Friday, October 3, 2025

Cafe.Cantik.Cozy



You dan Co.
Cafe.Cantik.Cozy

Menikmati Calamari Salad dan Teh Oolong.
Fasa diet ini tidak memungkinkan saya untuk makan makanan yang best di cafe cantik ini. Tidaklah saya mahu merosakkan diet yang sudah berlangsung 9 bulan.

Ke sini untuk tenang-tenang berbukuan dan berCanva-an.

BAYANG SOFEA saya bagi rating 7.5/10.


Saya suka hiasan dalaman cafe ini.  Minimalis dan moden pada pengamatan saya. Cafe ini menenangkan jiwa dan bersih, sekurang-kurangnya untuk saya. Makanan di sini juga bagus.Korean Style. Food Plating~nya juga bagus, balance dari segi prinsipal susunan dan deko makanan. Lagu-lagunya juga bagus untuk didengar.


Saya sudah jadi regular customer.  Owner yang cantik dan tinggi itu juga sudah mengenali saya.  Pernah 2 minggu tidak ke sini, owner cantik bilang begini...

"Lama tidak nampak", 
dan itu...menenangkan saya.




Friday, June 9, 2023

Cerpen Lama



Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu dicerita balik sambil ketawa mengenang kedunguan zaman itu. 

Fasal cerita secret admire membuatkan saya cari balik cerpen lama yang saya tulis tahun 1996 silam.  Ketaralah ada secret admire...gatal! yang saya taip semula sekitar 2011-2012 dan masukkan  ke dalam blog. Manuskrip awal bertulisan tangan pun sudah hilang.  Tidak ingat saya simpan di mana.  Bila baca balik, saya ketawa sendiri dan malu sendiri.  Terasa dungu 10x.  

Masuk semula ke dalam blog dan menaikkan entri terasa janggal sekali. 

2023 dan blog Ruang Rindu sudah terisi satu entri.



Saturday, October 2, 2021

LOHONG ZULMAT

Dosa itu umpama lohong penuh zulmat 
Sebesar apa nyalimu terus berada di situ?
Minggat ndu...
matamu saja tidak ampuh menanggung gelap
atau...
barangkali nyalimu ada sepuluh kali seratus.

Thursday, September 23, 2021

Rindu

Rindu bawa saya ke sini semula. Lama menolak dan acuhkan blog ini. Tidak mahu mencipta alasan basi sebab terabainya blog ini. Untuk malam ini, saya mahu mengenang yang saya pernah gembira menulis di sini.

Gembira itu pecahan dari bahagia, bukan?
Begitu kita menikmati hidup, tenang dan bahagia adalah harta paling mahal. Tak terkalahkan oleh material apapun di dunia fana ini. 

Monday, October 5, 2020

Klausa Kebodohan

Kadang-kadang saya rasa, hp dan segala macam sosmed telah banyak merubah tingkah manusia. Semakin pintar lagak dan perilaku. Yang sakralnya tentang manusia adalah kepercayaan menukar kuasa Tuhan dalam menghukum. Lalu, hinaan dan carutan sudah jadi zikir harian. 


barangkali...kita ini hidup dalam kelompok manusia yang terlalu prejudis dengan klausa "kebodohan". Kecanduan sifat ketuanan melebihi hak.

Saturday, July 4, 2020

Video Animasi & Youtube

PKPP ini, saya mula belajar buat video animasi. Sebelum cuti sekolah sem 1, saya ada cuba belajar buat animasi daripada Youtuber Bang Tutorial, tapi terhenti sehinggalah 2 minggu lepas saya cuba sedaya upaya untuk menghasilkan video animasi Iqra'. Alhamdulillah...saya berhasil juga membuatnya walaupun tidak sehebat video animasi para asatizah lainnya. Tujuan asal pun, khas untuk pembelajaran Iqra' murid saya di rumah. Alang2 sudah buat, jadi saya upload ke Youtube saya. Asbab dari itu, saya belajar juga selok-belok dunia Yt juga sejak 2 minggu lepas. Ceh! ayat  macam mendunia betul. Apapun, saya cuma suka-suka saja. Tidaklah berniat hendak jadi youtuber...cing! Saya nak zahirkan rasa terima kasih atas ilmu buat youtuber Bang Tutorial. Saya belajar buat animasi dari tutorial yt dia juga buat youtuber Khairunnisa Adlina dan youtuber Laisya Andarsella. Saya belajar tentang Yt daripada tutorial dua adik manis ini. Terima kasih banyak...Deq!

Friday, July 3, 2020

Reading Slump

Saya mengalami reading slump yang agak teruk akhir-akhir ini. Saya agak struggle untuk habiskan buku yang sedang saya baca sekarang. Ia bukan dari genre yang saya suka. Saya beli dan baca atas sebab mahu menyokong karya kenalan saya. Apalagi, saya jenis yang tidak akan menukar buku selagi belum habiskan bacaan. Harapnya, saya mampu habiskan bacaan sehingga hujung minggu ini. Buku-buku saya yang lain, sudah mula memanggil saya dengan cinta dan rindu. Melihat mereka duduk setia di tepi dinding, seringkali saja buat saya jatuh cinta kali sejuta. 

Hujan, selalu menyisakan rintik satu-persatu...
Apa pula kenangan, selalu menyisakan rindu.

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...