hari ini ketika aku 'blog walking' konon-konon cuba menjejak cerita baru 'orang itu' dan mahu melihat kelainan dan cerita yang ditonjolkan oleh para bloggers dalam blog mereka, tiba2 je aku sangkut sekejap pada satu blog " Ini Kisah aku", nice blog...penulisnya masih muda tapi aku suka pada cara dia menulis setiap kisahnya. aku tertarik pada satu entrynya yang bertajuk " cara baru tunjuk arah kiblat". wah...aku berkata dalam hatiku... "ada gadget baru kali ne tau" dan aku meneruskan bacaanku dan....hahaha....cerita yang ditulisnya membuatkan aku gelak habis. lucu sangat....dan korang nak tau apa gadget baru dalam menentukan arah kiblat seperti yang diceritakan oleh penulis blog itu.....dengan menggunakan "piring Astro"....hahaha.....aku kira apalah cara baru itu, sampai-sampai aku ingat sudah ada gadget baru yang lebih canggih hasil inovasi dari gadget yang ada sekarang....dan kononnya aku kira, kalau betul ada, aku mahu membelinya tapi lain kejadian....konsikuennya....'jangan tunjuk pandai kalau tidak tau'...katakan saja begini, "maaf ya bang...saya tidak tahu....tapi nanti saya tolong tanyakan pada tuan rumah....". rasa aku la, jawapan itu lebih mulia dari berpura-pura tahu sedangkan tidak tahu. akibatnya, hanya memalukan diri sendiri. padahal...(yang betul2 buat aku ketawa) si bloggers tu sampai jatuh minat pada gadis bertudung labuh ( tempat si bloggers tanya arah kiblat) siap ada hati nak jadikan gadis bertudung labuh itu sebagai calon isteri....sebab apa??...kepandaian dia(gadis) dalam menentukan arah kiblat dengan hanya memandang ke atas....dan pada perkiraan (hati) si bloggers itu...."wah...hebatnya...dia pandai tentu arah kiblat berdasarkan arah matahari...boleh jadi calon isteri ne".....padahal yang sebenarnya.....gadis itu merujuk (dongak atas) kepada piring Astro.....dan ketika itu, si bloggres itu masih tidak faham.....sempat bertanya...."adik...boleh saya tau macammana adik tau....??? (gadis)....." tu piring Astro".....hahaha.....sampai saat ini aku masih senyum.
oh ya...berbalik pada tujuan utama aku 'blog walking' hari ini...aku sebenarnya cuba untuk menjejak semula 'orang itu'...cuma mahu tahu perkhabaran baharu tentang dia. sudah sebulan lebih selepas pernikahan dia. entah2 sudah ada khabar gembira(wink). cis...kenapalah aku mahu menyibukkan diri. entahlah...tiba2 hari ini aku teringat tentang dia. kata nenek kepada sahabat cantikku....Zue...kalau kita tiba2 teringatkan seseorang, maka orang itu sedang rindu dengan kita....(apa-apaan kau ni atie...ko cari nahas dengan memikirkan dia...well kawan2 jangan salah sangka, aku bukan wanita gila yang kejam mahu merampas kebahagian kaum sejenisku...aku belum senekad, segila apalagi sekejam itu). cuma satu masa dulu, dia pernah jadi kawan aku...malah aku yang membuang persahabatan kami. jadi aku cuma mahu tahu khabar dia dari jauh dan cuma untuk sekali ini saja...itu pun kalau aku betul2 berani membuka blog dia...).
ternyata ketika aku cuba menjejak dia semula dalam fb, aku gagal. malah ketika aku cuba mencari namanya dalam friend list kawan2 dia pun, aku gagal...(ke mana sudah dia)...tapi aku bersyukur sebab aku tidak menemukan dia di Fb...sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan aku dari rasa sedih yang aku cari sendiri...mungkin dia sudah menukar namanya dengan nama lain... bagus untuk aku...supaya tanganku tidak gatal...cuba menjejak dia lagi.....ceh....!!!
aku tertanya2 juga, blog dia masih aktifkah?? ternyata....aku belum cukup berani...mungkin rentetan dari kegagalan mencari dia fb menyebabkan aku tidak berani untuk menjejak dia dalam blog. apa pun hari ini adalah penyaksian yang mungkin saja belum cukup kuat, bahawa aku sudah makin pulih dari rasa "F"...(puiiii)...hehehe...i hope.....semoga saja aku bisa menemukan kebahagian, dan kalau pun aku tidak menemukannya di sini, aku tahu Allah telah menetap qada dan qadar yang terbaik untukku....maka aku harus lebih tabah dan yakin....
No comments:
Post a Comment