Kemarin ketika aku membuka fb seorang kawan zaman sekolahku dulu...aku ternampak nama seorang kawan yang juga merupakan kawan sekolahku dulu, dengan cepat aku terus membuka profilenya...tp dengan satu tujuan utama...aku mahu mencari seorang kawan lama...tp yang tak pernah aku lupakan...tapi sayang aku tidak jumpa. aku masih tidak puas aku cuba lagi untuk menjejak dia....hinggakan aku terjumpa ramai kawan lama zaman sekolah dulu tapi aku belum cukup berminat untuk menjejak kisah mereka..bukan kerana aku sombong tapi aku benar2 perlu cari dia....kawan lamaku itu...dan setelah banyak FB yang aku buka ( sebenarnya aku check friend list drg...) akhirnya aku jumpa satu nama yang menarik perhatianku....ZUE RAMLEY....hati aku bilang inilah orang yang aku cari tu....tapi setelah aku buka Fb dan baca profile dan dalam masa yang sama melihat gambar2 dia...aku seperti tidak yakin...tapi 1 yang kenal sangat pada wajah kawanku itu...ialah hidungnya....dari dulu aku selalu bilang hidung dia seperti Sofea Jane....meringkaskan journey ku dalam mencari kawanku itu...setelah aku pasti itu adalah dia....akhirnya aku Add dia...dengan harapan dia cepat2 'confirm' dan aku harap aku akan dapat balasan dari...mulanya aku hampa...sebab....bila aku membuka semula fbku pada malam nitu...msh blm ada jawapan....tapi aku masih berprasangka baik....dan akhirnya dia membalasnya dengan sepotong msj..."r u siti saleha...." wah...hilang stress aku setelah beberapa hari ini perasaanku tidak keruan kerana risaukan LM'....terima kasih Ya
Allah kerana mempertemukan kawanku ini sekali lagi....".
Malam ini kami bertanya Khabar masing2....dan aku paling suka sekali bila mengutarakan frasa ini...."tell mewhat i had missed...."terharu aku....sebak ku tahan semahunya....dan banyak perkara yang kami 'missed' kami kongsikan....dan yang pasti dalam msj Fb yang agak panjang... kepingin sekali bertemu dengan dia...memang betul 'too many things we had missed'...
Luar biasa sekali qoda dan qadar Allah...mempertemukan kawanku ini sekali lagi walaupun di dalam fb cuma...teringat tahun 93 dulu...ketika hendak cuti akhir tahun...SRP...aku cuma dapat surat "mohon pamit sebentar"...soalnya masa itu kami berdua tidak berkesempatan untuk berjumpa buat kali yang terakhir....(kerana itulah terakhir aku berjumpa dengan dia) dan hari ini aku terasa satu kebenaran pada kata2 dia yang mohon pamit sebentar, kerana akhirnya setelah tahun 93 di SMAIP (Kg. Buang Sayang Papar)....dan tahun 96 (tidak silap aku...ketika dia menghubungiku melalui telefon rumahnya) akhirnya setelah 18 tahun tidak berjumpa...kami berjumpa semula di FB...wah kecanggihan dunia cyber!!!
Hari ini aku buka kembali peti tempat aku simpan kad raya thn 93...surat mohon
pamit sebentar dan kad harijadiku yg ke17....cuba mengimbas memori persahabatan yang pernah terjalin...dan seperti selalunya setiap kali aku membaca surat, kad raya dan kad harijadi ke17 ku itu...airmata pasti mengalir sebak...kerana ada seorang kawan yang menghargaiku dengan ikhlas dalam usiaku itu....aku simpan surat itu sebagai satu khazanah yang sangat bernilai...dan hari ini ia menjadi begitu bernilai...!!!
No comments:
Post a Comment