sebenarnya.....sejak merancang pertemuan dengan Luna Zura, sahabat lamaku....aku asyik berdebar membayangkan bagaimanalah bentuk dan keadaan pertemuan kami. sehinggalah jumaat menjengukkan dirinya, debaran di dadaku makin kuat. entah kenapa...mungkin jarak 19 tahun itu menyebabkan debar itu berkocak dalam dada. sikit banyak menebarkan rasa seganku pada Zue dan Hubbnya....iya kami masih sahabat...aku syukur kerana Zue masih mengakun aku sebagai sahabatnya, dan aku bersyukur pada Tuhan untuk itu. cuma, banyak yang sudah berbeza, pengalaman juga berbeza. status juga berbeza. 19 tahun yang lalu kami masih di alam remaja 16 tahun....sekarang.....sudah di alam 30+++
Jumaat, 9hb
pulang saja dari sekolah, terus bersiap untuk satu perjalanan yang membawa debar dan keterujaanku. syukur perjalananku dipermudahkan biarpun duduk di tempat yang paling hujung dalam bas Bumiputra itu.
THKK....Kenangan Itu Bermula di situ....
setelah 19 tahun tidak bersua muka dan hanya berhubung menerusi online setelah aku berjaya menjejak dia di Fb awal tahun ini. kali pertama aku melihat dia F2F di THKK, hatiku sebak sebenarnya. ku peluk dia seeratnya. dia datang bersama hubyynya. sebelum pertemuan semula itu, zue bilang tidak payah driving kalau aku datang seorang, hubbynya Azmi, sudi jadi supir kami. tanggapan pertamaku pada hubbynya....dia memang best dan sporting sangat. mudah mesra dan tidak sombong. jadi aku tidak kekok walaupun itulah kali pertama mengenal suami kepada sahabatku Luna Zura.
CP @ Secret Recipe....
di sinilah tempat pilihan kami untuk lepak. cuma saja waktu itu, aku lupa bawa cam digital dan bateri hpku pula sudah nyawa2 ikan pasal kelupaan membawa charger. hai....la badan...sawan pelupaku ini belum baik malah makin teruk. teringat pada pepatah kawanku Justina, dia bilang begini...
"...kalau ne pelupa bikin tua, lama sudah tua"...ini versi justina, kalau versi aku pula macam ne....
"...kalau ne pelupa bikin mati, lama sudah mati"....hahaha.....dan setiap kali aku lupa, aku akan gelak sakan mengingat pepatah ini. pasal lupa la, aku tidak dapat mengambil gambar kenangan pertemuan selepas 19 tahun. Cuma Zue saja yang mengambil gambarku.....waktu gambarku diambil, aku cuma buat possing selamba yang pada perkiraanku sudah cukup kiut...hehehe....
No comments:
Post a Comment