Wednesday, March 23, 2011

Wow....Offer Baek Punya!!!

Wow...hr ne masa aku mo buat entry baru...something new appear di New Post...intresting sgt...update and improve....!!! i like....

Wow...hr ne juga aku suprise sangat...hehehe...aku dapat offer baek punya dari seorang murid tahun 4.   masa dia bagi offer itu,  aku mo ketawa tapi takut dia kecil hati,  jadi aku ketawa dalam hati.  Lucu dan kasihan...itulah perasaan aku masa dia bagi offer baek punya itu.   sampai-sampai aku tidak tidak sabar untuk menulis kisah itu di blog kesayanganku ini.  serius aku terkejut bila muridku itu berkata begitu pada aku,  tak sangka kata-kata itu keluar dari mulutnya... hahaha....

Murid        :  Ustazah,  bolehkah ustazah jangan kahwin
                    dulu?
Aku           : (tekejut...dengan permintaan yang tidak
                    disangka) kenapa pla??
Murid         :  Tunggu abang saya habis belajar dulu di 
                     Universiti,  saya sayang betul sama ustazah.  
Aku            :   Siapa juga abang kamu ne?
Murid         :  Abang Sahril....saya suka betul kalau ustazah  
                     kahwin dengan abang saya...
Aku          :   (tekejut lagi) Ika...ustazah nda boleh kahwin  
                     sama abang kamu,  sebab abang kamu
                     tu bekas anak murid ustazah.
Murid      :     (Tekejut...aku dapat perhatikan dari riak
                      wajahnya):Ya ka ustazah??
Aku         :     ia lah....nda pa la Ika,  abang kamu ada sdh
                     girlfriend di U,  mudah2an dia dapat girlfriend
                     yang baik.

Perbualan kami terhenti di situ,   masa untuk kelas tahun 4 telah habis.   Aku tidak tahu apa yang ada dalam kepala otak muridku itu.  Bagi aku ia satu permintaan yang agak gila.   Semestinya permintaan itu tidak akan dan tidak akan pernah aku terima, apalagi memakbulkan permintaan gila itu.

Saturday, March 19, 2011

The Smurfs...Katun Classic Zaman Budak2

Wah...ptg ne aku buka tv3 dan...aku teruja sebab katun yang yang ditayangkan adalah katun zaman aku kanak2ku dulu...katun yang menjadi kegilaan kami adik beradik2. Ia Betul2 menggamit memori zaman kanak-kanakku.
The Smurfs...katun cendawan...nda silap aku sebelum cuti sekolah hari tu aku ada teringat katun ini, sebabnya ia mengingatkan aku wajah seorang murid kami yang namanya "titus". Aku, setiap kali nampak si "Titus", pasti teringatkan katun ini, cuma saja aku lupa tajuknya, yang aku paling ingat ia mengisahkan tentang cendawan.....hahaha...rupanya tajuk katun itu "The Smurfs".
..."This classic cartoon series revolves around the everyday edventures of the lovable little blue smurfs in their enchanted forest...." ini info yang tertulis bila aku menekan butang info pada remote control astro...hihihi...

Friday, March 18, 2011

Gila Pen

Siri kegilaanku terhadap datang lagi, hari ini aku beli pen lagi, padahal pen yang aku beli 2 minggu yang lalu belum habis lagi. Tapi pen yang ini memang dah lama aku idamkan, cuma belum punya kesempatan membelinya saja. Nah...hari ini aku langsaikan hajat hati yang sudah lama menginginkan pen itu. Sebenarnya aku ternampak dan terpinjam pen dari seorang rakan sekuliahku (Mar), dan aku yang sememangnya seorang yang pantang ternampak pen yang best tanpa segan silu terus bertanya di mana dia membeli pen itu, di "Evergreen" itu jawapan rakanku itu. Wah aku yang mendengarnya, rasa ingin terus terbang ke Evergreen waktu itu juga. Nasiblah waktu itu, aku ada kelas dan kalau hendak pergi selepas kelas pun, Evergreen sudah tutup. Sudahnya aku terpaksa menahan keinginan itu. Yang paling parah, aku terpaksa memendam perasaan untuk membeli pen itu sehingga terjeruk dalam relung hatiku sebulan lamanya, dan hari ini adalah pelampiasan kepada dendam hati untuk membeli pen itu. Selain itu, aku juga turut membeli satu batang pen lagi, yang ini aku ternampak kawan sekerjaku (Julia) menggunakan pen itu, dan aku terus terpikat, sempat bertanya di mana dia membeli pen itu sebelum cuti sekolah, tapi aku lupa di mana tempat dia membelinya. Tapi yang bestnya aku ternampak pen itu di Evergreen dan aku terus mencekau pen itu, walau sebatang cuma. Yang penting aku ada koleksi itu. hehehe!!! Aku juga turut membeli pen papermate yang seperti bentuk lazimnya(aku rasa semua kenal pen jenama paper:mate, ingat saja iklannya di TV, "kilometrico...dan aku sure korang mesti dapat menggambarkan figure pen itu), tapi yang ini di dalam 1 pek yang mengandungi 5 batang dengan pilihan warna yang berbeza, nice colour...hijau, Biru(Cyan), Pink(Magenta), Oren(Jingga) dan Ungu(Violet). (gambarnya aku malas nak upload). Kadang-kadang aku terfikir, hobiku ini hanya membazir saja, tapi keinginan melebihi segalanya...hahaha. Syukur saja pen2 ini tidak lah sampai berharga puluhan ringgit apalagi ratusan ringgit. emm...aku nak tanya diri sendiri...monolog dalaman. " kalau ada pen yang best dan harganya sampai puluhan atau ratusan ringgit, adakah aku akan membelinya....??? tunggu dulu sehingga aku berjumpa dengan pen itu, dan persoalan itu akan terjawab....hehehe....


BUNCHO FINE-TECH RM2.40



Paper:Mate Gel 300 0.5 & 0.7 RM1.90



















Wednesday, March 16, 2011

PengKritik No. 1

Hari ini aku ingin menulis tentang sifat manusia yang suka mengkritik. Tapi aku fokuskan kepada manusia yang suka mengkritik tak bertempat dan asyik mengkritik setiap hari. Entah kenapa sejak aku memulakan PSMP 2(senang nak faham Tesis, bukanlah tesis sebenar macam orang yang nak ambil Master) aku semakin kerap menulis sesuatu di blog kesayanganku ini. Sebab di blog ini, aku bebas menulis semahunya. Tidak payah memikirkan gaya penulisan ilmiah yang sangat mengongkong aku. Rasanya kalau sahabatku itu yang menulisnya sudah pastilah dia dapat menggarapnya dengan baik sekali, menunjukkan kematangannya sebagai penulis. Aku suka menulis sesuatu dengan lebih dramatic, bersahaja dan di selang selikan dengan unsur kecindaian dan lelucon, dan selalunya aku menulis mengenai perasaanku. Gaya bahasaku pula hanya menggunakan tatabahasa rojak. Aku tidak perlu memikirkan wacana atau apa saja bentuk tatabahasa yang baik dari segi nahunya, aku hanya menulisnya untuk memuaskan hatiku dan aku menggarapnya dalam bentuk “diari” dan tahap kampung-kampung saja. Aku tidak sehebat dan tidak akan lebih hebat dari sahabat cantikku itu dalam menggunakan metafora, simile dan segala bahasa sastera yang mencantikkan penulisan. kalaupun aku menggunakan metafora dan simile di dalam penulisanku, ia adalah metafora dan simile peringkat kampung yang masih salah dan jika guru sasteraku membacanya sudah pasti dia menangis, bukan menangis sebab aku bagus tapi menangis sebab kebangangang aku dalam menggarap naratif penulisanku.

Berbalik kepada entriku yang sebenar, Wah…(ketika menulis perkataan ‘wah’ ini dan menyebutnya dalam hati aku membayangkan figure emak kepada si sabariah dalam filem Ibu Mertuaku Karya Seniman agung P Ramlee yang sedang mencekak pinggang siap dengan herot mulutnya ketika memaki hamun menantunya...tidak dilupa suntilnya) aku cukup berbulu dengan manusia yang suka sangat mengkritik tak bertempat ini. Entri kali ini aku tulis disebabkan oleh manusia pengkritik di dunia kerjaku. Ada saja pada pandangan matanya yang tidak kena, sudahnya apa yang keluar dari mulutnya adalah kritikan saja. Bercakap tanpa memikirkan hati orang yang mendengarnya. Bayangkanlah, lima hari di dunia kerjaku, jarang benar apa yang keluar di mulutnya adalah kata-kata yang membina, semuanya yang meruntun hati...senang cakap bikin panas. Tapi aku cuba sedayanya untuk menilai dan mengadilinya dengan adil.
Selain dari manusia pengkritik di dunia kerjaku, entry kali ini pun ku tulis rentetan dari mesej sahabatku yang kongsikan perasaan tidak puas hatinya terhadap kawan lamanya yang sejak dari sekolah dulu( Form 5) sehinggalah mereka berjumpa semula, kawannya yang seorang ini tetap mengkritiknya. Bukan setakat mengkritik yang suhu kritikannya suam-suam kuku, tapi kritikan yang suhunya sudah mencecah 100'C...malah jika ia digambarkan dalam bentuk minuman...gambaran yang kuberikan adalah kopi kaw-kaw...!

Manusia pengkritik itu turut mengkritik gaya bahasa di dalam blog sahabatku itu.
Aku hairan, gaya bahasa yang sahabat aku guna di dalam penulisannya pada pendapat aku setanding dengan penulis-penulis pada alaf 21 malah setanding dengan penulis kesayanganku S. Hawa. Gaya penulisannya di garap dengan begitu indah sekali hatta dalam penulisan berbentuk ilmiah sekalipun sahabatku tetap dapat menggarapnya dengan begitu baik sekali. Sehinggakan jika aku membaca apa juga ‘label’ di dalam blognya, aku seperti hanyut ke lautan, suka benar aku membaca setiap apa yang ditulisnya. Bukanlah sebab dia sahabatku, lalu aku memenang-menangkan sahabatku itu, tidak sama sekali, tapi dia memang bagus dalam penulisan dan yang hebatnya, dia sebenarnya adalah seorang guru bahasa Ingeris. Entah bila aku dapat jadi sebaik dia dalam penulisan. Aku akan jadikan dia sebagai mentorku.
Aku terkesan yang 'manusia pengkritik' itu telah menggunakan pandangan pertama dalam menilai dan mengadili sahabatku itu. Sangat tidak adil. Padahal sahabatku itu, telah banyak menabur bakti dan membantu kawannya itu. Tidak perlulah aku nyatakan apa bentuk pertolongan yang sahabatku itu berikan, kerana sahabatku itu pun tidak pernah minta dia membalasnya, jadi aku tidak punya hak untuk menyatakannya di sini. Bukan aku cuba mengungkit, tapi mendengar pesanan maut yang diberikan oleh 'manusia pengkritik' itu kepada sahabatku yang berbunyi begini, “ aku akan pastikan kau tidak lebih dari aku, dan pada saat aku jumpa kau, aku akan membeliakkan mataku pada kau”….aduh! padahal sahabatku itu sudahnya banyak membantunya, malah ketika 'manusia itu terusan mengkritiknya, sahabatku itu cuma berdiam pada setiap kali manusia pengkritik itu menghukumnya dengan panahan kata-kata yang menyakitkan. Aku salute dengan kesabaran sahabatku itu berdepan dengan manusia pengkritik itu. Rasanya la, dia si 'manusia pengkritik' itu punya masalah dalaman atau tidak suka pada manusia lainnya yang punya kelebihan. Nah, aku juga turut menilai dan menghukum dengan pandangan pertama itu(tersurat), maafkan aku ya Allah dan maafkan aku diri, aku masih juga manusia tipikal itu. Tunggu, aku akan cuba sedaya upaya untuk menilai dan mengadili manusia pengkritik itu dengan seadilnya.

Tuesday, March 15, 2011

Jangan Suka Jadi Hakim Yang Gelojoh

Malam ini aku seakan terasa hati pada kata-kata seorang kawan kepada sahabat lamaku. Walaupun kata-kata itu tidak merujuk secara total kepada aku tetapi entah kenapa aku juga turut terasa tempias sakitnya kata-kata itu. Bagi aku satu ianya satu penilaian yang buas, rakus dan gelojoh.
Aku sebenarnya tidak layak untuk membahaskan mengenai sifat manusia, ya...kerana aku juga manusia yang paling tidak sempurna sifatnya apatah lagi imannya. Aku manusia kerdil yang terlalu banyak khilaf dan paling sedikit amalan kebaikan untuk di bawa ke sana. Jadi aku tidak layak untuk menghakimi manusia lainnya.
Tapi untuk malam ini, entah kenapa aku rasa terpana, bercampur baur dengan rasa terkilan di atas sifat manusia yang suka menghukum dan menilai pada pandangan yang tersurat. Bersifat liar pula bentuk penilaian dan pengadilannya. Jarang sekali menemukan manusia yang benar-benar melihat sesuatu lantas menghakiminya dan menilainya dengan pandangan kedua iaitu yang tersirat. kalau ada pun, selalunya mereka-mereka ini masih punya rasa was-was lalu membenarkan pandangan yang tersurat. ketidakadilan yang sungguh nyata.
Malam ini aku tersedar, kadang-kadang malah mungkin selalunya aku juga jadi manusia tipikal yang selalu menghakimi dan membuat penilaian menggunakan pandangan yang pertama. Nah...aku tidaklah berani berjanji pada diri, tapi mulai dari saat ini, malam ini, aku akan cuba untuk menjadi manusia jarang-jarang itu. Manusia yang melihat sesuatu dengan pandangan pertama dan kedua. Tersurat dan tersirat. Bukankah sifat manusia itu boleh merubah sikap. Padamu Ya Allah, Jadikanlah aku manusia yang adil pertimbangan dan penilaiannya pada manusia lainnya.
Tapi bagaimana jika setiap hari berdepan dengan manusia yang menilai manusia dengan pandangan pertama itu?? emm...rasanya aku perlu banyakkan bersabar dengan manusia seperti itu, sebabnya manusia seperti itu sentiasa akan kuhadapi di dunia pekerjaanku. Rasanya ia akan menuntut pengadilan seadilnya dariku yang tidak sempurna, dan rasanya aku akan cuba untuk memekakkan saja telinga dengan manusia ini.

Buat Diri...

Buat diri yang disayangi
sejauh manakah tulusnya hati
gelak tawa menghiasi diri
sedang semacam ada mendung terkesan
yang menanti gugurnya hujan
bukan berniat untuk meneka
sekadar bertanya
demi tuhan
tidak rela diri disakiti lagi

Buat diri yang disayangi
sejauh mana bisa menipu diri
sedang hati bergelora
mahu menggapai sirna
namun keterbatasan menghalang
lalu diri terpaksa menjadi lalang
kerana demi tuhan
tidak rela diri disakiti

Buat diri yang disayangi
sejauh mana kesabaran bisa bertahan
sedang diri sebenarnya sudah lama lemas
sedang diri sebenarnya sudah lama rimas
diri mahukan kebahagiaan

Tamakkah diri?
jahatkah diri?
kerana terlalu banyak permintaan
kerana terlalu banyak rungutan
demi tuhan
diri tidak bermaksud merungut
apatah lagi menyesali kekurangan kudrat
dan atas apa saja kelemahan diri
cuma diri minta dipermudahkan segala urusan diri
cuma diri minta dikasihani
olehMu Tuhan yang maha mengasihani

Alkisah Cerita Printer

Alkisah....

kemarin aku konon2nya mo pegi ambi printer MP160 aku di kedai Roslee Cyber yang aku rasa umurnya di CC itu mencecah hampir 5 minggu. Dengan kelajuan Ciput 60km/j (sebab aku bawa anak buahku "Adam" yang menangis2 nak ikut aku jalan) dan penuh pengharapan agar printer kesayangan aku sudah siap dibaiki maka aku pun mendrivekan diri ke Roslee Cyber. tapi bila sampai sana...huh!!!! Yang Ado....! aku dengan cunnya terus bertanya "printer saya sudah siap?? Yang bikin panas...tu budak jaga tidak tau mana sudah printer aku...dan aku sendiri la jugak yang tau di mana printer aku terletak. Bila aku tunjuk dan berkata dengan ayu..."niiinaaa.....printer saya...."(time ne aku masih belum panas lagi). tapi bila budak tu cakap macam ne..."Rosak sudah tu...nda buli buat sudah"...wah..aku yang mendengar keadaan Printer aku....terus panas....sebab masa aku hantar printer aku tu...masih boleh print lagi...cuma ink color jak yang tidak boleh keluar....huhuhu! terus si Roslee(owner tu CC) cakap macam ne..."tidak dapat buat lagi tu cikgu..."Fully absurber"...aku tidak taula apa menatang yang dia cakap pastu...aku ia kan saja..sebab aku da panas...sama ada observer or absorber...nth la.. takkan la observ pla...(mentang2 la aku tgh LM sekrg) dan aku pasti dia (owner CC) maksudkan absorber...tu pun aku buat2 faham dengan memahami sifat Ink yang boleh menyerap. alahai...
tapi...kotoh...sempat lagi tertumpahkan ink di karpet dorang yang koyak rabak...dan tersimbah sedikit Ink di dinding meja dorang....korang jangan salah faham...aku bukan sengaja...semua tu terjadi pun bila aku angkat printer aku tu...rupanya Ink luar tu nda melekat lagi di tepi printer aku...nah sudahnyatu Ink tertumpah. Dan aku sudah minta maaf pada tuan punya kedai. hehehe...sekurang2nya ada tanda mata aku di situ...KOTOH!
Alkisah.....
setelah meminta pertolongan budak jaga kedai tu menghantar printer rosak tu pegi kereta...aku dengan adam pegi In4 ware...kedai tempat aku selalu format atau beli gadget laptop....so dengan konfidennya aku terus beli printer baru kat situ tanpa pergi mensurvey dulu di kedai lain seperti lazimnya sebelum aku membeli barang2 or gadget2 ne. mungkin pasal kedai tu aku da biasa. mo dijadikan cerita setelah urusan pembelian dan kekecewaanku bila external DVD dorang habis...aku terus keluar dari kedai dan pergi ke I-Tec. sampai sana mulutku ringan bertanya..."ada external hard disk ka??...dan benda itu ada di situ...tapi korang nak tau...aku bukannya mo beli externa hard disk...aku nak beli external DVD...DVD ok....tapi mulut buduh ne...dengan lajunya cakap mo beli hard disk....itu pun aku belum sedar yang aku sudah tersalah cakap dan beli...aku hanya sedar bila sampai rumah dan mahu menginstall printer baruku ini punya driver....huhuhu!!! satu kepaluian yang nyata! yang paling bikin aku geram..a.k.a sakit hati....harga printer Canon Pixma MP258 di I-Tec only RM219...sedangkan aku beli di In4 Ware...RM290..less RM280...siap budak kat I-Tec tu cakap "ada tambah part ka...mcm ink luar ka??? kecewa sangat....huhuhu..patutla masa aku lalu kedai tu...hati aku cakap singgah sana kejap...huhuhu!!! kalau bukan tuntutan esaimen yang betimbun ne...malasla aku mo beli printer baru...nasib la aku kena siapkan PSMP 2...geram ne!!!! Cis betul! tap nda pa la....satu pengajaran berguna buat aku...pasne kalau mo beli gadget printer or Laptop...Pegi I-tec or ACI...padahal aku memang tau kedai ne murah drg punya gadget. Pasal External DVD tu aku lupakan dulu...nanti ada duit...emm bulan 5 ne...giliran aku dpt duit tarikan...(kutu) nanti la aku cekau...external DVD. ne la kekurangannya kalau pakai laptop kecik....dan pasal driver Printer baru aku ne...aku selesaikan dengan mendownload....Installer driver Canon MP258 di Internet...walaupun pada mulanya aku mo pinjam External DVD c Fatine...suukuurla..masalah ne dpt diselesaikan...dan sekarang aku sudah pun memprint..proposal aku yang sudah dibuat penambahbaikan seperti permintaan MR Pathma pensyarah Penyelia PSMP 1&2 aku...harap2 pasne dia nda suruh tambah apa2 lagi...supaya aku boleh proceed dengan senang hatinya bab 4-5 a.k.a PSMP2. alkisah.....

Friday, March 11, 2011

Gerimis Hati

Sedar tak sedar sudah masuk 11 hari dalam bulan Mac. Bulan ini saja banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Perkara yang paling besar adalah tentang kekecewaanku.
Bulan ini hujan asyik turun...seolah-olah dapat meneka hatiku. Kalau hujan tidak lebat pasti gerimis turun menghiasi hari-hari yang berlalu dalam bulan ini. Hari ini saja, kala aku menaip kisah diriku lewat blog kesayanganku ini...hujan gerimis mengiringi petang jumaat ini, seolah-olah memahami hatiku yang sedang mengalami gerimis hati...ceh...!!!
Kecewa, wah....perkataan tabu ini seolah-olah melekat ketat denganku. Macam badi. Selalu benar terjadi dalam diriku. Huh...rasa-rasa aku ingin sekali berteriak pabila setiap kali ia terjadi padaku. Kenapalah ia berlaku lagi padaku...kadang-kadang aku bertanya pada diriku sendiri...apa salahku??kenapa mesti aku??tapi bila aku sedar akan kekurangan dan kelemahan diri...nah...aku terdiam...yang aku mampu buat hanyalah memujuk diri sendiri untuk terus bersabar. Satu kebiasaan yang selalu aku buat apabila nasib tidak menyebelahi diri.
Teringat pada entriku bulan febuari lalu, mengenai pertemuan-pertemuan yang berlaku dalam hidupku. Ya memang diari pertemuanku tidak pernah berakhir dengan keindahan. Pasti setelah pertemuan akan diakhiri dengan kekecewaan. Pertemuan kali ini juga berakhir dengan kekecewaan. Lemah segala urat sendiku...tapi seperti kisah kekecewaanku penghujung tahun 2006-2007 dan kisah2 pertemuan lepas...aku hadapinya dengan Qanaah dan Istiqamah. Sabar... itulah perkataan yang menjadi nadi kekuatan apabila aku gagal lagi. Sebab aku akan ketawa sendiri apabila aku sudah mula mendapat kekuatan diri.
Semoga saja diari pertemuanku selepas ini tidak lagi berakhir dengan kekecewaan. Aku juga manusia biasa yang mahu bahagia (ceh...clishe sungguh frasa itu). Untuk kekecewaanku kali ini aku ungkapkan dengan puisi ini...
Bukan untukku
Tidak tercipta untukku
Aku redha Aku terima
Moga saja
Rasa itu pergi dariku....

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...