hari ini open house di rumahku....sebenarnya anjuran adib canopy. sekejapan tadi, bff dan rakan sekerja datang berkonvoi beraya di sini. dan aku rasa begitu gembira sekali. ya...raya tahun ini memang terindah buatku, berlainan dengan rayaku beberapa tahun lepas.
tapi entah kenapa, selepas bffku pulang tadi tiba2 aku terkesan sendu dalam hatiku.
napa ya....emmmmm....aku cemburu agaknya....mungkin....entah napa aku rasa perasaan itu padahal untuk merasa rasa itu saja aku tidak layak sebenarnya.
susah juga mengendalikan rasa hati. saat rasa itu datang maka bolak-balik hati memainkan sebuah elegi perasaan. saat menulis rasa hati dalam blog kesayanganku ini hujan turun dengan lebat macam tau2 yang hatiku sedang sendu. di hadapan bffku dan rakan sekerja tadi aku cuba berlagak seriang mungkin takut ketahuan sendu yang tiba2 datang menerjah hati. aku kira aku layak menang award kerana bisa jadi pelakon hebat. ah...itukan memang aku.
kenapa dia selalu tidak mengerti hatiku, mengerti isyaratku. baca pada mataku dan pada tindak-tandukku cubalah untuk mengerti. dia selalu mengabaikan aku saat aku membuka tangan dan dada selapangnya. bego sangatkah dia untuk mengerti isyaratku. atau dia berpura2 mati hati. buruk sangatkah aku, hina sangatkah atau dia memang malu jika aku mendekatinya takut ada mulut mengata dan mengejek2 hingga menginjak maruah dia. hari ini aku terasa ada saingan yang sengaja mahu memperlihat diri. mungkin bagi amaran padaku bahawa dia itu milik si saingan, atau mahu memberitahu bahawa aku tidak layak untuk dia. cuma si saingan itu yang layak. melihat itu tadi aku jadi kalah dan mengalah. sedar yang amat bahawa sekuat mana pun aku cuba mengekspresikan diri maka dia tidak pernah tahudan mengambil tahu. dia sentiasa menolakku......seperti selalunya.....titiklah sudah. maka aku harus berhenti.
No comments:
Post a Comment