Wednesday, November 18, 2009

sibuk....hujung sem yang memenatkan...rimas...lemas

Lama benar aku tidak menulis sebarang entri dalam blogku ini....terasa rindu sekali untuk menulis di sini...terasa rindu untuk menyambung novelku....yang terhenti di episod 8.

Pasti lah ramai orang menyangka yg guru-guru da mula goyang kaki kat sekolah sekarang...pasti byk hipotesis yg timbul....Ha1=guru-guru duk sembang and lepak kat kantin, bile kenyang lepak pulak kat bilik guru...Ha2=guru-guru ade yang pulang awal...duk kat sekolah sejam dua...pastu hilang nth ke mana? bagi menjawab soalan itu, saya akan menjawab secara diskritif.
Ya...memang terdapat guru yang duk goyang kaki, lepak kat kantin dan bilik guru dan balik awal...untuk menjawab sebab kenapa jadi begitu? saya tidak mempunyai jawapan...kerana siapalah saya untuk mengkritik guru-guru ini...'kata pentadbir saya...kita semua org yg da besar...mempunyai akal serta fikiran yg baik dan seimbang...terpulang pada kebijaksanaan guru-guru untuk membuat keputusan berdasarkan etika dalam profesion kita...sebagai pentadbir saya sudah pun membuat pertimbangan berdasarkan akal dan fikiran serta perasaan yg baik dan seimbang'. Tapi, tidak semua guru bersifat begitu...ramai guru yg kala ini adalah insan yg paling sibuk sekali...penyediaan report kemajuan murid, perancangan takwim panitia, membuat pelaporan panitia dan kokum tahun 2009 untuk dihantar kepada pihak pentadbir. kesibukan berganda akan dapat akan dirasakan lebih hebat pada guru yg sedang menyambung pelajaran...secara PJJ...samada OUM, UMS dan lain-lain universiti....bebanan assignment yg menuntut untuk disiapkan supaya menepati dateline penghantaran cukup mememningkan...stress....! mana lagi dengan tugas di sekolah...mengenadalikan acara-acara akhir tahun seperti hari kecemerlangan, sukan sekolah...Rimup semua menuntut untuk dilaksanakan...terasa seperti kerahan tenaga...tapi itulah guru...sibuk a=di awal ditengah dan di akhir...malah boleh dikatakan sibukm sepanjang tahun dengan program2 bersifat akademik dan juga kokum.

Aku sebagai guru, terasa sungguh penatnya hujung tahun ini, cuma terasa ringan sedikit kerana tidak ada lagi sesi P&P..bermakna kurang sedikit tekanan dalam menghadapi pelbagai karenah murid. lebih banyak berada di Bilik guru bagi menyiapkan laporan dan menyediakan perancangan takwim panitia PAI 2010. Bila ada masa terluang, saya akan menyiapkan assignment.
Menyebut pasal assignment...sem kali ini sungguh memeningkan kepala dengan subjeknya yg tough2...pasal DNA-RNA...huh! DNA tu aku tau la...tp RNA...???argghhhhhh. paling memualkan dan memeningkan aku sampai kene maigrain...adalah membuat "proposal kajian". proposal nie penting sbb akan di bawa pada final sem untuk membuat Thesis...utk sem 5 ne kami cuma perlu bab 1-3....masa kuliah pertama dgn Prof salleh...saya masih kabur dgn pembinaan item2 dalam kajian, bagaimana membina kerangka konsep dan bagaimana membina kerangka teori. syukur alhamdulillah selepas perjumpaan kedua, aku sudah faham bagaiman untuk membuat kajian ku itu. itupun setelah aku menyiapkan bab 1-2 masa malam sabtu minggu lalu, semalaman aku tidak tidur bagi menyiapkan bab 2 ku itu...huh...tp sungguh berbaloi kerana sekurang-kurangnya hasil kerja aku tidaklah salah 100%, cuma perlu sedikit penambahan...tapi...selepas habis saja kelas...aku terus sakit. maigrain yg terlalu sakit...sehinggakan aku tidak dapat menggerakkan kepala ku. aku gagahi juga untuk solat asar...sudahnya..selesai sahaja solat asar aku barting dan tanpa sedar tertidur yg dalam erti kata lain bila aku bangun balik...hari da pagi...subuh..terlepas maghrib dan isya....!berdosanya aku...tapi aku tertidur...sebab sakit kepala yg amat sangat...dengan tidak tidur semalaman....
Namun aku bersyukur sgt, kerana sekurang-kurangnyha untuk membina item2 yg perlu dalam bab 1-2 aku sudah tidak punya masalah lagi. alhamdulilah aku tinggal menyiapkan bab 3...dan jika dizinkan Allah...aku dapat menghantar 'proposal kajianku' pada hari sabtu ini.
Berbalik kepada sekolah, kemarin sekolahku membuat seminar keibubapaan...aku bertugas dalam jamuan....hari ne...dalam sekejap je lagi (pukul 8 am nanti) hari menanda tangan buku rekod. busy lagu...nasib baik aku bukan guru kelas. khamis nanti...hari kecemerlangan or HUP. busy lagi...padahal aku nak sgt tumpukan pada assignment ku ini...tapi...co-bisness aku adalah guru...so mmg patutla aku mendulukan tugasku sebagai guru....
Rasanya aku perlu berhenti di sini....jap gi nak gi sekolah...actually aku bt draft bab 3 tadi...ada peluang aku menulis di sini...rindu bah! okay....laptop-off!







No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...