Sedar tak sedar da masuk bukan mac dalam tahun 2010...sekejap betul masa berlalu. minggu depan da start cuti sekolah. hari ini sekolah aku buat sambutan maulidur rasul...rasanya buat julung kalinya kami buat perarakan. dengan budget yang sikit...aku bersyukur sangat pada Allah. benarlah...sekiranya kita buat sesuatu pada jalan Allah...maka akan dibukakan jalan dan dipermudahkan segala urusan.
GB? pada mulanya dia kurang memberi sokongan yang kuat...tapi tadi apabila majlis itu berjalan dengan lancar dan pengisiannya kami penuhi dengan acara bercerita kisah nabi, sajak dan nasyid...aku dapat merasakan dia bersetuju...dan akhirnya dia berkata begini: nanti tahun depan kita buat di dewan...nanti kita buat pertandingan nasyid...sebab ini pun dapat membantu murid2 dalam memperbaiki bacaan mereka. aku dan jihah sudah pasti tersenyum....rasa puas dan menang...hehehe! padahal aku dan jihah minta supaya sambutan kali ini kami nak ambil sehari pada hari jumaat. sayangnya GB tidak membenarkan menggunakan hari jumaat untuk sambutan maulidur rasul. mengganggu P&P katanya....sebab tue aku rasa kemenangan bila dia cakap yang pengisian yang kami buat membantu untuk bacaan murid2....hehehe! sudahnya aku jihah cakap...padan muka!
Kadang-kadang sedih juga bila org islam sendiri yang kurang menyokong acara keagamaan. sebaknya bila orang yang bukan seagama dengan kita memberi sokongan baik dari segi idea dan tenaga. terima kasih banyak2 pada cikgu Raginah kerana dia la sebenarnya pemberi semangat untuk aku dan jihah untuk melaksanakan hari sambutan maulidur rasul di sekolah kali ke 2 dan perarakan yang julung kalinya diadakan.
Terima kasih buat fatin kerana sudi mendermakan makanan 'nasi ayam' untuk jamuan guru, terima kasih pada aishah kerana sudi mendermakan 'nasi lemak' untuk jamuan guru, terima kasih pada Nitha dan Marcus kerana penat lelah membantu aku dan jihah membuat sepanduk ala kadar tapi bagiku sangat menarik dan special value...terima kasih pada anak-anak murid tahun 5-6 yang turut membantu dalam menjayakan majlis pada tahun ini. sesungguhnya aku sangat berterima kasih dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua. sebak hati bila mereka juga turut bersemangat dari mula majlis ini hendak di jalankan sehinggalah ianya berakhir tadi. GB juga bersemangat dengan ucapan panjang lebarnya tadi...hehehe! acara kemuncak adalah jamuan murid dan guru2.
Aku terasa keberkatan Allah...kerana biarpun makanan sedikit tapi cukup untuk semua. semua aku lihat begitu gembira sekali. Syukur ku panjatkan padaMu Ya...Ilahi. buat Jihah...terima kasih banyak2...sebab jihahlah perarakan maulidur rasul sk ansip dapat diadakan buat julung kalinya. InsyaAllah...gambar-gambar Sambutan Maulidur Rasul aku upload nanti...soalnya gambar2 tue jihah nak edit dulu....hehehe
No comments:
Post a Comment