Hari kedua pertemuan, Karamunsing jadi pilihan. kebetulan semalam aku ada bertanya pada Zue di mana aku boleh cari chanting, memang betullah kata kawan aku si Joss, di Karamunsing sajalah yang ada jual chanting. aku ingatkan CP ada jual barang2 lama ne.
selepas parking kereta, destinasi pertama ke kedai buku. baru aku tau Zue dan Hubby penggemar komik. aku pula terus membeli sebuah lagi novel dari alaf 21, tajuknya..."harga sebuah cinta". dari sinopsisnya, aku rasa macam best, lebih2 lagi sinopsis itu semacam ada cerita yang sama dengan kisah diriku...ahaks!!!
destinasi kedua kami ke restorean, mengsisi perut. Zue bilang, dia dengan hubbynya baru pertama kali datang makan di restoran ini. aku apatah lagi. ini la pertama kali aku makan di Karamunsing di restoran ini. Entah apa nama restoran ini, aku sudah lupa....hahaha...lupa lagi. menunya macam bertemakan nasi ayam, akukan tidak arif dalam hal masakan, jadi aku main agak saja. kalau Zue, dia memang tau ini resepi apa sebenarnya.
|
Black Pepper Chicken Rice....Pilihan aku |
|
Ginger Chicken Rice....aku tak pasti sgt nama resepinya...aku agak ja...Pilihan Azmi, hubby Zue. |
|
Sweet&Sour Chicken Rice pilihan Zue a.k.a Luna Zura
selesai makan, sesi ambil gambar. Zue suruh hubbynya ambil gambar kami berdua. time ne aku rasa kelupaanku membawa camera digital macam satu kekesalan yang amat. gambar kami di ambil menggunakan hp android hubby Zue, Sony Xperia, kali la tu...aku agak ja...sebab macam HP kawanku Julia Jay. nice pix....i like sangat2....
gambar curik....bila masa diambil pun aku nda tau....hahaha...
Me & Zue...after 19 yrs....
Apasal ngan mulut aku....Zue...juga paling cool
saja mo tayang background kayu di belakang....canteq
Me & Zue...again.....
nice pix...lentiq...hahaha....!!!!
selepas lunch dan selesai ambil gambar, kami terus ke kedai tempat jual chanting. kebetulan aku mahu servay harga chanting untuk sahabatku Julia Jay. oleh kerana bateri hpku sudah hbs, jadi aku tidak dapat bertanya pada Jue, apa lagi barang yang dia perlukan untuk assignment PSnya. kerana tidak pasti, aku cuma membeli chanting saja.
selepas tu, zue bawa aku ke tingkat atas. ke butik2 yang ada di atas. kami masuk satu butik tu, hajat hjati mahu beli sehelai baju. tiba2 aku ternampak satu baju batik yang menarik minatku. Zue bilang baju kurung moden colour oren tu paling sesuai buat aku. nah..kebetulan warna bendera dan warna oren itu adalah lambang dan tema sekolahku. jadi sesuai sangatlah warna pilihan zue itu.
selepas beli baju, aku dan Zue ke Saloon. di Saloon kami kongsi banyak cerita. sempat aku ambil gambar Zue yang sudah camtik bergaya dengan rambut yang telah rapi.
Zue sahabatku yang cantik
Luna Zura
siap cuci rambut, kami menapak ke parking. kesian aku tengok Azmi, hubby Zue tunggu kami di kereta. bepeluh sudah kali ketiaknya menunggu kami dua.
waktu sampai di THKK, maka berakhirlah pertemuan selepas 19 tahun itu. antara aku dan zue. masa tu, aku betul2 sebak. sedaya upaya aku tahan air mata. sebab aku tidak mau nangis depan zue. aku yakin, ada lagi pertemuan selepas ini. jadi aku tidak mau nangis. tengok muka zue, buat aku sebak. kutitip doa buat dia dan keluarganya. aku juga meminta dia mendoakanku.(mau juga...hehehe).
Aku gembira lihat dia bahagia dengan hubbynya. membuatkan aku pasti dia akan sentiasa baik2 saja walau apapun dugaan yang melanda dia. sahabatku yang seorang ini, cukup garam dan rencah pengalaman hidupnya, mahupun rumahtangganya. kekuatan dia menjalani dan mengharungi payah dan getir hidup buat aku mengkagumi dia dan mencontohi dia. sedari dulu waktu di SMAIP dia memang unik.
P/s....aku misti carik kau lagi Zue....ne kali kita di Papar ja...kau kena bawa aku pegi Pantai Manis dan KK Adventure.....
|
No comments:
Post a Comment