Wednesday, February 7, 2018

Bulan Buku: Februari 2018

Buku bulan februari. Ini buku kedua penulis yang saya beli. Saya suka kumpul beberapa buah buku daripada penulis yang sama. Demi koleksi barangkali...tidak dapat saya pastikan tabiat semasa ini. Ceh!
Masih menunggu 2 buah buku yang sedang dalam perjalanan ke Keningau. Target tahun ini #60 buah buku. Semiga Alah mengurnia rezeki halal buat saya, kedua ibubapa, adik-beradik, anak-anak buah, ipar-duai, keluarga juga para sahabat.


Tuesday, February 6, 2018

Cuba jaya: PAK-21

Cerita pagi tadi...

Saya cuba sedaya dapat mengaplikasi PDPC PAK 21. Tiada kursus PDPC PAK 21 khas untuk guru Pendidikan Islam(GPI). Tiada taklimat untuk GPI sebagai panduan melaksana PDPC PAK 21. Saya download Aktiviti PDPC PAK 21 dari blog cikgu Suhaimin Isnen. Seorang bakal guru yang hebat, rajin dan banyak membantu serta memudahkan para guru mendapatkan maklumat dan bahan PDPC(beliau merupakan penulis di SGO). Saya baca dan hadam sendiri ikut kemampuan pemahaman saya. Bermula minggu pertama sekolah, saya sudah cuba mengaplikasi beberapa aktiviti PDPC PAK 21.  Harapan saya, satu kursus khas berkaitan PDPC PAK 21 untuk GPI akan diadakan dalam tahun ini. Ada banyak isu berbangkit yang boleh dibincangkan dan mencari solusi. Tanpa ragu, aktiviti PDPC PAK 21 ini menarik dan sangat membantu; baik guru atau murid. Masalahnya, tanpa pemahaman mantap golongan barisan hadapan(baca: GPI), mampukah PDPC PAK 21 Pendidikan Islam mencapai matlamat  kemenjadian murid secara optimum?

Minggu ke-6 2018.

Time Pair-Share
Team Project
#Yangpentingsup
#SayacubaaplikasiPAK21










Friday, January 12, 2018

Bulan Buku: Januari 2018

Buku pertama 2018. Balik dari kerja, terus ke Sandapak. Cari punya cari, terjumpa buku ini. Teringat, pernah nampak tajuk buku ini lalu di FB atau mungkin dalam salah satu rumah penerbitan yang selalu saya masuk ke dalam tanpa salam untuk misi jalan-jalan cari buku. Waktu buku ini saya nampak secara maya, nama penanya yang comel dan tajuknya yang mengancam, membekas benar diotak saya. Terkesan. Jadi, waktu kepala terdongak-dongak, waktu nampak buku ini di tepi rak tingkat atas, saya ambil tanpa fikir-fikir lagi


Buku pembuka 'Bulan Buku 2018'. Salam untuk Januari si Pari-pari.

Saturday, December 30, 2017

Bulan Buku: Disember 2017

Kerana buku ini buku terbaik, akhirnya saya beli juga. Dengan dialih bahasa sebanyak 32(betulkan...kalau saya salah fakta)bahasa di dunia, siapa yang dapat menyangkal betapa bagusnya Laskar Pelangi, karya Andrea Hirata. 

Filemnya juga sangat bagus. Antara filem yang punya tampilan istimewa dihati saya. Insya-Allah, akan lengkap ke semua 4 siri. Baiklah, ini boleh saja jadi azam comel. Cing!

Kali ini pasti. Laskar Pelangi jadi buku penutup Bulan Buku 2017. Maaf Jibam, saya mungkir bahagia. Sampai jumpa, Bulan Buku 2018.

Wednesday, December 13, 2017

Bulan Buku: Disember 2018

Buku yang paling aku nantikan dua tahun kebelakangan ini. Akhirnya, berjaya dimiliki. Terima kasih, Projek Buku. Aku anggap ini hadiah harijadi. Bahagia. Senyum sabit mata menyepet.


Sayang, filemnya tidak mendapat sambutan sejak ditayangkan 7 Disember lepas. Aku sendiri belum berpeluang menontonnya. Pawagam di Keningau tidak menayangkan filem ini. 


Novel, karya Ujang atau Ibrahim Anon. Novel ini sangat terkenal awal tahun 90-an dulu. Aku bangga dapat memilikinya sekarang. Namun, aku lebih gembira kalau dapat memiliki cetakan pertama novel ini. Iya, aku terlambat tahu kewujudan novel Jibam. Sebagai peminat majalah Ujang dan Gila-Gila, aku rasa ini satu kerugian. Ah! apalah daya waktu tahun 90an dulu. Kalau tahu pun, mana mampu membelinya. Majalah Ujang pun, aku mampu beli sekitar awal 2001, zaman belajar dekat Maktab Perguruan. Itu pun yang terpakai. 


Baiklah. Aku gembira. Buku penutup Bulan Buku 2017. Terima kasih, Allah...atas kurnia rezeki.

Saturday, December 9, 2017

Bulan Buku: Disember 2017

Lengkap sudah koleksi Tombiruo. Senyum sabit mata mnyepet. Terima kasih budak hijau dan bunga dahlia. 



Tuesday, December 5, 2017

Bulan Buku: Disember 2017

Beli sebab review sedap. Sebuah buku travelog. Tentang kopi. Tentang Jepun. Untuk aku yang tidak beruntung untuk travel keliling dunia, buku sajalah tempat aku mengenal sisi indahnya dunia lain. 


Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...