My Plan.....besok 140711
SaRung BanTaL....
besok aku nak gi beli kain untuk buat sarung bantal. saja nak tukar sarung bantal, aku ingat nak beli saja sarung bantal yang da siap, tapi corak kain sarung bantal yang pasang-siap, kurang cantik pada pandangan mata aku la. lagi pula-bantal aku tu-agak kecil sedikit dan sarung bantal yang ada di kedai tidak fit dengan saiz bantal tu. satu hal lagi, takkan la hendak membuat sarung bantal pun aku tak mampu. well, aku rasa ini masa yang tepat untuk membuat sarung bantal baru. hand-made gitu. baru terasa puas hati yang amat.
MaNik...
selain nak beli kain untuk buat sarung bantal, aku nak beli manik. sudah lama tak memanik baju. tapi bukan memanik untuk baju aku. kalau untuk baju aku, emm....malas sudah! kali ini aku buat sebab kawan kepada adik aku meminta aku untuk memanikkan bajunya. well...hendak menolak tapi tak sampai hati pula, lagi pula kawan dia cakap, " dua tahun sudah si Atie tidak kasi manik baju saya"....so...itu yang buat aku tak sampai hati. untuk senangkan hati dia, aku terima saja permintaannya, lagipun dia bayar upah...hehehe!
NoVel Twilight Siri SAGA: Cinta baru
"Besok nak beli novel ini la".....hari tu aku da usha novel Twilight ni, hajat hati nak beli cuma waktu itu duit aku tidak cukup untuk membelinya. jadinya aku beli 1 saja dulu, Twilight : Senjakala. Siri Saga Novel Twilight ne ada 4, dan aku bercadang untuk beli semua Siri Saga novel ini untuk koleksi. satu novel yang aku mahu cari, "Egois". dulu aku ada novel ni, tapi ada orang pinjam dan dia tidak memulangkannya kepadaku. aku pula jenis yang tak reti untuk minta balik, tak apalah nanti aku akan berusaha untuk cari juga novel ini. mana tau ada di "Popular"(KK). sejak habis belajar, aku kembali kepada minat dan kegilaanku pada novel, time belajar dulu aku terpaksa melupakan minat, kegilaan dan keterujaanku pada novel. aku akan merasa sangat bersalah jika membaca novel sedangkan aku tidak membaca buku2 ilmiah sejarah dan geografi dan juga nota-nota pensyarah. so, it's my time...revenge....!
aku harap semua berjalan lancar esok.....
gud luck misi bisuk :)
ReplyDeletehihihi.....tq2
ReplyDeletejom tlg bt sarung bantal sy....wink