Tuesday, January 24, 2012

Arena Wati: Panta Rhei & Laut

Membaca Latar Belakang dan Pengalaman Arena Wati membuat saya banyak berfikir menerusi monolog dalaman bersama akal dan hati.  baru muka surat 2,  Pak Arena Wati yang hebat ini sudah memaksa akal saya untuk cuba memahami, melihat dan menilai ceritanya dengan berhati-hati dan tajam.  Ada ayatnya yang terpaksa saya  baca berkali2 sebelum faham dengan maksud tersirat beliau.  Sampai di muka surat 3, saya menemukan perkataan yang belum pernah saya dengar.  "Panta Rhei",  terkulat2 sendiri kerana otak saya gagal mencerna maksudnya,  cuma menggunakan sedikit apa yang saya faham pada perenggan sebelumnya serta menggunakan kesamaan sebutan "Panta" dan "Rhei" yang punya bunyi hampir sama dengan "Pantai".  Tanpa lengah saya terus google sendiri mencari maksudnya.  Pak Arena Wati memang ada memberikan maksud "Panta Rhei", ia memang jelas.  Cuma saya mahu mencari makna yang menerangkan maksud "Panta Rhei" dari segi istilah dan lebih khusus.

Panta Rhei

"Antara menerima dan memberi adalah proses.  itulah panta rhei.  Itulah hukum dialektik.  Manusia menjadi tuan dalam hidup dunia ini, kalau dia fahami dirinya mengalir dalam arusnya panta rhei.  Manusia menjadi hamba dalam kehidupan ini, kalau dia ingkari realiti dialektik.  Mengalir terus, berubah terus, sifat makhluk, kurniaan daripada Khalik kepada makhluk. (Arena Wati 1995. Cerpen Pengalaman  dan Tanggapan, hlm. 3).

Hasil carian dari En. Google.  Tidak pasti samada ini berbentu istilah atau apa.  Syukur saya sudah semakin faham maksudnya.

Derek Dey- Artist/writer/educator at artist and writer.

Panta Rhei
- Logos and Panta Rhei are similar to Li & Chi.  They both point to harmonious interactive view of the universe i.e principles and process/universals and the universe.  i use these terms in aestethics.

Another definition:-
- From the Book, the reanchantment of everyday life by Thomas Moore.  "The Greek philosopher   
   Heraclitus", in a famous statement said:
   Panta Rhei - Everything flows.  He also said, "you can never step twice into the same river".

Jiwa orang sastera selalunya terkesan sangat misteri.  Perlu menyerap kekuatan minda untuk cuba memahami setiap liuk-lentok malah lekuknya juga.  Gagal menyerap maka gagal untuk menyejat.  Malah kita semakin hidrasi dan yang paling buruk bila menjadi sejuk-beku seperti fros yang melekat antara rekahan batuan.

Saya suka sekali bila Pak Arena menulis ini dalam menceritakan pengalaman hidupnya.  bagiku ia sebuah simile, metafora juga, yang benar2 hidup.  

" Orang yang selamanya hidup di darat dan tidak pernah mengalami kehidupan laut, memang dapat melihat dan mungkin boleh merasakan laut, tetapi akan sukar menghayati laut.  Namun kita semua tertakluk kepada laut."

"Bukankah simbolik proses pertumbuhan planet bumi ini membawa erti bahawa laut itu bapa dan darat itu ibu.  Dalam erti kehidupan, tamadun dibina oleh manusia melalui jasa laut."

"Jasa laut, kataku! Kerana akan menjadi apakah iklim planet bumi ini kalau tidak ada laut yang mengewapkan airnya-akibat mewujudkan air tawar.  Awan itu mengapung di udara dan melayang ditiup angin, dan sebahagian daripadanya tiba ke angkasa daratan.  Di angkasa, awan itu melepaskan kandungannya, jatuh ke bawah menjadi hujan."

"Bayangkan! Kalau tidak ada hujan, apakah yang terjadi kepada manusia, fauna, flora, unggas dan serangga?

"Kehidupan ini jasa daripada laut.  Proses alam itu sendiri.  Tetapi bagaimana jasa laut melibatkan manusia dalam proses peradabannya? Tanpa laut dan pelautnya,  pertembungan antara manusia suatu bangsa dengan bangsa lainnya akan berada pada tahap statis.  Tanpa laut dan pelautnya, ekonomi dunia tidak akan dapat dikembangkan".

emm....memang betul...lihat saja pada sejarah Melaka.

Melaka menjadi Pelabuhan terkenal (Entrepot) kerana Jasa laut dan pelaut.  Jasa Laut telah membentuk Zaman Kegemilangan Melaka 1511.  Jasa Laut telah membentuk Peradaban dunia.
   

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...