Monday, January 23, 2012

Petik dan Makan

Mode: Aktiviti memetik
Jam: 5.30 p.m
Kondisi Perut: Teringin makan Rambutan yang dipetik terus dari pokok langsung ke mulut

Petang ini aku dengan adikku yang no.3 dengan santainya melakukan aktiviti ini.  Sebenarnya sebelum aku join acara ini,  adik aku *ne lebih dulu memetik buah rambutan sampai Pakcik jiran sebelah rumah menyuruh dia agar hati2.  Sebelum dia join aku balik, sempat lagi dia melantak sebiji durian yang aku rasa baru jatuh semalam dari pokok durian Abah dan Mama.  Perut dan mulut yang meminta Rambutan terus aku tunaikan tanpa berlengah dengan memetik Rambutan yang paling rendah.  Maklum saja dengan ketinggian setakat tingkat tujuh manalah aku mampu untuk mengambil Rambutan yang merah warnanya di bahagian atas pokok.  Adikku menyarankan agar aku menggunakan kerusi yang abah sediakan untuk memetik buah Rambutan, yang lucunya tanganku tetap tidak dapat mencapai Rambutan yang merah.  Sudahnya, kami berdua ketawa terbahak2.  Memakan rambutan yang dipetik terus dari pokok memang nikmat.  Segar rasanya...memang bestlah....

Ini bukan entiti tapi orang sedang memetik buah rambutan

Buah Rambutan yang belum masak

Yang *ne dah ada yang masak,  warna merah tapi tinggi,  tak terjangkau dengan ketinggian tingkat tujuhku
Inilah Rambutan yang jadi mangsaku sebab rendah saja. *Ijo pun *Ijo la....

Dragon Fruit Abah

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...