Waktu mengupload dua Cover Filem kesukaan aku masa era 90an dulu, aku sebenarnya mahu outing sama BFFku Julia Jay. Tapi aku harus tulis ini dulu sebelum keluar, nanti kelupaan lagipula hatiku gatal betul mahu menulis entry ini. Mood menulis tengah hot jadi aku harus tulis ini dulu, nanti lepas pakai bedak muka, sedikit mascara dan gincu; akan kupandu kereta burukku si kancil merah yang 'cc'nya cuma 660 itu dengan kelajuan 80-100km kalau jalan clear dan kalau tidak ada pemandu 'P' ( bukan "Percubaan") yang bawa keretanya dengan kelajuan 40km pada lorong laju.
Berbalik pada asal-mula tujuanku menulis entry ini.....
Dua Filem ini sangat memberi impak kepada dunia filem di Malaysia amnya lewat era 90an dulu. Salah satu dari fanatiknya, akulah tu. Sebenarnya aku bercadang menonton dua filem ini, lepas balik dari outing sama BFF aku. Ia sebagai imbuhan kepada penatnya badanku serta otot2ku juga sepanjang minggu ini. HAPPY CNY 2012...
saya baru je habis tengok AADC cuti ni..saya berani bertaruh yang part favret akak mestilah masa CINTA baca puisi 'tentang seseorang' waktu janjitemu pertamanya dengan RANGGA. kan2, kalau betul belanja saya aiskrim magnum tau =..=
ReplyDeletesangat betul...part itu paling best...bacaan puisi CINTA sangat bagus, baik intonasi serta mimik muka, semuanya disampaikan dengan cantik sekali...emmmm....akak kenalah belanja shafizah makan aiskrim magnum yang sedap tu. percaya tak, sebab kegilaan shafizah pada aiskrim magnum itu telah membuatkan akak teringin atau paling tepat mengidam makan aiskrim magnum.
Delete