Sunday, October 30, 2011

TwO RoSe

Hari ini Giti dan Gisak ke sekolah seperti biasa. masuk ke kelas dan belajar seperti biasa. sedari awal, Gisak begitu malas sekali. mata Gisak merah-merah menahan kantuk. beberapa kali Gisak menggosok-gosok matanya. "sia siodop neh", bisik Gisak di telinga Giti. nasib baik mereka duduk di barisan paling belakang, jadi tidaklah ketara sangat perbuatan Gisak yang bagi Giti sangat menjengkelkan. sempat Giti mengumpat dalam hati, "bisik2 di telinga orang, sudah tu mulut bau tinggat".beberapa kali Gisak tersengguk-sengguk ketiduran semasa pelajaran sejarah. Giti menyiku tangan Gisak membuatkan Gisak terbangun sambil melap liur basi yang keluar dari hujung mulut sebelah kirinya. dengan mata kuyu, sekali Gisak berkata,

"dei giti, sia siodop neh".

"apa mala ko buat semalam??? ko tidak tidurka?" marah Giti kerana agak menyampah dan sedikit geli dengan liur yang masih bersisa di hujung mulut sebelah kiri Gisak.

"emm....tidur...nga macam dih tidak sukup", tingkah Gisak dalam pelat dusun yang bagi Giti sungguh DoGo sekali pada pendengarannya.
"ko memang..gedepen", kata Giti sambil meneruskan kerja membuat nota seperti yang diarahkan oleh guru sejarah dan tidak lagi mempedulikan Gisak yang sedang dalam kantuk yang amat. ketika Giti menoleh ke arah Gisak, gadis form 5 itu sudah tidur semula, nyenyak sekali. Giti menjelirkan lidahnya pada Gisak keranadia merasa sebal sekali dengan perangai kuat tidur Gisak. bagus kalau si Gisak Nampak.

tiba masa Bahasa Inggeris.....

"Stand Up.....Good Morning teacher"....Koman Ketua kelas

"Good Morning Teacher"....semua pelajar memberikan hormat kepada Teacher Eton.

Gisak terkejut, dia terpisat-pisat-matanya merah sekali dan liur basi meleleh lagi di tempat yang sama. Gisak melap liur itu dengan bahagian dalam tudungnya. Giti cuma melihatnya sambil menahan geli tapi senyum puas. "Padan muka ko...kotoh siapa suruh gedepen" getus hati Giti.

"kanapa ko tidak kasi bangun sia" tanya Gisak dengan muka yang mencuka. muncungnya panjang ke depan. sisa hitam kesan tinggat di tepi mulutnya ketara sekali.

"Kotoh....", hanya itu jawapan Giti. Gisak terkulat-kulat sebab masih mamai. nyenyak sekali dia tidur sebelum tiba masa BI.

"okay class...today teacher mau kamu buat karangan dalam bahasa Inggeris...tajuk bebas...kamu boleh buat apa saja bentuk cerita...yang penting bukan cerita yang merapu-rapu".

faham dengan arahan Teacher Eton, semua diam dengan penuh konsentret membuat karangan BI. masing-masing dengan kamus OxFord. kecuali Gisak, dia terkebil-kebil memandang rakan sekelasnya. langsung tiada idea mahu menulis karangan, jangankan isi-baru tajuk pun Gisak tidak ada idea. sudah begitu, Gisak kelupaan membawa Kamus oxfordnya.

" Giti....pa gia tajuk ko" tanya Gisak dengan suara yang agak berbisik.

" sia kasi cerita pengalaman saya tejumpa hantu di kampung", jawab Giti dengan selamba.

" sia pun la, yang cerita hantu banyak rupa, dia bilang mama sia", Kata Gisak dengan yakin.

" man nopoh be...ikut suka ko la", tungkas Giti, malas melayan karenah Gisak yang suka mengikut apa juga yang Giti buat.

Gisak semakin yakin. dia sudah ada tajuk. "Hantu banyak rupa", begitu tajuk yang sudah ada dalam fikiran Gisak. dia senyum puas kerana sudah ada tajuk untuk karangan bebas BI itu. cerita pasal hantu banyak rupa yang didengar dari ibunya bermain dalam kotak fikirannya. syukur dia dapat mengingat keseluruhan cerita itu kerana baru 2 minggu lepas waktu dia pulang ke kampung, ibunya meneceritakan kisah itu kepadanya. cerita "Hantu Banyak Rupa" itu heboh diperkatakan di kampungnya. tangannya mula menulis tajuk yang sudah ada di otaknya. dalam hati dia menyebut satu persatu tajuk yang sudah difikirkannya dan mengalihkannya ke dalam BI. di kertas kajang dia mula merangka tajuk karangannya.

"Hantu", Gisak menyebutnya di dalam hati. tangannya ligat menulis perkataan "Ghost" pada kertas kajang miliknya.

"Banyak", Gisak menyebutnya di dalam hati. "apa tu aaa kalau dalam BI?" Gisak bertanya pada diri sendiri dengan nada perlahan sambil mengetuk-ngetuk pen di tepi dahinya. "oh....saya tau suda...". Gisak senyum sumbing sambil tangannya ligat menulis perkataan "Much".

"Muka", Gisak menyebutnya di dalam hati. sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri dengan nada suara yang perlahan. berkali-kali juga tangannya mengetuk tepi dahinya, tapi Gisak gagal mengingat perkataan 'Muka' di dalam BI. lepas diketuknya tepi dahi, Gisak menepuk-nepuk pula tangannya dengan perlahan mengharap otaknya dapat mengingat kembali perkataan 'Muka' di dalam BI. tetap gagal mengingat, membuatkan Gisak meliarkan matanya menerawang keseluruhan kelas. lalu akhirnya dia memandang Giti, teman sekampungnya.

"Gitiiiiii..." panggil Gisak manja. dia tau Giti akan marah. Giti memandang Gisak tanpa senyum.

" apa?", jawab Giti serius.

" apa gia tu...muka atau wajjah dalam BI?" tanya Gisak dengan antusias sekali tapi sempat bergurau dengan Giti.

"mana kamus ko"? tanya Giti, masih serius"

" sia tatinggal", jawab Gisak jujur dengan wajah penuh pengharapan. tangan Gisak sudah sedia memegang pen.

" Two Rose", jawab Giti selamba.

" apa gia?" tanya Gisak kurang dengar.

" Two Rose", ulang Giti dalam pelat omputih.

" oooh....macammana gia mo eja tuh", tanya Gisak jujur.

" T W O R O S E", Giti menyebutnya satu persatu.

" ponsikou kio....", kata Gisak sambil senyum. Giti juga tersenyum puas.

Gisak dengan yakin menulis tajuk karangannya pada kertas kajang. tangannya ligat menulis dengan tulisan yang sekemas mungkin. " GHOST MUCH TWO ROSE", ketika menulis tajuk ini; Gisak tidak sedar yang Teacher Eton berada di sebelahnya. dengan wajah kehairanan gurunya itu bertanya.

"Aisah....apa tajuk karangan kau?" tanya Teacher Eton.

"GHOST MUCH TWO ROSE", jawab Gisak dengan yakin.

"GHOST MUCH TWO ROSE...macam tiada erti ja tu?? apa yang ko mo tulis sebenarnya"

"sia mo cerita pasal HANTU BANYAK RUPA bah cikgu", jawab Gisak jujur.

"RUPA dalam BI apa Aisah?" tanya Teacher Eton.

"emmm...Two Rose" jawab Gisak yakin.

"&**%%##@*&^()", Teacher Eton.

waktu ini, Teacher Eton sudah terduduk-duduk ketawa di sebelah Aisah, kebetulan Teacher Eton berbangsa dusun. sementara Gisak pula terkebil-kebil melihat aksi cikgunya. Giti Pula sudah menekan-nekan perutnya sambil ketawa. pelajar yang berbangsa dusun juga sudah mula ketawa terbahak-bahak setelah cerita "MUKA" di DALAM BI adalah "TWO ROSE" tersebar. Pelajar berbangsa Murut, dan campuran meminta pelajar dusun untuk memahamkan mereka. akhirnya kelas tingkatan 5 pecah dengan deraian tawa yang gamat. Muka Gisak merah menahan malu, lantas berkata....

"Si Giti...penjahat....".


VOCAB
MuKa dalam bahasa Dusun= Tures....yang di eja oleh Giti...TWO ROSE...
Muka=Face



.

SaMaT SeBeLuM PanDaI CaKaP OmPuTiH

Samat Feel bored masa Lepak dalam bilik dia Yang semak dan agak berbau sebab banYak baju yang sudah 2 minggu dia tidak icuci. tiba-tiba samat dapat idea bagus punya. "BaGus Sia pi pamfe, pi naik tu yang bepusing2...mana tau ilang ne buring sia", getus hati Samat yang poyo. kebetulan duit gaji bulan ini ada berbaki RM50. "Masuk RM2, beli Token RM10...buli la tu...sy mo tu yang pusing-pusing ja...ketudu pe...sebab dulu masa sia kici2...durang bapa tidak pernah bawa sia pi pamfe....alasan bapa...ingga tuuuuuusiiiiinnnn...niarila pembalasan si pitung", SaMat berkata sambil senyum2. kalau tadi dia cuma bermonolog dalaman, kali ini dia bercakap dengan diri sendiri di hadapan cermin empat segi yang dia curi dari bilik kakaknya, si zaitun. SaMat sekali lagi melihat duit RM50 di dompet LeVi's tiruan yang dia beli dari pilak yang berjalan2 sambil jual barang tiruan. sekali lagi dia melihat mukanya di cermin, dia membetul-betulkan rambutnya yang sudah digayakan dengan style Emo. sekali dia tersenyum simpul, "Kotoh si tonton...sia curi cermin dia yang oren-oren...kotoh!". tanpa melengahkan masa SaMat terus mengambil kunci moto dan keluar dari bilik lalu menguncinya.

di Pamfe.....

Samat terus membayar RM2 di kaunter tiket masuk. dengan semangat berkobar-kobar dia terus ke bahagian permainan pusing-pusing. begitu SaMaT menggelarkan permainan yang sangat diingninya semenjak dia kecil lagi. dari jauh SaMat Melihat penjaga permainan pusing-pusing seorang lelaki Mat Saleh. " edeii orang putih dih mala....dia buli faham ka ne aa..cakap sia", fikir SaMat di dalam hati. selepas membayar dua token kepada penjaga permainan itu, SaMat dengan perasaan gembira masuk ke dalam sangkar khas, SaMaT tersenyum sumbing tidak sabar menanti saat permainan ini bergerak. beberapa minit kemudian permainan itu mula bergerak. Hati SaMat mula berbunga riang. "amaaa...apaaa...tonton...sia tecan sudah naik ni pusing-pusing...." SaMaT berteriak sambil memegang besi yang ada pada sangkar. Macamlah Mak Bapak dan kakak dia si Zaitun yang dipanggilnya si TonTon itu boleh mendengarnya. SaMaT benar-benar merasa teruja, nasib baik ruang dalam sangkar itu kecil, kalau tidak pasti SaMaT sudah terloncat-loncat seperti beruk.
keterujaan SaMaT tiba-tiba terbantut, tiba-tiba dia rasa sakit perut yang amat. sakit yang dirasanya itu sangat dikenalinya. dia hendak tercirit. baru dia teringat sebelum ke pamfe tadi dia makan megi kari sambil letak 5 biji lada padi. Anak dusun tidak hidup kalau tidak makan lada. permainan pusing-pusing masih bergerak-gerak, berpusing-pusing. sekali pusing, dua kali psuing, "Pooooooootttttt...Prottttt", SaMat terkentut, perutnya sudah mula memulas-mulas tahap gaban. tahi cirit terasa seperti berada di hujung dubur. tiba-tiba SaMat berteriak.....

"Turun-turun....." teriak SaMat kepada penjaga Orang Putih itu. SaMat memukul2 besi di sangkar. tika itu, sangkar SaMat berada di bahagian atas. Orang Putih itu melambai ke arah SaMat. dia ingat SaMaT melambai ke arahnya. SaMaT berteriak lagi.
"Turun-turun...saya mau turun", masa ini Samat berada hampir dengan penjaga orang putih itu.

 

"what...Two Round", tanya orang putih itu sambil berteriak.

 

"Yes...yes...", kata SaMat dengan Yakin sambil menahan cirit.

 

Tiba-tiba, orang putih itu menambah pusingan sebanyak dua kali dengan muka yang sangat yakin. SaMaT bingung, bukankah tadi dia sudah bagitau orang putih itu yang dia hendak turun, Malangnya orang putih itu tidak menurunkan dia malah menambah pusingan permainan itu sebanyak dua kali. SaMat sudah tidak tahan lagi.

 

Selepas pusingan kedua berakhir, Penjaga Orang putih itu sambil tersenyum mesra membuka get sangkar....

 

"apa ni Mat SaLeH....sia bilang turun-turun....tingu sia tabirak sudah', kata SaMaT sambil marah-marah.



.

Friday, October 28, 2011

Buat Draft


merancang untuk buat draft sambungan cerpen "Daerah Jaya".   rasanya aku sudah boleh mula menulis sambungan cerpen ini sebab hari "KonVo" sudah hampir.   rasanya dalam sebulan lagi. Perasaanku?? ya aku bangga dengan diriku.  hajat punya segulung ijazah yang ku tanam 20 tahun lalu akhirnya hampir terlunasi juga.   sungguhpun ada perkhabaran langsung dari SPP bahawa ada "Pembekuan jawatan DG41 bagi guru-guru PJJ",  persetankan saja....dasar kerajaan kan selalu saja berubah...biarkan mereka,  walau aku merasa wujud satu ketidakadilan yang maha nyata.  biarlah...siapa tau CUEPACS tampil membela nasib kami.  yang pasti, aku harus menyiapkan cerpen ini. sebab dalam diam,  rupanya ada yang pernah baca cerpen ini dan dia pernah bertanya terus padaku,  " ko belum buat sambungan tu cerpen kan Tie?"...hehehe...aku terkejut sebab ada juga yang sudi baca cerpen burukku ini.  


buat kawanku Hikmah Rahz...

Cerpen "daerah Jaya" adalah metafora perjalanan saya dan 18 orang teman seperjuangan PLUMS selam 4 tahun.....ahaks!!

Monday, October 24, 2011

Sudah cukup

Alhamdulillah....kesyukuran ku panjatkan pada Ilahi Ya Rabbi,  duit collection beli lembu untuk sambutan raya korban peringkat sekolah sudah cukup.   Terasa barokahNya walaupun ia melalui detik paling menyedihkan pada saat akhir,  namun atas nama barokah,  atas nama kekeluargaan maka detik hitam itu dapat diselesaikan.   Sebagai bendahari untuk program korban ini,  syukur aku dapat mempersembahkan hasil collection kami yang bermula pada bulan MAC lepas.   Syukur kerana hajat mengadakan korban sempena hari Raya Aidiladha tahun ini bakal terlaksana.  doaku, agar usaha murni ini dipermudahkan Allah.  Usaha ini cuma mengharap keredhaan Allah.   Semoga sahabat-sahabat yang bersama dalam program korban Hari Raya Aidiladha tahun ini mendapat keredhaan Allah serta berkat dan rahmat yang berpanjangan dari Allah.  Jerih payah dan berkat sabar dalam melunasi bayaran setiap bulan akhirnya menampakkan hasilnya tanpa sedar.
Duit Collection Qorban sempena Hari Raya Aidiladha 2011
Joss,  Justar, Zirah, Fatine, Atie, Suzie, Jihah
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan insan-insan ini untuk melaksanakan ibadah ini....Subhanallah.....
Bermula Mac-Okt 2011
Tanpa sedar,  bulan ini bulan terakhir untuk collection....
dan inilah hasil tuntas dari usaha dan Sabar selama 8 bulan.....
RM2800  

EnTry ke 100....

tanpa sedar rupanya entry aku da 101....hehehe....since 2009 sampai 2011 barula entry di dalam blog kesayanganku ini mencecah angka 101...jadi rasanya,  aku harus menukar design blogku....ahaks!!!
sebagai penghargaan kendiri....yay!!!

Sunday, October 23, 2011

KonsiKuen: KP SKAK dalam Kenangan....

Ada konsikuen dari kem peralihan yang aku dan jihah buat rabu-jumaat lepas.  menyedarkan aku tentang erti sebuah persahabatan dan pengorbanan.   mengenalkan aku kepada manusia yang ikhlas atau tidak.  mengenalkan aku pada sahabat mana yang sudi bersama saat kudrat mereka diperlukan tanpa perlu meminta-minta.  mengenalkan aku pada manusia mana yang boleh kuminta kudratnya tanpa syarat.  mengenalkan aku pada manusia yang benar2 berpegang pada kata yang dilafaznya dan mengenalkan aku pada manusia yanga akhirnya menarik balik kata-katanya saat kudrat itu diminta untuk dilunasi.

syukur aku punya BFF dan kawan2 yang setia dan selalu sedia.    selalu ikhlas memberi kudrat mereka padahal mereka perlukan waktu senggang untuk hal peribadi masing2.   biarpun aku terpaksa meminta waktu senggang yang berharga itu,  mereka tetap rela memberikannya tanpa syarat itu dan ini,  malah memohon maaf kepadaku berkali2 kerana ada waktunya mereka tidak dapat melunasinya.  

konsikuen dari kem perkhemahan itu,  membuatkan aku akan lebih berkira nanti dalam memberi kudratku.   bukan berniat untuk membalas dendam,  tapi kata sahabatku Jihah,  sekadar memberi peringatan.  persetankan saja pada manusia yang hanya tahu mencemuh itu dan ini,  seperti cikgu zaitun yang mencemuh dan mengherot muka saat seorang sahabat mengadu dia mengasihaniku dan sahabatku,  Jihah.  padahal waktu perkhemahan ini langsung dibentang dalam mesyuarat lepas, dia tidak ada,  dia tidak hadir.  layakkah dia mencemuh??? mengherotkan bibir??? mencemuh itu dan ini.  persetankan saja pada manusia seperti dia.

ada juga manusia yang pada awalnya, dengan senang berkata sanggup menolong,  nah...tiba saat kudrat itu dituntut,  dengan lantang tanpa memikirkan perasaan orang yang sudah mengharap pertolongan yang dia sendiri mengakun-akun, "Tida Mo"...malah meletak syarat itu dan ini...huh...!  konsikuen dari insiden2 yang kurang senang ini,  membuatkan aku akan lebih berhati2 dalam meminta pertolongan orang terutama rakan sekerja.  Syukur aku sudah tahu,  kepada siapa aku harus meminta pertolongan juga kudrat saat aku membutuhkannya.

BFF Jihah,  Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbananmu.   hanya Allah yang tahu betapa saya amat menghargai jihah sebagai sahabat.  terima kasih ya Allah kerana mengurniakan sahabat seperti ini kepadaku.

kepada BFF Julia Jay,  Fatine Lee,  Suzie Gabriel Toyong.....TQVM...hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian...dan aku sangat menghargai kalian.  terima kasih kerana sudi bersama kami (aku dan Jihah) sehingga Kem ini tamat.  i owe u all a lot....

BFF Zie....tq sebab sudi bersama aku dan jihah...stay di sekolah....nanti waktu kau buat Kem English...aku akan beri kudratku 100%,  seikhlasnya...

Kepada kawanku Hikmah Rahz & FarraH....TQVM...hanya tuhan yang dapat balas jasa kamu...dan aku sangat menghargainya...terima kasih kerana sudi bersama kami sehingga kem ini tamat...i owe u'll a lot...

zirah...tq sebab dari hari pertama kem,  walaupun ko tengah pregnant,  kau selalu siap untuk hadir beri kudratmu,  padahal kau patutnya rehat di rumah.  kasihan pada dua jagoan kau,  terpaksa ikut mummynya ke sekolah.   jangan risau zirah,  nanti kalau kau perlukan kudratku...minta saja dan aku akan beri 100%...seikhlasnya.

farrah....tq sebab bersama kami dari hari pertama sampai last Kem.  padahal kau dalam 'morning sickness',  tidak berapa sedap badan sebab pregnant,  padahal kau patutnya rehat di rumah.  nanti kalau kau buat aktiviti panitia maths dan perlukan pertolongan kak siti...minta saja ya....saya akan bagi 100% kudrat seikhlasnya.... 

Ya Allah,  Terima Kasih kerana beri aku sahabat seperti mereka Jihah,  Fatine,  Suzie,  Jue, Zirah dan Farrah.   terima kasih atas nikmat persahabatan ini.   kau rahmatilah mereka ya Allah,  kau berikanlah mereka keberkatan dan perlindungan.   bahagiakanlah mereka ya Allah.

Kepada Cikgu Raginah.....TQVM...jasamu akan aku kenang selalu....

Kepada cikgu Justar,  terima kasih kerana sudi menjadi imam solat maghrib & Isya dan memberi tazkirah.

kepada cikgu2 yang terlibat...tq

kita cuma dapat mengenal siapa kawan
bila...
........kita membutuhkannya dan kawan itu datang tanpa perlu meminta2.....
dia hadir dengan ikhlas tanpa syarat dan berusaha melunasinya.......

TerKiLan

rasa terkilan yang amat
tapi ia menyedarkan aku
maka aku harus menjauh
harus memilih untuk berundur
moga sampai waktu
maka bahagia itu milikku....

Friday, October 21, 2011

KeM PeRaLiHaN....DaY 2....@ SKAK....SLot 2

berbincang......macammana mo kasi koyak kertas tapi tidak boleh putus

konsentret habis.....takut putus

bersemangat betul....



kumpulan malang...kertas putus....apa laa...


Cerita hantu sensasi...PS @ Mistik

cara berdiri yang betul.....


bingung sudahka.....

teknik paling betul untuk elak kertas dari putus....

kaki siapa???

jangan kasi nampak dorang teknik kita aa...

begini dong caranya.....


mari...saya buat....

teka pinggang siapa....

mumia kami cun....

aku lupa suda ne...aku ne mumia ka lalat


wan-pis....


mumia kici....

capat....sudah la kertas kita putus tadi....



siuk la begambar sama ne mumia tau....bangga eh...


Mumia Paling cun

XPLORACE...ChecK Point 1-10.........biarpun agak berterabur....kurang penjaga check point....syukur aktiviti ini berjalan juga dengan seronok...yang penting budak2 HappY....suKa-SuKaan....

KeM PeRaLiHaN....DaY 2....@ SKAK

Hari Kedua....sesi ceramah "Hala Tuju Hidupku".  
ntah apa yang bermain dalam kepala otak dorang time ne.......


ne...konsentret ka ngantuk.....aaaa???
 
tongkat dagu sudah...penat ka????


dari belakang.....nampak mcm konsentret....

masih bertahan......

mula sakit2 kaki sudah ka.....

Penceramah untuk Slot "Hala Tuju Hidupku"
Pn. Raginah
Penolong Kanan SKAK
Seorang guru yang sudah 30 tahun lebih berkhidmat,  sarat dengan pengalaman hidup sebagai guru,  isteri dan ibu.
seorang PK yang penyabar dengan karenah guru dan anak muridnya.
aku cukup salute dengan dia.   terima kasih Cikgu Raginah....jasa dan kudratmu dalam program ini,  amat dihargai dan akan kami kenang.

seriously,   aku tidak pasti adakah anak2 ini faham mesej yang cuba disampaikan oleh cikgu Raginah. 

KeM PeRaLiHaN....DaY 1....@ SKAK

lukisan wajah ayah dan ibu ALI YAP.....

Ali Yap

itulah nama pemilik gambar ini,  anak murid kami yang perangainya memang agak nakal.  tapi anak2 seusia mereka kan jarang yang tidak nakal dan lasak.   Ali Yap,  aku kenal dia sejak dia berumur 4 tahun,  waktu itu aku dan judith selalu tunggu bas di kedai runcit dekat dengan rumah Ali Yap.   dia selalu berada di kawasan kantin itu sambil senyum2 pada aku dan judith,  tidak lupa cikgu Miah.   geng tungu bas.   aku ingat lagi,  aku selalu memberinya 20 sen, dan dengan pantas Ali akan mengambil duit itu dari tanganku dan dengan pantas juga dia akan membeli keropok atau gula2.   aku tidak pasti samada Ali Yap masih ingat atau tidak,  tapi aku tetap ingat...heheh...Ali2...

lukisan wajah ayah dan ibu ini tehasil dari aktiviti yang dijalankan oleh penceramah jemputan dari Tambunan.   Kebetulan kawan2 Jihah.   memang aku lucu dengan lukisan Ali,  malah membuatkan aku dan jihah ketawa sampai sakit keluar air mata.ku, tapi jauh di sudut hati sebenarnya aku tetap menghargai lukisan dia.  sebab aku tetap berpegang bahawa setiap lukisan itu punya nilai seninya yang tersendiri sekali pun ia terkesan kaku,  malah mungkin menyalahi dari segi teknik dan bagiku ia tetap punya jalinan cerita atau mesej yang mahu disampaikan.  

seperti Ali,  lihat saja pada rambut ibunya,  yang agak menggerbang dan gondrong,  mungkin dalam keadaan subconcius dia menzahirkan perasaannya pada ibunya,  kata orang kampung,  ibu Ali Yap garang...ah..ibu manalah yang tidak garangkan....dan asyik marahkan dia...dan dengan meletakkan crown pada ayahnya,  bagiku ia juga dari bawah 'minda tanpa sedar' Ali,  betapa dia mengimpikan ayah kandungnya memberi dia sedikit kasih-sayang yang benar2 dia perlukan.    bukan aku mengatakan dia tidak mendapat kasih-sayang,  aku tidak layak sama sekali menilai itu pada kedua orang tuanya kerana setiap orang tua punya cara sendiri dalam memberi kasih-sayang pada anak2nya.   cuma dalam kes Ali,  aku nilaikan ini...bahawa dia mengimpikan kasih-sayang sebenar dari ayah kandungnya.      atau juga,  kerana ayah tirinya yang memberikannya kasih sayang malah sekarang dia dijaga oleh pakciknya,  maka dia memberikan penghormatan pada ayah tiri dan pakciknya dengan meletakkan crown pada wajah ayah.

simbolik
satu Metafora yang baik,  malah simile yang indah,  dizahirkan bukan dengan kata2
cuma simbolik api  sebagai mesej menggunakan semantik mudah dan retorik yang halus bicaranya.

hehehe....waktu aktiviti ini,  aku memang tersentuh sikit,  padahal sudah banyak kali melaluinya.   dari zaman aku kanak2 sampai jadi cikgu, aktiviti simbolik macam ini sudah biasa benar,  terus terang,  aku jarang menangis cuma timbul rasa insaf...tapi untuk malam itu,  hatiku memang tersentuh bila memikirkan,  apa sudah cukup aku membalas jasa dan pengorbananku pada kedua orang tuaku,  apa aku sudah boleh membawa mereka dan memimpin tangan mereka untuk sama2 masuk ke dalam syurga???   apa aku mampu untuk menjadi anak2 yang betul2 mereka harapkan.....sedayanya aku cuba untuk membahagiakan mereka...tapi sudah cukupkah????

doaku dalam 30 orang murid2 kami yang menjadi peserta Kem,  akan ada seorang yang benar2 terkesan di hatinya dan menjadi anak yang benar2 menghormati dan menyanjung tinggi kedua ibubapanya....

Redha Allah adalah dari Redha Kedua Ibubapa

maknanya:-
sekiranya kita mahu mendapat keredhaan Allah,
maka kita hendaklah mendapat keredhaan ibubapa......

MasTiKa: TiuP BoToL

Aktiviti Xplorace.....Check Point 2...Tiup BoToL

hahaha......dalam banyak2 kumpulan,  kumpulan ini la yang paling menggelikan hatiku,   sakit perut aku ketawa.   sampai tertonggeng-tonggeng tiup botol kosong tu,  siap kuis2 pasir dan batu lagi tapi tetap juga botol tu payah mo begerak bila kena tiup.   apalah si Mastika ne,  botol kosong pun tidak dapat tiup.  nasib baik aku pendekkan sikit jarak untuk tiup botol tu,  kalau tak maunya sampai ke malam meniup botol sampai ke finish line....hahaha... korang tengok ja la aksi ketua kumpulan ne...hahaha....

sebenarnya,  ikut rancangan awal Jihah,  setiap ahli kumpulan kena bawa air dalam botol yang berlubang, tapi memandangkan ada masalah air dan baldi,  maka aku tukar kepada aksi meniup botol kosong.   syukur anak2 murid tahun 6 kami yang sudi ikut Kem ini begitu sporting sekali.    yang penting semua enjoy dan happy....!

Sunday, October 9, 2011

My ArtWork: Teknik Titik/Pointilistik

















Artwork di atas adalah hasil tanganku,  masih belajar menggunakan teknik ini.   Potret Titik2 tu aku da bagi pada tuan punya badan,  cuma lukisan titik2 kaler oren tu saja yang aku simpan di galeri seni dalam bilik agama kami( aku,  Jihah & Nik),  galeri seni tu belum siap sepenuhnya,  aku baru lekat beberapa lukisan dan coming soon lukisan dari Jue (hasil Assignment dia,  kalau Lecturer dia kasi balik la).   aku bercadang nak cari sebanyak mungkin lukisan hasil tangan sendiri dari mana2 rakan atau orang perseorangan.   insyaAllah...

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...