Nah...aku sudah mula menonton dua filem paling terkesan dalam hatiku. untuk intro bayar hajat malam ini, aku mulakan dengan menonton "KKHH". emmm...natijahnya baru part 2 mataku sudah mula keluar air yang asin rasanya sama seperti tahun 95 dulu, waktu mula2 menonton filem ini dengan Kaset Video( hehehe...klasik sangat). menonton part 3 pula bikin hatiku senyum yang diterjemahkan dengan manis lewat bibirku. Ah...KKHH tetap buat hatiku suka+sedih+lucu= Filem yang bagus.
Ini satu lagi filem yang aku suka dan beri kesan sama hati aku.....tapi janganlah judge aku peminat tegar filem Hindi. Tidak juga sebenarnya, cuma kerana filem ini punya jalan cerita yang bagus dan ia meninggalkan kesan mendalam buat aku yang mungkin punya jiwa sensitif *gitew.....ahaks!!!
Filem ini keluaran Tahun 1999, direktornya Indra Kumar. lakonan mantap Aamir Khan dan Manisha Koirala.
dan selepas filem Mann, aku sudah jarang menonton filem Hindi. Tiada lagi filem Hindi yang kuangkat sebagai "Filem Paling Terkesan Dalam Hati Saya". Hanya 11 tahun selepas itu.....
Tiba2, muncul Filem Hindi yang genrenya "Komedi", 3 Idiots.....Filem ini aku tonton secara kebetulan saja di Astro Fiesta. Aku terus jatuh suka sama filem ini dan kuangkat menjadi "Filem Paling Terkesan Dalam Hati Saya: Era Alaf 21.
Filem ini keluaran tahun 2009, direktornya Rajkumar Hirani. Filem ini adaptasi dari novel "Five Point Someone" hasil karya Chetan Bhagat. Lakonan mantap Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya dan Parikshit Sahni.
Kenapa aku suka filem ini, jawapannya....
Filem ini bertemakan erti cinta sebenar. bukan hanya cinta antara lelaki dan perempuan seperti mana filem Hindi yang sudah terlalu tipikal tema cintanya. Aku suka filem ini kerana terkandung cinta persahabatan yang ikhlas.
No comments:
Post a Comment