Sunday, March 15, 2009

Antara Tugas dan Assignmnt....

15hb mac

sudah lama aku tidak menulis di sini...busy dengan tugas asasiku sebagai pendidik dan at the same time sebagai pelajar. tuntutan tugas harian dan assignment menghalang niatku untuk menulis di sini. padahal aku kepingin sekali. syukur assignment ku sudah byk yg ku siapkan...tinggal dua assignment saja lagi yang perlu dibuat, itupun pasal sent bulan 5 nanti...hehehe! dan sekarang dan start cuti sekolah...dapatla aku menulis sekejap!
sedar tak sedar sudah masuk bulan ketiga dalam tahun 2009, cepat masa berlalu...umur pun semakin meningkat...(tapi aku masih lagi single, bukan apa bila time nak cuti sekolah je, ramai la memberku yg nak kawin, sudahnya aku juga turut diasak dengan pertanyaan cepu emas.."ko bila lagi.."hehehe! aku teringat kata kawanku merangkap Tuan Penasihat(25 percent) bila mengatakan soal jodohku yg lambat..."takpela...biar lambat asal selamat"!...laluku balas kata-katanya dengan mengatakan yang aku bukanlah jalan raya...hihihi! yang bisa diungkap dengan peribahasa itu. kalau la aku berada di India, pasti sudahku pinang lelaki2 yang baik kat dunia nie...susah2 aku pinang saja Tuan Penasihatku itu...hihihi apalagi dia adalah lelaki BIJAK bagiku.
BIJAK yang aku maksudkan itu terlalu luas skopnya. BIJAK seorang lelaki bagiku terlalu mendalam. setiap lelaki yg aku kategorikan bijak(setakat ini, selain nabi Muhammad dan para sahabatnya dan Abahku, Tuan Penasihatku sajalah yang aku kategorikan lelaki BIJAK) bermakna seorang yang baik dari segi tutur katanya, setiap berkata-kata terselit unsur2 nasihat, setiapkali berkata-kata menampakkan kematangannya, tidak pernah menyalahkan kita atas kesilapan lalu, bertanggungjawab, tahu tugas sebagai lelaki...!

No comments:

Post a Comment

Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...