Thursday, July 14, 2011

Mood Yang Tercalar

semalam tidak dapat tidur,  jam 4.30 baru aku dapat tidur dan terbangun semula jam 5.15.  pastu,  langsung tidak dapat tidur.   syukurlah tidak mengantuk,  tapi tidak tau la kat sekolah nanti.   terbang kali semangat happy-cool-ceria aku sebab hal semalam.   Jiwa kacau,  Mood Yang Tercalar tiba2.   mungkin ada betul juga kali kata2 orang, kononnya kalau kita banyak ketawa maka kita akan menangis.   kenapalah jadi macam ne bah....

aku harap pagi ne,  bila bersama rakan2 dan sahabat2 'mood yang tercalar' itu akan hilang,  dan aku bisa happy semula  tapi aku kan selalu menipu tentang perasaanku.   nasib aku bijak menyembunyikan segala rasa gundah-gulana-sedih-dalam hati.   lagipun,  hal peribadi mana boleh dibawa ke tempat kerja.  nanti ku ceritakan pada fatine,  sahabatku yang paling baik dan mengerti aku.

kala taip luahan rasa di diary-Blog-Di Ruang Rindu ini pun,  aku menangis.  kata-kata lewat sms semalam buat aku hilang punca.  aku delete kata-kata sms yang berbaur rasa marah-cembura buta-dan berupa amaran.   aku faham sekali kenapa 'si pengirim-sms' tekad sent kata-kata itu.  aku pun perempuan-jadi aku faham apa yang dia rasa-dan aku telah meletakkan-diriku pada tempatnya-dan aku sangat faham-dia bertindak seperti itu.   cuma,  aku rasa sedih sangat-terasa yang aku ini perempuan tiada harga diri-padahal-aku masih-dan selalu cuba mengekalkan harga diriku.

Wahai Sedih-cepatlah hilang-aku mahu happy!!!
                               

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...