sedar tak sedar, hari ini sudah pun 4 syawal. cepat betul masa berlalu. riuh rendah malam raya macam baru je berlaku....scene Touching tapi Happening pagi raya pun macam baru je tadi...padahal sudah 4 hari yang lalu. memang betul la bahawa dunia semakin ke penghujungnya.
Raya tahun ini paling best, aku suka sekali. tahun ini giliran beraya di sini, tema baju pula pink untuk perempuan dan cyan untuk lelaki. tahun ne lelaki guna cyan sebab baju untuk perempuan susah betul mau cari, ada yang cantik dan sama colour dengan lelaki tapi kain pula tidak cukup, jadi untuk kasi matching dengan lelaki terpaksalah, pilih colour pink yang ada colour cyan juga. dan supaya nampak lebih matching, tudung kenalah colour cyan. hehehe!!! yang penting, kami semua dah macam kumpulan boria....hehehe!!!
cuma......
yang mencacatkan sedikit rayaku tahun ini ialah, 2 Syawal...adik2 yang sudah kahwin balik rumah mentua...kecuali adikku yang no.4. padahal tahun ini giliran rumah sini beraya. memang hampeh betul dorang ne. ikutkan hati nak je aku luku2 kepala hubby dorang. well...sudah pastilah aku meluku2 kepala hotak dorang tu dalam hati dan dalam imaginasiku saja. memang cis betullah....!!!
cuma......
yang mencacatkan sedikit rayaku tahun ini ialah, 2 Syawal...adik2 yang sudah kahwin balik rumah mentua...kecuali adikku yang no.4. padahal tahun ini giliran rumah sini beraya. memang hampeh betul dorang ne. ikutkan hati nak je aku luku2 kepala hubby dorang. well...sudah pastilah aku meluku2 kepala hotak dorang tu dalam hati dan dalam imaginasiku saja. memang cis betullah....!!!
aku teringat tym sesi bermaafan pagi raya tu, memang touching gila...ku peluk Abah dan Mama seeratnya...apalagi saat Abah meminta maaf pada adikku yang ke-2. sebenarnya tym Ramadhan 7 hari tu, b berlaku satu insiden yang kureng menyenangkan, menghancurkan nikmat berbuka kami tym itu...dan saat itu, hatiku betul2 hancur. insiden itu telah merenggangkan hubungan dan hati2 kami. syukur, atas keberkatan dan rahmat Ramadhan, hubungan kami sekeluarga jernih semula.
Dan......
1 Syawal adalah penyaksian kepada betapa eratnya sebuah hubungan keluarga. sebab itu, syawal kali ini begitu signifikan sekali kepadaku. hampir saja aku menitiskan air mata tapi terawat oleh insiden lucu bila giliran adikku pula yang memohon maaf kepadaku. sebagai anak sulung dalam big family ini, selepas Abah dan Mama; tanganku lah yang akan di salam oleh 8 adik2ku dan 3 ipar2ku serta 6 anak2 buahku. paling sadis, bila adik perempuanku yang jajal, ziela dan wiya pura2 menangis tersedu2 sambil memelukku. suasana yang mulanya begitu touching sekali bertukar menjadi suasana yang sangat happening. jadi, semuanya ketawa gembira.
Paling happening masa acara bagi Ampau dan diPau, memang lawak gila la. Yang di bagi ampau happy sakan sampai berlawan2 sesama sendiri siapa yang paling banyak dapat ampau. yang dipau, sudah semestinya menelan liur, ye la...duit da kopak. apapun, yang di bagi ampau dan dipau, semua happy gila.
paling best, acara begambar keluarga. setiap kali giliran beraya di sini, kami memang panggil big boss kedai gambar Best Photo datang ambil gambar raya family. apa lagi, tym begambar tu, semuanya siap dengan possing masing2. selain tukang gambar tu, adik2ku yang lain pun sibuk juga ambil gambar guna HP masing2, Cam digital dan Vid Cam yang Abah beli tym di dorang di Mekah tahun lepas. paling tidak boleh lupa, bila adikku yang no.4 mr. Slash, suruh aku buat possing paling S****L. Dia bilang mo post di Fb...hahaha....!!!!
Malam Raya 1 Syawal tu, kami tengok balik gambar2 yang diambil guna Cam digital dan Vid Cam. memang lucu sangat dan menggamit kerinduan walaupun baru berlaku di paginya. dan gambar2 yang diambil oleh big boss Kedai Gambar Best Photo tu, alamatnya sebulan dari sekarang la baru dapat tengok jawabnya. hopefully, dia dapat kasi siap cepat.
raya tahun ini, bffku yang cantik gebu, Suzie Gabriel Toyong datang beraya di rumah dengan anak, adik dan 3 anak buahnya. aku happy sangat. mantan anak2 murid dari SMKK II juga datang berkunjung ke rumahku. dan tahun ini setelah beberapa tahun, aku keluar beraya ke rumah bffku, suzie dan fatine. sebenarnya bertahun juga aku tidak keluar beraya, duduk di rumah saja. tapi tahun ini, alhamdulillah...aku keluar beraya. sebab itu aku bilang, raya tahun ini paling best, paling touching dan paling happening.
Raya tahun ne, akan diingati selamanya. sebab kalau panjang umur, raya 2012 tinggal kami yang belum kahwin ja di rumah. jadi raya kurang happening sebab kami tinggal sikit saja. baju pun tidaklah macam kumpulan boria. mo happening lagi, tunggu raya 2013....insyaAllah jika kami panjang umur, dan aku berdoa pada Allah agar, tahun 2013 kami dapat beraya dengan bersama lagi. dan aku saat tu, kalau ada rezeki Allah memakbulkan doaku, aku beraya bersama suamiku...hehehe!!!
gambar2 akan diupload kemudian...sebelum gambar diupload pada entry ini, aku mahu merakam ceritaku di hari raya pada bentuk plot dulu. harap pada readerku si Luna Zura atau siapa saja yang masuk ke blogku ini dapat membaca dan berkongsi kegembiraanku.
em....sebenarnya pada 28 Ramadhan sampai 3 Syawal aku menanti sesuatu hasil dari doa yang ku panjat pada-Nya.....
Penantianku telah berakhir. tahun ini sebenarnya aku cuba mempraktikkan apa yang jadi keprcayaan sahabat cantikku Luna Zura. walau pun aku telat sehari memulakan doa a.k.a permohonanku pada Allah swt, tapi aku yakin yang yang aku masih boleh mempraktikkannya. penantianku berakhir semalam, saat 3 syawal menjengukkan dirinya.
Sungguhpun doaku belum termakbul dan penantianku sudah berakhir; aku redha atas ketentuan Ilahi. Aku yakin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik. siapa tau, Allah cuma delay kan saja doaku itu, penantianku itu. siapa tau kan.......kuasa Allah itu maha Agung.
No comments:
Post a Comment