Inilah kad raya paling lama dalam simpananku...pemberian dari kawanku itu....kad raya ini bertarikh 6.Mac.1993....sudah hampir 19 tahun...dan aku pasti dan yakin...aku tidak akan mendapat kad raya seperti ini lagi...tidak zaman sebelum wujud kecanggihan gadget seperti sekrg dan tidak pula di zaman gadget melulu ini.
teringat kisah bagaimana aku boleh mendapatkan kad raya ini...ia bermula dengan pemberian kad raya kepada kawanku ini....dan aku mendapat balasan kad raya dari dia.
dia menyuruh aku untuk berbangga...kerana aku merupakan orang pertama yang mendapat balasan kad raya dari dia... dalam seluruh SMA(sekolah kami) hanya aku saja yang akan dapat kad seperti ini...so..tidakkah aku patut berbangga....
aku tidak pasti adakah selepas tahun 93 itu...dia sudah mula membalas kad raya kepada kawan2 yg memberinya kad raya....sebab tahun 93 itulah kami tidak lagi pernah berjumpa sehingga sekarang. tapi pada tahun 93 itulah sewaktu usia kami 15 tahun....aku merupakan orang yang pertama menerima pembalasan kad raya dari dia...jadi...sekali lagi...tidakkah aku patut berbangga...setelah dia menyuruhku untuk berbangga....
No comments:
Post a Comment