Masalah. Duit. ermmm...masalah setiap orangkan?? aku rasa belum lagi kali ada cikgu yang jadi kaya-raya hasil dari duit gaji. kalau ada pun misti cikgu tu ada bisnes sampingan. dengan skill gaji guru yang agak ciput, istilah "kaya" kurang sinonim dengan cikgu. "sederhana" mungkin istilah yang paling tepat. entahlah, persepsi dan pembawaan setiap orang yang bergelar guru tentang status kewangan dan keadaan poketnya atau dirinya dan keluarganya adalah berbeza. start bulan ini, poketku bakal kempis selalu. rumahku yang saaanaaa KK itu kena potong sudah. gajiku ermmm....tinggal RM&*()()$$.... Tapi aku yakin bahawa rezeki dari Allah tetap ada, cuma aku perlu berusaha mencarinya. Tadi aku hampir menangis masa luah rasa sama Jue. aku rasa macam nak cari kerja part-time. Banyak yang perlu aku fikir sekarang. Aku harus bertenang dan bersabar. sebagai anak sulung dalam big family ne aku rasa aku perlu terus jadi kuat atau kalau tidak kuat pun berpura2 kuat supaya aku tetap dapat membantu familyku, terutama parentsku dalam soal utilities dan belanja dapur. semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan urusanku. Rasanya aku harus senyum saja. senyum selalu. supaya tidak ketahuan sedih dan aku masih bisa membahagiakan orang sekelilingku. |
No comments:
Post a Comment