Monday, February 4, 2013

Cerita MTQ Zon: Part 1

Waktu di sekolah tadi; aku, Jihah dan Nik bergabung tenaga cuba menghasilkan satu lirik nasyid bertemakan "Al-Quran Penjana Wasotiyah Umat".  Sudah pasti, usaha itu bukan mudah untuk dilunaskan dalam waktu yang sekejap, setelah Jihah dapat menghasilkan 4 rangkap lirik, aku cuba mengubah beberapa rima ayat.  Alhamdulillah, akhirnya satu lirik telah tercipta.  Langkah seterusnya adalah mencari lagu-melodinya.  Jenuh juga otakku cuba mencari ilham lagu, tapi otakku payah untuk berseni apalagi berkarya menghasilkan lagu dan melodi yang hebat.  Akhirnya, aku mencari lagu-lagu nasyid Tuan Hj. Jalidar untuk dijadikan panduan, syukur pencarianku berhasil bila aku berjaya menemukan lagu yang pernah kami nyanyikan masa di maktab dulu.  "Muhasabah Diri", begitu judul lagu nasyid itu.  Aku akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan melodinya.  Rasanya tidak terlalu salah untukku menggunakan melodi itu untuk manusia bebal melodi macam aku; cuma aku mohon Tuan Hj. Jalidar menghalalkannya.  Sejak balik dari sekolah sehinggalah jam 10 pm tadi aku berusaha memasukkan melodi dengan merakamkan suaraku secara berlapis dengan lirik asal lagu itu.  Aku bukannya pandai menghilangkan suara pada lagu asal, jadi dengan kepakaran cap ayamku dan kemampuan HP Sonyku yang sudah tua itu, aku berjaya juga merakam lagu dengan lirik kami untuk aku perdengarkan pada Jihah dan Nik, dan jika mereka bersetuju dengan melodinya, maka kami sudah boleh mula melatih murid.

Persoalan sekarang, mampukah aku menahan maluku besok?, sebab suaraku yang macam katak panggil hujan bakal diperdengarkan pada dua sahabatku itu....argghh...aku cuma berharap agar sang langit bisa menahan matanya supaya tidak menangis mendengar suaraku.  Masih juga ada beza antara suaraku dengan katak. Wahai langit biru yang cantik, Tolong aku; jangan kau tukarkan warna birumu dengan mega mendung yang kelabu kehitaman.

P/s: Kami Tuan Rumah MTQ Zon Pegalan 21.Feb.2013...tadi sudah buat "Uji Bakat"...Sudah ada murid yang terpilih menjadi peserta MTQ SKAK.  Semoga Allah mempermudahkan Urusan kami.  Minggu ini dan minggu berikutnya sebelum tarikh 210213, kami bakalan sibuk yang amat.

Lirik lagu akan aku postkan pada entry yang akan datang, Cerita MTQ Zon Part 2 

Friday, February 1, 2013

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: SYIDA

Terima Kasih Saudari.....



SYIDA


Kerana...


Sudi Singgah Dan Menjadi Pengikut Ke 15 blog saya


01.02.2013

Big Smile untuk awak

(>__________________<)


P/s: Saya tak dapat nak follow Blog awak sebab tidak ada link untuk ke Blog awak....:(


Tuesday, January 29, 2013

Sekejap

‎...Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi walaupun sekejap itulah yang paling memberi impak besar dalam hidup...



P/s: Bosan 

Monday, January 28, 2013

Tangis

Tadi, lepas waktu sekolah aku dan Jue berjanji mahu ke SPA.  Sebenarnya, selain dari tujuan mahu menunaikan hajat sahabatku itu, yang mahu membuat SPA kaki, ia sebenarnya untuk membuat terapi hatiku. Terus-terang, khabar dari sahabat terbaikku Fatine Lee, benar-benar membuatku sedih.  Sedaya upaya, aku cuba menenangkan diri, berpura-pura tidak merasa itu dan ini.  Tapi, sekuat mana pun aku cuba bertahan, akhirnya aku menangis juga tadi di depan Jue.  Aku luahkan semuanya tadi, tentang kepura-puraanku selama seminggu ini yang cuba berlagak biasa.  Aku luahkan tentang kekecewaanku dan tentang penerimaanku terhadap apa yang telah berlaku.  Jue meminta aku supaya tidak menangis lagi.  Sampai2 dia memujukku dengan membelikanku coklat Hazel Nut.  Lagaknya seperti mahu memujuk anak kecil, salahku juga kerana aku juga hampir menangis seperti anak kecil tadi.  Syukur saja kami masih dalam kawasan SPA, kalau tidak pasti esakku sudah kedengaran.  Padahal sahabatku itu perlu cepat, hubbynya cuma beri dia 30 minit untuk ke SPA, Ah, aku selalu bikin keadaan jadi dramatik.  

P/s: TYSM Jue, Walaupun sekejap, pelukan dan coklatmu itu sudah memujuk hatiku sedikit.

Catatan untuk Luna Zura

Membaca entry khas sahabat cantik dan yang aku sayang sebenarnya buat hatiku jadi sedih dan saat menulis entry ini aku menangis semahunya.  tangis yang aku pendam sejak seminggu yang lalu, kerana aku hanya mampu menangis sedikit dan selebihnya kutinggal sebak yang tak tertahan dalam dada.


Aku juga berdosa besar pada sahabatku itu.  Aku sahabat dia yang paling jahat.  Tersentuh hatiku bila dia menyatakan yang aku menolak permintaan maafnya sebanyak dua kali.  Aku sahabat yang gagal.  Aku sebenarnya terjebak dengan hasutan ego.  Seperti dia aku juga sama sekali tidak bermaksud untuk menolak permintaan maafnya dia, sudah lama aku memaafkan dia dan sebenarnya akulah yang bego kerana waktu rentetan peristiwa yang membawa kepada kedinginan hubungan kami, aku telah membenarkan ego-ego bodohku menang total.  Tapi demi Allah, AKU SUDAH MEMAAFKAN DIA lama dulu.  Aku mengaku, Kematu itulah juga yang membawa kepada "diam" yang berlanjutan sampai ke Januari 2013.  Syukur, Tuhan mendengar doaku, Terima Kasih Ya Allah, sahabat cantikku itu masih mengambil berat padaku. Terima kasih Zue, Aku Selalu Sayang Kamu...

Hanya Tuhan yang tahu, betapa setiap kali ada entry baru diblognya, hatiku terlalu gatal untuk masuk dalam blognya dia.  Demi Allah, hatiku benar2 gatal untuk menerjah masuk dan tenggelam dalam blog dia.  Tapi, benarlah, KEMATU itulah yang membuatku membatalkan niat, hanya dapat membaca separuh daripada entry dia; itu pun lewat dinding blog.  Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku ingin menyampaikan ucapan tahniah buat Anis, atas kejayaan UPSR dan ke Cardiff City.  Tuhan, telah membenarkan hajat itu hari ini biar cuma lewat blog ini saja.  Tahniah Zue.  

P/s: Aku Aminkan doamu atas penghantaran karya ke ITBM.  Karyamu tentu saja layak, dan kalau ia ditolak sekalipun, karyamu itu tetap satu karya yang epik.

Friday, January 25, 2013

Kini = Tinggal Kenangan



P/s: Betullah bahawa Kenangan Itu Kerinduan, hari ini dan sekali lagi aku terasa sangat kebenaran madah yang sudah lama aku pegang sejak tahun 95 dulu.  Aku tak dapat menipu diri, aku betul2 teringatkan dia.  

...Kini hanyalah tinggal kenangan, tiadaku rasa dalam genggaman, hanya terdaya mengingat semua kenangan yang lalu...

Selamat Pengantin Baru MSA...Semoga Kamu Bahagia Selalu...

Ingat Raksasa Ingat Aku
Ingat Wifi dan Gay; aku bakalan teringat kamu...


Monday, January 21, 2013

Silap lagi



P/s: 100 kali bangun tidur-mimpi dia-mandi bunga sekali pun, tiada apa yang dapat mengubah keadaan jadi macam dulu.  Kalau ketentuan tadkir itu, akulah sang penulisnya; tentu aku tidaklah jiwa kacau macam sekarang.  Kalau masa boleh diundur, aku pilih tak kenal tak cinta dengan dia.  Sulit...

I Should Know...yang pastinya; silap itu datang diriku sendiri.  Aku yang gatal membiarkan diriku masuk dalam keadaan yang selalunya tidak pernah memihak kepadaku walau sekali dalam usiaku ini.

Terima kasih kerana pinjamkan aku kenangan indah itu...biar cuma sekejap.

Kenangan Itu Kerinduan...


Hujan Di Bulan November

Ada kata yang tergulung menyempit dada hingga ngilunya membuat mata terasa panas tapi hati terasa dingin seperti bayu dari Kinabalu Aku hany...