Friday, July 22, 2011

SENTAP PAGI; LaMbaT, KoMeN, NiTraT

late entry.....
Kejadian: Lambat datang & Koyak Minit Mesyuarat
Masa: Awal Pagi dan Masa Rehat
Tempat: SK UnSaVed

1 jam sebelum kejadian sentap:

Aku memulakan hari ini dengan penuh Antusias sekali.Tidak sabar hendak berjumpa dengan sahabat2 baikku di sekolah.  mahu berkongsi rasa gembira tentang keputusan sem akhirku dengan fatine,  suzie,  Jue,  dan jihah.  tidak sabar hendak memberikan 'big apple' pada fatine.  tidak sabar untuk bercerita dengan  mereka tentang pengalaman mistik di kimanis, tidak sabar bercerita dengan jue dan juga melihat anklenya yang injured.  Yang penting pagi ini,  aku bangun dengan perasaan Antusias sekali.

Sampai di Sekolah......(memang sudah lewat....7.40---.aku akui!!! No Doubt!!!)

Sk Ansip,  21. Julai.2011,  satu kejadian sentap terjadi di sekolah ketika awal pagi dan meleret-leret sehingga ke waktu rehat.   Tidak perlu ku ceritakan secara detail kejadian sebenarnya-dan apa yang berlaku sebenarnya-kerana ia melibatkan beberapa orang rakanku-kejadian ini sebenarnya masih boleh dielakkan andai manusia beretika itu mengambil sikap berlebih kurang-atau tidak dengan ego-menggunakan kuasa veto-dalam menjalankan tugasnya.   konsikuen dari tindakan manusia yang mendakwa dirinya beretika itu-yang aku kira-tidak adil-malah bersifat membabi buta-dan ada unsur balas dendam-khianat- maka kejadian yang boleh dielak-dan masih boleh berdiplomasi-tercemar dengan insiden yang kurang baik.   ia menghancurkan satu ukhuwah yang selama ini masih dipertahankan.

aku adalah salah satu daripada manusia yang terlibat secara langsung dalam kejadian sentap ini.   padahal aku tidak sama sekali menyangka bahawa hal ini bisa terjadi.   mungkin kerana aku sudah lama mengekalkan rasa hormatku pada manusia beretika itu-sudah lama bertahan dengan sikap dan sifatnya.  aku masih memegang konsep 'Hablum Minan-nas' ketika berhubung dengan dia.  kerana aku tahu,  dalam dunia kerjaku-aku akan selalu berhadapan dengan dia-malah akan bekerjasama dengan dia-sesuatu yang memang tidak boleh dielakkan-kerana di dunia kerjaku-setiap kami adalah satu pasukan-dan saling punya link dalam menggerakkan sesuatu kerja-di sekolah,  iaitu dunia kerjaku.  atas dasar itu,  maka aku terus mengingatkan diriku-supaya aku tetap saja mengekalkan rasa hormatku-walaupun ada satu masa satu saat-aku benar-benar rasa benci dengan cara dia.   Tapi,  kejadian hari ini,  benar2 membuatkan aku tersentap,  dan membuatkan aku tidak berdaya lagi mengekalkan rasa hormatku.   hari ini aku rasa maruah diriku tercalar dan dipijak2.  apatah lagi setelah manusia beretika itu mengatakan aku kaki komen(bukan aku seorang,  tetapi beberapa rakan lain) dan menghantar minit mesyuarat bertarikh 28.12.2009-dan meng 'highlight' namaku serta beberapa rakan-dengan merujuk bahawa aku dan 4 lagi rakanku-adalah kumpulan kuat komen dan komplen.   konklusi daripada tindakan kurang rasional itu,  aku balas dengan tindakan yang juga kurang rasional dariku-aku mengoyakkan minit mesyuarat itu-dan menghantarnya kembali di bilik pentadbiran.   klimaks daripada insiden-insiden kurang menarik itu-dan setelah aku tidak berdaya untuk membalas tuduhannnya mengatakan aku ini kuat komen/komplen- aku  menangis di PS.   aku menangis bukan sebab kalah atau takut pada dia-cuma aku geram sangat.   oleh kerana aku tidak dapat melampiaskan rasa geram itu-ia terluah melalui tangis marah.

kemudian aku terfikir,  dia sendiri tidak punya etika itu.   sekalipun dia mendakwa bahawa dia menjalankan 'etika'.   dan untuk memenangkan dirinya,  memenangkan kenyataannya bahawa dia kononya beretika dalam menjalankan tugasnya dengan penuh antusias,  dia telah meminta "Pembantu Tadbir' menaip satu surat,  surat itu namanya "Surat Kebenaran Keluar".  Maka di dalam surat itu,  dia telah mengisytiharkan dalam bentuk jadual tentang masa keluar dan sebabnya.   dan alasan2 itu,  bukanlah hebat sangat sehingga membolehkan dia keluar dengan mudah dan yang paling penting alasan balik awal itu,  sama sahaja dengan alasan2 yang pernah kami berikan sekiranya perlu keluar lebih awal dari sekolah-tidak lebih dan tidak kurang-walau satu ayat.  aku terfikir juga,  kalau kami(guru2) hendak dan perlu keluar awal,  kami tidak keluar secara sulit,  diam2-kami meminta keizinan dan kebenaran-seperti dia(manusia beretika)-kami juga dapat kebenaran.   aku rasa lucu bila melihat surat kebenaran keluar itu,  ku kira surat kebenaran keluar itu berupa satu surat khas secara rasmi-siap dengan cop rasmi sekolah-cop rasmi pejabat(PPD)-di tandantangani oleh GB dan Pegawai PPD En. Raisin-dengan ada kepala surat-mengikut format surat rasmi-dan menggunakan retorik bahasa yang penuh protokol-dan aku terus lucu melihat apa yang didakwanya sebagai "surat kebenaran" tidak lebih dari satu kertas A4 putih bersih-dan satu table-yang klausa2 di dalamnya hanya menjelaskan butiran2-   pada sekian haribulan-sebab keluar-hanya itu dan table itu juga kelihatan lucu-dan seperti baru pandai menggunakan MCWORD XP-entah PT sek- itu menggunakan perisian apa-2003/2007/Windows 7/Vista-sangat tidak mengesankan.   itulah natijahnya-kalau cuba menegakkan benang yang basah-setelah ketahuan-dia juga tidak mengamalkan kod etika-yang kononnya-dia amalkan.   Helah-bela-diri...yang ketara amat!!!

yang paling melucukan adalah...apabila dia merujuk minit 2009-  yang aku rasa kebetulan dia ada menghadirinya-dan aku pula tidak hadir-tapi kalau di rujuk pada kehadiran meeting-aku rasa aku masih menang-sebab dalam meeting sekolah-Staff,  Kurikulum,  KOKUM-dia jarang sekali menghadirinya-ada saja alasan yang dia berikan-malah pernah 1 hari GB mengatakan ini kepadaku-" Sepatutnya cikgu .........(tidak mahu mencemar blogku dengan namanya) kena hadir bah,  mana boleh dia tidak datang mesyuarat, sebab ada juga yang kita mau bincang pasal itu ......."-dan ketika itu aku hanya membalas kata-kata luahan GB begini- "biarlah bah cikgu,  mungkin dia ada hal"-dan perkara itu berakhir begitu saja tanpa penyelesaian-dan sehingga staff meeting baru2 ini-manusia beretika itu tetap juga tidak hadir meeting-apatah lagi meeting2 lain selain staff meeting.

kalau hendak diikutkan,  mahu saja aku bertukar menjadi apa saja,  asalkan punya kuku panjang supaya aku dapat mencakar mulutnya dan mukanya.   senang2 saja menjatuhkan maruah orang lain.  dan bila dia merasakan maruah dia tercabar,  nah...dia yang melatah menunjukkan kurang profesionalnya cara dia mendepani masalah yang dia sendiri cipta-sudahnya aku juga menjadi kurang profesional-sebenarnya kemarin aku boleh saja terus berjumpa dengan dia-dan bertanya pada dia secara diplomasi dan rasa hormatku pada dia-tapi dia telah lebih awal menginjak maruahku dan bertindak kurang wajar-lalu ku balas dengan cara kurang wajar-kerana kadang2 kesombongan perlu di balas dengan kesombongan.  aku jarang sekali mempraktikkan cara ini dalam kehidupanku-kerana aku masih percaya yang kesombongan dan kejahatan harus di balas dengan kebaikan-tapi setelah apa yang berlaku pada judith dan jue-maka aku tau bahawa untuk mendepani manusia dari jenis manusia beretika ini-aku perlu mempraktikkan cara jarang2 ini-kerana kalau aku bertindak wajar-maka dia akan makin menekan dan menginjak maruahku kerana dia akan merasakan kemenangan berpihak kepadanya-  itu yang aku terkesan pada sikap manusia beretika ini.  padahal,  adakah dia tahu...bahawa ramai manusia(guru) di Nabawan-masih mengata dan mengeji dia-masih mengingat kejahatan dia-kelancangan mulutnya-perangainya- dan macam2 lagi fiil atau ulahnya-yang bukan baik untuk dijadikan halwa telinga-tetapi menyentap hati bila mendengarnya.   sebab itu,  sebagai manusia,  tinggalkanlah kenangan yang baik agar-supaya bila masa kita pergi nanti-orang akan mengenang kebaikan kita-dan apabila mendengar cerita tentang kita-ia adalah perkara yang menjadi halwa pada telinga-dan mendamaikan hati.  

dan tadi....11.10am

aku dan Jue dipanggil oleh cikgu Raginah-sedari awal-riak muka-sudah ku tahu tujuannya memanggil kami berdua-dan yang buat aku kekal salute dengan cikgu Raginah adalah cara diplomasinya itu-membuatkan aku kasihan pada dia-dan itu lebih membuatkan aku semakin menghormatinya-dan katanya-dia menyampaikan amanat GB-sebab manusia beretika itu telah berjumpa dengan GB-manusia beretika itu mahu memanjangkan hal ini ke pejabat-(puii)-dan sudah semestinya GB mahupun cikgu Raginah tidak mahu memanjang-manjangkan hal ini ke pejabat-malah kelmarin-lewat perbualan telefon-antara manusia beretika itu dengan cikgu Raginah-dia dengan tegas menetapkan pendiriannya mahu melaporkan kejadian ini ke pejabat,   tapi bagiku ia lebih kepada egonya sebagai manusia yang lagaknya tak ubah seperti makcik yang melatah apabila diusik sergah-membuka langkah latahnya sampai tidak keruan-kasihan sungguh bila ego itu dicampur pula dengan rasa dendam membara dan marah yang membuak.   macam dalam drama "Pembalasan si Pitung" la pulok.......

manusia beretika itu telah meletakkan satu syarat kepada pendiriannya untuk tidak memanjangkan perkara ini ke pejabat-iaitu-Aku dan Jue-harus meminta maaf-dan Cikgu Raginah serta GB meminta agar aku dan Jue melakukan hal ini-satu keadaan yang tidak adil-cuma saja aku menghormati cikgu Raginah-tersepit juga-antara egoku dan permintaan cikgu Raginah yang ku anggap sebenarnya sebagai permintaan seorang ibu-demi Allah aku berasa tersepit-namun-untuk manusia seperti manusia yang mengakun dia beretika-aku sukar sekali menuturkan kata maaf-dan keputusanku-juga keputusan jue-lewat pertemuan enam mata tadi berakhir-dengan satu keputusan kurang menyenangkan- Maaf-Kami tidak dapat melakukannya-dan yang buat aku hampir menangis tadi-cikgu Raginah dengan lagak keibuannya-yang menyentuh hatiku-memelukku dengan erat-memeluk jue dengan erat jua. 

kalaupun nanti aku harus juga meminta maaf pada manusia beretika itu  demi menyelamatkan maruah GB dan Sekolahku-seperti kata cikgu Raginah tadi  bahawa masalah ini akhirnya akan berbalik kepada GB-demi Allah aku tidak berniat untuk menjatuhkan maruah GB- akanku  laungkan dengan selantang2ya-bahawa permohonan maafku bukanlah kerana aku takut dan aku kalah-dan sama sekali bukan kerana ia adalah syarat total kau  untuk tidak memanjangkan  perkara ini ke pejabat-demi  Allah saya sama sekali tidak takut berhadapan dengan Pegawai PPD-tetapi  kerana ia adalah permintaan Cikgu Raginah yang ku anggap sebagai permintaan seorang ibu.

Daftar kata:
1.   Nitrat= Minit Mesyuarat
2.   Manusia Beretika= Maksud tersirat,  Maksud berlawanan

---Kadang2.....
Kejahatan perlu dibalas dengan Kejahatan
Kesombongan perlu dibalas dengan Kesombongan
---Bahawa Yang Paling Mulia.....
---Adalah.....
Kejahatan dibalas dengan Kebaikan
---Selalunya.....
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali......

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...