Hari ke 2 UPSR, kami mendapat jemputan ke open house rakan sekerja, Joss william. Masa di kantin sekolah tadi, Cikgu Azmi bagi tau, jemputan Joss start pukul 11.30. waktu Cikgu Azmi menyampaikan pesanan Joss, jam masih awal lagi. baru jam 9 lebih. jadinya, kami decide untuk stay di sekolah sampai jam 11.30 am. at last, belum jam 11, cikgu Azmi datang, ajak gerak ke rumah Joss. katanya, Joss call suruh datang sekarang. oleh kerana tidak tahu jalan ke rumah Joss, kami guna 1 kereta saja ke rumah joss. setelah parking kereta depan grand pacific, aku dan suzie naik kereta jue. Farah jadi penunjuk jalan. sampai di rumah Joss, Jue ngan Suzie kata nak Touch-up dulu, aku malas nak touch-up lagi pula aku tak bawa compact powder. so aku, farah dan Cikgu Azmi menapak terus ke perkarangan rumah Joss. lagi pula Cikgu Azmi bilang...."nda payah la tunggu dorang....saya lapar sudah ne....hahaha....pengakuan ikhlas Cikgu Azmi...membuatkan aku dan farah tersenyum dan ketawa kecil. masuk dalam rumah, Fatine, Zirah dan Nong sudah makan2...hehehe.....aku, Jue, Suzie dan Farah makan di ruang tempat makanan dihidang sebab ruang depan sudah agak penuh dengan tetamu tuan rumah. Geng2 Ladies Sk Ansip akhirnya dapat berkumpul di ruang depan; di sofa cantik rumah Joss dan kak Ita sambil makan biskut raya bila tetamu yang lain sudah pulang. Segalanya bermula di sini. Acara ambil gambar bermula rancak. Dari ruang tamu hinggalah ke luar rumah.
Masa di rumah Joss dan Kak Ita, setelah punya kesempatan menikmati interior design rumah mereka berdua( time makan biskut raya)....i'm impress......!
Aku agak kagum dengan hiasan dalaman rumah milik Joss dan Kak Ita. Gaya Inggeris yang menjadi pilihan begitu mempesonakan. Rumah ini begitu comel sekali di mataku, dari pilihan curtain sampailah ke wall deco begitu menarik hati. Pilihan perabot dan vintaj menjadikan ruang yang minimal kelihatan tersusun rapi. design2 bunga juga sangat cantik menampakkan kepakaran dan kekreatifan Kak Ita. Hiasan dalaman ala Inggeris di rumah Joss dan Kak Ita mengundang kami geng2 ladies SK. Ansip, untuk mengambil gambar. Masa sesi ambil gambar, aku rasa begitu gembira dan lucu sekali dengan gelagat kawan2ku yang sporting habis. Semua aksi 'jajal' bermula di sini menggamit senyumku saat aku merakam kisah itu dalam bentuk tulisan di blog kesayanganku ini.
.....benarlah bahawa 'Kenangan itu Kerinduan"....cerita hari ini pasti akan menjadi kenangan. Pastinya, tahun depan atau mungkin 2 hingga 5 tahun dari sekarang, gambar2 ini akan menjadi bernilai dan mengenangnya akan menggamit seribu memori yang pernah terukir antara kami semua. Siapa tahu, esok lusa kami tidak bersama lagi.....
Ruang Tamu time ne...ada yang menahan nafas supaya perut kempis.....hehehe...siapa tu aaa??? |
Wall Deco.....Vintaj Time ne...aku pasti fatine memang berkobar2 mau ke Jakel... Nong Pula berdoa dalam hati supaya hubbynya kasi beli Vintaj |
Inggeris style habis oooo.....Tapi Model bangsa Murut dan Bajau |
tuuuunaaa....ikan......besar oooo....
Ikan jinak si Joss
Kolam Ikan Farrah, Jue, Atie, Fatine, Suzie Barisan Model menunggu giliran 'audition' Model Taman Hiasan yang berjaya ke stage 2 |
deko english style habis. comelnya!
ReplyDelete