus rebonding.

Langit Buku

Ada apa pada langit buku
Huruf?
Ilmu?
Atau...
Cinta.

Kertas putih kuning.
Muka surat cinta.
Wangian cinta.

Itukah langit buku?

Wednesday, September 2, 2015

Tangan Merdeka

Ini tangan kecilku
Tangan ini tangan merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku tulis kata merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku ketuk kepalaku
Kalau aku lupa pada tarikh merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku angkat ke sisiku
Melaung ikrar setia
Ini tangan kecilku
Akan aku genggam dan aku julang
Melaung kata keramat
Merdeka Merdeka Merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku abadikan pada kanvas
Tanda cinta pada Malaysia
Aku yang masih darjah satu

Atie 21082015


P/s:  Aku buat sajak ini untuk murid tahun 1, kononnya untuk persembahan masa sambutan merdeka 14.08.2015 nanti. Ini cuma perancangan. Hendak melaksana, erm...kesungguhan amat diperlukan di sini.

Tuesday, September 1, 2015

Sahabat

Bersahabat ini hebat
Bersahabat ini sihat
Bersahabat ini sakit

Bersahabat ini tenat

Pada ketika hebat
Sayang
Pada ketika sihat
Ya sayang
Pada ketika sakit
Juga sayang

Pada ketika tenat
Tetap sayang.

Itu naif, kata kawan.

Justeru,
Yang dibilang sahabat itu
Sedikit
Yang dibilang kawan itu
Ramai.


Jumpakah kau titik perbezaan?


Atie01092015

Gimik Merdeka

Aku harap gimik merdeka besok, tiada yang sakit Jantung. Letupan 19 das belon. Perkataan apa yang muncul? Nantikan.

Penat aku dan Dayah buat. Sampai pening tiup belon. Moga GB dan barisan PK sporting. 

Semoga meriah, semoga gembira sambutan merdeka 2015 mengulang meriah dan gembira sambutan merdeka 2014.

P/s: Kalau aku rajin, nanti aku upload gambar sebelum, semasa dan selepas gimik esok. 

Langit

Aku lihat langit
Benci aku pada jingga
Jingga mengingatkan aku pada dia
Dan aku marah
Aku lihat langit
Benci aku pada ungu
Ungu mengingatkan aku pada dia
Dan aku rindu
Aku lihat langit
Benci aku pada kelabu
Kelabu mengingatkan aku pada dia
Dan aku sendu

Aku seru pada awan
Tebar warna hitam pekat
Biar hujan turun lebat
Agar semua marahku, rinduku dan senduku
Cepat berlalu
Atie31082015

P/s: jiwang merdeka. Kau ada?

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...