Surat saya diterima lagi. Terima kasih #StudioAnaiAnai. Kali ini saya hantar dua pucuk surat, 'Kepada Abang Suku Macho' dan 'Gadis Pencinta Hujan'. Salah satu surat saya termasuk dalam buku comel ini. Surat yang mana satu? kenalah beli untuk tahu surat mana. Saya syorkan untuk kamu beli buku ini. Mungkin ada sepucuk untuk kamu...siapa tahu?Alhamdulillah. Gembira...dan ini adalah tonik untuk segala penat menceriakan Bilik Agama. Salam untuk PBAKL.
Monday, April 9, 2018
Saturday, February 24, 2018
Bulan Buku: Februari 2018
Buku ke-empat dan ke-lima bulan Februari. Ah...ini memang benar-benar ubat untuk segala stress. Ubat untuk kolagen saya yang dicuri Pak Tua. Yang buat saya senyum.
...Ratu katakan kepadaku
Kalau ianya masa lalu
Kenapa saat ketemu
debarnya masih laju?
Malsiel.
Jawapan saya...
Kerana hati masih menyimpan kunci masa lalu
Kerana hati tidak mahu berdamai dengan masa lalu
dan...kerana kenangan itu kerinduan.
Monday, February 12, 2018
Demi masa
Untuk masa yang menghukum leka...
Tidak pernah meniup semboyan permusuhan
Cuma menyudah perintah Tuhan
Kitalah...si manusia, yang dalam kerugian
Merungut pada si detik
katanya..."Aku tak cukup masa"
Egois,
Prejudis,
Stress,
Hati penuh kudis.
Demi masa.
Tidak pernah meniup semboyan permusuhan
Cuma menyudah perintah Tuhan
Kitalah...si manusia, yang dalam kerugian
Merungut pada si detik
katanya..."Aku tak cukup masa"
Egois,
Prejudis,
Stress,
Hati penuh kudis.
Demi masa.
Wednesday, February 7, 2018
Bulan Buku: Februari 2018
Buku bulan februari. Ini buku kedua penulis yang saya beli. Saya suka kumpul beberapa buah buku daripada penulis yang sama. Demi koleksi barangkali...tidak dapat saya pastikan tabiat semasa ini. Ceh!
Masih menunggu 2 buah buku yang sedang dalam perjalanan ke Keningau. Target tahun ini #60 buah buku. Semiga Alah mengurnia rezeki halal buat saya, kedua ibubapa, adik-beradik, anak-anak buah, ipar-duai, keluarga juga para sahabat.
Tuesday, February 6, 2018
Cuba jaya: PAK-21
Cerita pagi tadi...
Saya cuba sedaya dapat mengaplikasi PDPC PAK 21. Tiada kursus PDPC PAK 21 khas untuk guru Pendidikan Islam(GPI). Tiada taklimat untuk GPI sebagai panduan melaksana PDPC PAK 21. Saya download Aktiviti PDPC PAK 21 dari blog cikgu Suhaimin Isnen. Seorang bakal guru yang hebat, rajin dan banyak membantu serta memudahkan para guru mendapatkan maklumat dan bahan PDPC(beliau merupakan penulis di SGO). Saya baca dan hadam sendiri ikut kemampuan pemahaman saya. Bermula minggu pertama sekolah, saya sudah cuba mengaplikasi beberapa aktiviti PDPC PAK 21. Harapan saya, satu kursus khas berkaitan PDPC PAK 21 untuk GPI akan diadakan dalam tahun ini. Ada banyak isu berbangkit yang boleh dibincangkan dan mencari solusi. Tanpa ragu, aktiviti PDPC PAK 21 ini menarik dan sangat membantu; baik guru atau murid. Masalahnya, tanpa pemahaman mantap golongan barisan hadapan(baca: GPI), mampukah PDPC PAK 21 Pendidikan Islam mencapai matlamat kemenjadian murid secara optimum?
Minggu ke-6 2018.
Time Pair-Share
Team Project
#Yangpentingsup
#SayacubaaplikasiPAK21
Friday, January 12, 2018
Bulan Buku: Januari 2018
Buku pertama 2018. Balik dari kerja, terus ke Sandapak. Cari punya cari, terjumpa buku ini. Teringat, pernah nampak tajuk buku ini lalu di FB atau mungkin dalam salah satu rumah penerbitan yang selalu saya masuk ke dalam tanpa salam untuk misi jalan-jalan cari buku. Waktu buku ini saya nampak secara maya, nama penanya yang comel dan tajuknya yang mengancam, membekas benar diotak saya. Terkesan. Jadi, waktu kepala terdongak-dongak, waktu nampak buku ini di tepi rak tingkat atas, saya ambil tanpa fikir-fikir lagi.
Buku pembuka 'Bulan Buku 2018'. Salam untuk Januari si Pari-pari.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dimeja kopimu
Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...










